{"id":34639,"date":"2017-01-14T12:12:49","date_gmt":"2017-01-14T04:12:49","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/?p=34639\/"},"modified":"2017-02-01T15:05:59","modified_gmt":"2017-02-01T07:05:59","slug":"usim-laksana-misi-bantuan-pasca-banjir-di-pasir-puteh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-laksana-misi-bantuan-pasca-banjir-di-pasir-puteh\/","title":{"rendered":"USIM laksana misi bantuan pasca banjir di Pasir Puteh"},"content":{"rendered":"

NILAI, 13 JAN 2017 \u2013 Musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur telah menjejaskan beberapa kawasan kediaman penduduk yang dilanda bencana banjir baru-baru ini. Di pasir puteh kira-kira sebanyak 49 keluarga telah dpindahkan di 3 pusat pemindahan banjir. Mengambil langkah prihatin dan meringankan beban mereka di kawasan Pasir Puteh Kelantan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif segera melalui program Misi Bantuan Pasca Banjir.<\/p>\n

seramai 100 sukarelawan sertai misi bantuan banjir ke Kelantan yang terdiri daripada badan-badan uniform pelajar, SMART Team, KREAL, Kelab Wardah, Badan Kebajikan Kakitangan, dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) dan Pusat Kesihatan Universiti.<\/p>\n

Misi kali ini fokus kepada empat dun antaranya Kampung tok sudin, Dun limbongan dan parlimen pasir putih dengan memberi bantuan rawatan kesihatan dari rumah ke rumah oleh Pusat Kesihatan USIM, sumbangan bahan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu dan tepung dan gotong royong pembersihan tempat awam dan dewan orang ramai.<\/p>\n