{"id":33762,"date":"2016-12-28T09:32:39","date_gmt":"2016-12-28T01:32:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/usim-perkenal-model-penganjuran-pertandingan-sukan-dan-peraduan-patuh-syariah-penganjuran-sebagai-rujukan-umat-islam-2\/"},"modified":"2017-02-01T15:38:03","modified_gmt":"2017-02-01T07:38:03","slug":"usim-perkenal-modul-penganjuran-sukan-dan-peraduan-patuh-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/usim-perkenal-modul-penganjuran-sukan-dan-peraduan-patuh-syariah\/","title":{"rendered":"USIM perkenal modul penganjuran sukan dan peraduan patuh syariah"},"content":{"rendered":"

NILAI, 21 DIS 2016 — Pertandingan sukan dan peraduan berkonsepkan sukan, permainan, hiburan dan sebagainya mengalami evolusi yang pesat. Pelbagai bentuk pertandingan dan peraduan baharu diperkenalkan yang menawarkan hadiah berbentuk wang tunai, cek, pakej percutian dan sebagainya. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, ia sentiasa wujud dengan pelbagai modus operandi untuk menarik perhatian masyarakat.<\/p>\n

Walau bagaimanapun, kebanyakan penganjuran pertandingan sukan dan peraduan ini kurang mengambil kira aspek piawaian syarak seperti terdapat unsur-unsur perjudian, pertaruhan, eksploitasi, pembaziran, pemakaian atlet tidak patuh syariah, percampuran antara lelaki dan perempuan serta pelbagai isu lain.<\/p>\n

Justeru, satu inovasi dihasilkan oleh sekumpulan pensyarah USIM iaitu Modul Penganjuran Pertandingan Sukan dan Peraduan Patuh Syariah. Modul yang dilengkapi dengan modul komprehensif berkaitan penganjuran sukan dan peraduan yang selari dengan kehendak Islam diperkenalkan bagi memberi kesedaran dan panduan yang lengkap umumnya kepada masyarakat dan khususnya kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam penganjuran sesuatu pertandingan dan peraduan.<\/p>\n