{"id":33212,"date":"2016-12-07T08:27:15","date_gmt":"2016-12-07T00:27:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/aksis15-iktiraf-secara-rasmi-sumbangan-dan-pencapaian-mahasiswa\/"},"modified":"2016-12-21T16:00:38","modified_gmt":"2016-12-21T08:00:38","slug":"aksis15-iktiraf-secara-rasmi-sumbangan-dan-pencapaian-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/uncategorized-ms\/aksis15-iktiraf-secara-rasmi-sumbangan-dan-pencapaian-mahasiswa\/","title":{"rendered":"AKSIS\u201915 IKTIRAF SECARA RASMI SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN MAHASISWA"},"content":{"rendered":"

NILAI, 6 DIS 2016 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi berjaya meganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan\u00a0 Siswa USIM 2015 (AKSIS\u201915) buat kali kelapan bertempat di Dewan Tuanku Canselor baru baru ini.<\/p>\n

Bertepatan dengan hasrat USIM yang\u00a0 bertekad\u00a0 melahirkan graduan berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM menjadikan majlis ini sebagai simbolik penghargaan kepada pelajar yang berupaya memperkasakan diri mereka dengan pelbagai kemahiran insaniah sekaligus mempersiapkan diri menghadapi cabaran alam kerjaya.<\/p>\n

AKSIS\u201915 ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf secara rasmi sumbangan dan pencapaian mahasiswa dan mahasiswi USIM yang terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum berkaitan dengan program pembangunan sahsiah pelajar selain untuk meningkatkan semangat berpersatuan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi USIM serta menjadikan platform khas untuk menghargai bakat-bakat dan sumbangan mahasiswa dalam pembangunan aktiviti pelajar.<\/p>\n

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan mewakili 27 anugerah iaitu kepemimpinan, kesukarelawan dan pencapaian dengan penerimaan sebanyak 90 pencalonan dan sebanyak 56\u00a0 calon telah disenarai pendek mengikut markah dan kriteria yang ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Pengurusan Universiti.<\/p>\n

Ahmad Mahdiyuddin Abdul Manan, ketua projek Golden Oil mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang, pemenang bagi empat anugerah iaitu Anugerah Tokoh AKSIS\u201915, Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa, Anugerah Pemimpin Program Inovasi Terbaik dan Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan Terbaik berkata beliau aktif dalam berorganisasi sejak dari tahun satu pengajiannya di USIM lagi.<\/p>\n

\u201cSemenjak dari tahun satu pengajian lagi saya terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti,\u201d katanya.<\/p>\n

\u201cSebagai mahasiswa kita perlu menggunakan platform yang disediakan oleh pihak Universiti dengan sebaik-baiknya untuk mencari ilmu dengan menyertai persatuan dan memberi sepenuhnya komitmen untuk mendapatkan ilmu yang maksimum,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n

Beliau juga berkata tiga prinsip yang dipegang dirinya ialah menanamkan ledearship dalam diri, meletakkan semangat di hadapan dan memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah perkara yang disukai.<\/p>\n

\u201cKita juga perlu bijak menggunakan masa dengan sebaiknya dan perlu memberi fokus dengan apa yang kita lakukan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n

Sementara itu, majlis anugerah paling berpestij ini membawa kelainan apabila terdapat satu anugerah khas iaitu CEMCE Best Female Achiever Award 2016 yang diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang di universiti dan peringkat antarabangsa.<\/p>\n

Menurut Fairus Abdul Manaf, penerima anugerah khas ini yang juga merupakan graduan USIM, beliau amat bersyukur kerana terpilih dan tidak menyangka merangkul anugerah yang istimewa seperti ini.<\/p>\n

\u201cSaya amat berterima kasih kepada semua pihak di atas penganugerahan ini dan saya akan menjadikan anugerah ini sebagai pendorong untuk lebih tekun dan gigih dalam melakukan apa jua bidang yang diceburi,\u201d kata graduan Fakulti Sains dan Teknologi itu.<\/p>\n

\u201cBagi saya, antara rahsia kejayaan saya ialah, saya akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan dan yang paling penting niatkan apa sahaja yang dilakukan kerana Allah Ta\u2019ala,\u201d luahnya.<\/p>\n

Turut disampaikan Anugerah Khas Kesukarelawanan kepada Duta Jauhar, Anugerah Sumbangsih kategori individu kepada Profesor Dato\u2019 Dr. Muhamad Muda, Matan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia dan Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bagi Anugerah Sumbangsih organisasi.<\/p>\n

Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM 2015 ini dirasmikan oleh Dato\u2019 Dr. Asyraf Wajdi Dato\u2019 Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Menteri Mentor USIM\u00a0 dan turut dihadiri oleh Profesor Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM.<\/p>\n

Disediakan oleh:<\/p>\n

Nor Hasnah Wahid (Sekretariat StraComm) Unit Berita dan Media<\/p>\n

Dikemaskini oleh:<\/p>\n

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan
\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 6 DIS 2016 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi berjaya meganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan\u00a0 Siswa USIM 2015 (AKSIS\u201915) buat kali kelapan bertempat di Dewan Tuanku Canselor baru baru ini. Bertepatan dengan hasrat USIM yang\u00a0 bertekad\u00a0 melahirkan graduan berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM menjadikan majlis ini sebagai simbolik penghargaan kepada pelajar […]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":33210,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[37],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33212"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33212"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33212\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33210"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33212"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33212"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33212"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}