{"id":31134,"date":"2016-10-31T09:18:43","date_gmt":"2016-10-31T01:18:43","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/ms\/?p=31134"},"modified":"2016-11-09T12:00:25","modified_gmt":"2016-11-09T04:00:25","slug":"tiga-kumpulan-nasyid-usim-bersaing-dalam-festival-nasyid-peringkat-kebangsaan-2016","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/tiga-kumpulan-nasyid-usim-bersaing-dalam-festival-nasyid-peringkat-kebangsaan-2016\/","title":{"rendered":"TIGA KUMPULAN NASYID USIM BERSAING DALAM  FESTIVAL NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN 2016"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Nilai, 18 OKT 2016 \u2013 Majlis pratonton dan pelepasan Kumpulan Nasyid USIM ke Festival Nasyid Kebangsaan telah diadakan di Studio Latihan, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam. Majlis tersebut\u00a0 dihadiri Pengarah Pusat Kebudayaan USIM,\u00a0 Ismail Ahmed dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tengku Nur Iftah Tengku Jamil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tiga kumpulan yang akan bertanding ke Festival Nasyid Kebangsaan pada 20 hingga 23 Oktober 2016 yang dianggotai pelajar dan alumni USIM yang mengelarkan mereka sebagai kumpulan Bachelor mewakili Negeri (Perak), Inspirasi (Selangor) dan Q-Vou (Negeri Sembilan).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengarah Pusat Kebudayaan,\u00a0 Ismail Ahmed dalam ucapannya memberi komentar bahawa keseluruhan persembahan terdapat beberapa aspek yang perlu dimantapkan lagi dalam persembahan setiap kumpulan. Secara keseluruhannya, beliau\u00a0 berpuas hati rekaan kostum yang dipakai oleh peserta yang disifatkannya sebagai menawan dan sesuai ke pertandingan tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam pada itu juga Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tengku Nur Iftah Tengku Jamil dalam ucapan aluannya berkata, beliau mengharapkan yang terbaik daripada semua kumpulan, lebih-lebih lagi Kumpulan Q-Vou yang mewakili Negeri Sembilan. Beliau turut menekankan tiga konsep utama yang patut dipegang oleh setiap kumpulan, iaitu fokus, berani\u00a0 dan pimpin diri dalam mencipta kejayaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSaya berharap agar semua peserta supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam membuat persembahan dan\u00a0 kalah atau menang merupakan adat pertandingan dan kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kumpulan Bachelor bertanding dalam kategori nasyid moden membawakan lagu bertajuk Naskhah Cinta yang mebawa tema kekeluargaan. Ahlinya, Muhammad Hisham Haris berkata, kumpulannya menekankan tema kekeluargaan kerana keluarga merupakan institusi penting untuk kehidupan setiap insan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cKami cuba mengajak penonton bermain dengan perasaan dan emosi, sekali gus menarik perhatian penonton menerusi\u00a0 kekuatan vokal kami\u201d, katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Muhammad Shairazi\u00a0 Shaharudin berkata kumpulan Inspirasi pula bakal bertanding dalam kategori Tradisi menerusi lagunya Tunjang Perpaduan karya saudara Mohd Syukri Sahari yang mengangkat tema perpaduan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201c Kita cuba membawa kelainan dengan menggabungkan irama padang pasir dan irama Melayu Asli dalam persembahan nanti,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Manakala, kumpulan Q-Vou pula menampilkan tema peperangan yang menjiwai penderitaan anak-anak di Gaza, Palestin dan Syria. Lagu Seperti Inikah Dunia yang merupakan karya Ismail Ahmed dan liriknya oleh Faiz Aziz menjadi taruhan mereka pada malam itu nanti.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPemilihan kostum putih yang merupakan lambang keamanan dunia dan penyanyi solo memakai baju hitam sebagai tanda kesedihan, kata ahli kumpulan Q-Vou, Ahmad Saiful Anwar.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ketiga-tiga kumpulan ternyata mengharapkan untuk mengadakan persembahan sebaik mungkin dan berusaha untuk mara ke peringkat akhir, sekali gus\u00a0 meraih kemenangan yang diimpikan selama ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Majlis diakhiri dengan penyerahan bendera USIM oleh Pengarah Pusat Kebudayaan USIM kepada setiap kumpulan sebagai simbolik pelepasan ketiga-tiga kumpulan nasyid USIM ini. ke Festival Nasyid Kebangsaan yang akan berlangsung pada 20 \u2013 23 Oktober ini di Bayou Lagoon Resort, Melaka.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<\/p>\n<p>Rozihani Mohamad<\/p>\n<p>Pegawai Kebudayaan<\/p>\n<p>Dikemaskini oleh:<\/p>\n<p>Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)<\/p>\n<p>Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/p>\n<p>71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p>Tel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nilai, 18 OKT 2016 \u2013 Majlis pratonton dan pelepasan Kumpulan Nasyid USIM ke Festival Nasyid Kebangsaan telah diadakan di Studio Latihan, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam. Majlis tersebut\u00a0 dihadiri Pengarah Pusat Kebudayaan USIM,\u00a0 Ismail Ahmed dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Tengku Nur Iftah Tengku Jamil. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":31135,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31134"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31134"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31134\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31135"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31134"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31134"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31134"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}