{"id":32878,"date":"2016-12-05T10:34:11","date_gmt":"2016-12-05T02:34:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/duta-jauhar-3-0-anjur-karnival-dan-perkenal-projek-tanam-cendawan-kepada-oku\/"},"modified":"2016-12-05T11:12:03","modified_gmt":"2016-12-05T03:12:03","slug":"duta-jauhar-3-0-anjur-karnival-dan-perkenal-projek-tanam-cendawan-kepada-oku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/uncategorized-ms\/duta-jauhar-3-0-anjur-karnival-dan-perkenal-projek-tanam-cendawan-kepada-oku\/","title":{"rendered":"DUTA JAUHAR 3.0 ANJUR KARNIVAL DAN PERKENAL PROJEK TANAM CENDAWAN KEPADA OKU"},"content":{"rendered":"
NILAI, 2 DIS 2016 \u2013 Karnival Vaganza Mukim 18 Sri Medan dan Parit Sulong (K-GANZ) di Daerah Batu Pahat merupakan satu karnival yang dianjurkan oleh Duta Jauhar 3.0 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).<\/p>\n
Bertemakan \u2018Enhancing Potential of People with Disabilities\u201d, penganjurannya yang melibatkan seramai 70 orang sukarelawan dari kalangan pelajar USIM adalah usahasama pihak Yayasan Pelajaran Johor, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Sri Medan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sri Medan dan JPMM Sri Medan.<\/p>\n
Karnival selama 3 hari yang bermula pada 24 November lalu menyediakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah pun mendapat sambutan memberangsangkan dan disertai hampir 200 orang penduduk setempat sekitar daerah. Antara aktivitinya adalah slot ceramah agama Malam Cinta Islam, forum bertajuk “Talk future of Disabilities”, Jauhar Charity Fun J-Robik, aktiviti sukan rakyat serta aktiviti riadah yang lain.<\/p>\n