{"id":33741,"date":"2016-12-29T11:52:59","date_gmt":"2016-12-29T03:52:59","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/?p=33741\/"},"modified":"2017-02-02T12:10:41","modified_gmt":"2017-02-02T04:10:41","slug":"nadi-thaqafah-usim-santuni-komuniti-muslim-kemboja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/nadi-thaqafah-usim-santuni-komuniti-muslim-kemboja\/","title":{"rendered":"Nadi Thaqafah USIM santuni komuniti muslim Kemboja"},"content":{"rendered":"

KEMBOJA, 14 DIS 2016 \u2013 Seramai 22 orang mahasiswa dari Kelab Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama pegawai pengiring, Puan Kartina Kamaruzzaman berada di Kemboja dan Vietnam baru-baru ini untuk menyelami masyarakat Islam di sana. Ziarah yang bermula pada 9 hingga 14 Disember 2016 ini diketuai oleh Pengarah Program, Saudara Muhammad Azim bin Md. Fazli Nor.<\/p>\n

Kembara Integrasi Naqli dan Aqli ini memfokuskan pengembaraan mereka dengan menjelajahi Kemboja iaitu ke kawasan majoriti Islam di Daerah Chhnang dan sekitarnya bagi mengenali gaya kehidupan dan persekitaran yang merupakan kawasan tumpuan golongan Muslim di Kemboja. Terdapat dua kampung yang menjadi lokasi ziarah untuk menjalankan program khidmat komuniti mereka iaitu Kampung Pritpih dan Kampung Pakwabong.<\/p>\n