{"id":34851,"date":"2016-12-01T15:27:33","date_gmt":"2016-12-01T07:27:33","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/terapi-bermain-dalam-membantu-masalah-sosio-emosi-kanak-kanak-3\/"},"modified":"2017-02-01T15:27:39","modified_gmt":"2017-02-01T07:27:39","slug":"adakah-bauksit-dikenakan-zakat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/in-our-words-ms\/adakah-bauksit-dikenakan-zakat\/","title":{"rendered":"Adakah bauksit dikenakan zakat?"},"content":{"rendered":"<p><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_4 1_4 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-person person fusion-person-center fusion-person-1 fusion-person-icon-top\"><style>.fusion-person-1 .imageframe-liftup:before{-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;<\/style><div class=\"person-desc\"><div class=\"person-author\"><div class=\"person-author-wrapper\"><span class=\"person-name\">Prof. Madya Dr. Irwan bin Mohd Subri, Muhammad Najib bin Abdullah, Prof. Madya Dr. Azman bin Ab. Rahman, Anas bin Mohd Bhukhari, Prof. Madya Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar<\/span><span class=\"person-title\">Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Sedunia (INFAD)<\/span><\/div><\/div><div class=\"person-content fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 20px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 3.84%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 7.68%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 3.84%;margin-left : 7.68%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-2 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:calc( 1170px + 0px );margin-left: calc(-0px \/ 2 );margin-right: calc(-0px \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-1 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p>Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, bauksit bermaksud bahan bak tanah liat yang menjadi sumber utama aluminium (http:\/\/prpm.dbp.gov.my\/Search.aspx?k=bauksit+). Dalam laman web rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pula mengatakan, bauksit merupakan batuan yang mengandungi campuran hablur\/amorfus alumina oksida dan alumina hidroksida terutamanya gibbsit dengan sedikit boehmit. Ia merupakan longgokan bijih yang terbentuk di kawasan separa tropika dan tropika dan dilombong sebagai sumber aluminium (http:\/\/smanre.mygeoportal.gov.my\/smanre\/mineral\/bauksit.php).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Bauksit merupakan bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Berdasarkan laman web Geoscience News and Information (Geologi.com), bauksit bukanlah mineral seperti yang difahami sebelum ini tetapi ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida seperti gibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anatase atau rutil.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Menurut Majalah Sains, bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama, berkemungkinan mencecah berjuta tahun. Ia dicampur dengan elemen dehidrasi atau pengeringan oleh suhu panas. Kebiasaannya bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam (http:\/\/www.majalahsains.com\/bauksit-itu-apa-sebenarnya\/).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/photo18063430312372394-Copy.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-34564 alignleft\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/photo18063430312372394-Copy.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/photo18063430312372394-Copy-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/photo18063430312372394-Copy-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/photo18063430312372394-Copy-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/01\/photo18063430312372394-Copy.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/a>Dikatakan bauksit ini mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu ia juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur. Menurut laman web Geoscience Australia (Australian Government), lebih daripada 85% daripada bauksit dilombong di seluruh dunia ditukar kepada alumina untuk pengeluaran logam aluminium termasuklah pelbagai peralatan yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan seharian seperti bahan utama pembuatan kuali, pembuatan lapisan luar periuk dan bahan paling luar pada tin makanan. Tambahan 10% digunakan untuk kegunaan bukan logam dalam pelbagai bentuk alumina yang tertentu manakala bakinya digunakan untuk bauksit bukan logam (McKay, A.D. et.al, 2014).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Selain tu, sifat yang dimiliki alumunium adalah ringan namun memiliki kerapatan yang cukup baik serta kekuatan yang kukuh sehingga digunakan untuk pembuatan teknologi di zaman moden ini, seperti pembuatan badan kapal terbang, pembuatan bumbung sebuah kilang atau rumah dan penggunaan untuk pelbagai keperluan lain.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Selain kelebihan utama untuk dijadikan alumunium, bauksit juga memiliki banyak kegunaan lainnya. Biji bauksit boleh diubah menjadi sesuatu yang selama ini ada di sekitar kita, seperti dalam industri logam, bauksit dijadikan bahan baku pembuatan besi, dan bahan asas untuk pebuatan dakwat kering dan tinta laser, pada mesin fotokopi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Menurut laman web Australian Bauxite Limited, bauksit menjadi bahan utama untuk pembuatan pita kaset dalam industri rakaman. Ia juga merupakan bahan dasar pembuatan seramik. Setakat ini, negara yang memproses pengolahan bauksit menjadi alumunium adalah Australia. Negara tersebut menjadi tempat memproses bauksit dan alumina terbesar di dunia, manakala China merupakan negara kedua (http:\/\/www.australianbauxite.com.au\/Bauxite-Types-and-Uses).<\/p>\n<p><strong>PANDANGAN MAZHAB FIQH TENTANG ZAKAT GALIAN<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong>Mazhab Shafie<\/strong><br \/>\nMenurut al-Mawardiyy (1994), al-Muzaniyy (1998) dan al-Nawawiyy (2002), zakat galian tidak diwajibkan melainkan hanya pada emas dan perak. Syaratnya ialah mencukupi nisab yang ditetapkan bagi kadar emas dan perak iaitu 85 gram dan dikenakan zakat 2.5% (rubcu al-cushr). Manakala al-Raficiyy (1997) berbeza pandangan dengan ulama Shafie yang lain apabila beliau menyatakan setiap sumber galian yang dilentur dengan api adalah diwajibkan zakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong>Mazhab Maliki<\/strong><br \/>\nImam Malik bin Anas (2004), al-Qarafiyy (1994) dan al-Qayrawaniyy (1999) berpandangan sama sebagaimana ulama Shaficiyyah dalam mewajibkan zakat galian hanya kepada emas dan perak. Kadar yang dikenakan zakat adalah 2.5% (rubcu al-cushr).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong>Mazhab Hanafi<\/strong><br \/>\nUlama Hanafiyyah berpendapat bahawa zakat hanya dikenakan terhadap logam yang boleh dilentur dengan api. Menurut pendapat ini, sebarang galian yang bersifat cecair atau pepejal yang tidak boleh dilentur dengan api, seperti berlian dan arang batu, tidak diwajibkan zakat. Kadar kewajipan zakat galian ini adalah mengikut kadar rikaz iaitu 20% (al-Shaybaniyy, 2012; al-Jassas, 2010 &amp; Ibn al-Humam, 2002).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong>Mazhab Hanbali<\/strong><br \/>\nMenurut mazhab Hanbali, semua jenis macdin adalah diwajibkan zakat. Semua jenis galian yang mendatangkan manfaat sekiranya mencukupi syarat, diwajibkan zakat sebanyak rubcu al-cushr (2.5%)\u00a0 (al-Mirdawiyy, 2004 &amp; al-Najjar, 1999).<\/p>\n<p><strong><em>BAUKSIT DAN KAITANNYA TERHADAP KEWAJIPAN ZAKAT<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Jika diteliti pandangan ulama-ulama kontemporari pada hari ini Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawiyy dan beberapa ulama al-Azhar yang lain, kebanyakannya mentarjih pandangan mazhab Hanbali. Keputusan ini adalah berpandukan realiti masa kini yang semakin luas cakupan dan kegunaan berasaskan bahan-bahan galian. Meskipun para ulama terdahulu telah pun menjumpai banyak jenis galian namun aplikasi penggunaannya tidak sama mengikut peredaran zaman. Bauksit juga merupakan salah satu jenis galian yang dijumpai pada era moden setelah pengkajian para saintis mengenai kegunaannya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Bauksit adalah antara galian utama yang digunakan dalam perindustrian pada hari ini. Keadaan ini menjadi hujah kuat dalam mengaitkannya dengan kewajipan zakat. Setelah diselidiki pandangan keempat-empat mazhab, mazhab Hanbali merupakan pandangan yang lebih menyeluruh dan menepati situasi semasa. Ini kerana jenis dan syarat yang diletakkan oleh mazhab tersebut bertepatan dengan bauksit iaitu terdiri daripada galian yang bukan daripada tanah mahupun tumbuhan dan ia juga memberi manfaat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Bauksit terdiri daripada sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit serta gibsit bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Manfaat utama bauksit ialah dalam industri penghasilan aluminium. Oleh yang demikian, jelas sekali bauksit menepati cici-ciri dan syarat sebagaimana ketetapan mazhab Hanbali.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Adapun dalam konteks pengamalan mazhab Shafie di Malaysia, pandangan yang dibawa oleh al-Raficiyy adalah selaras dengan pendapat ini. Beliau berpandangan sebagaimana Abu Hanifah iaitu galian yang wajib dikeluarkan zakat terdiri daripada macdin yang boleh dilentur oleh api. Pandangan ini juga secara tidak langsung menyokong pandangan Hanbali yang bersifat lebih umum walaupun berbeza dengan pandangan majoriti ulama Shaficiyyah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Pendapat al-Raficiyy dilihat lebih menghampiri keadaan dan suasana kontemporari dalam masalah ini di Malaysia. Perlaksanaan hukum yang bersifat mutaghayyirat (menerima perubahan) mestilah mengambil kira kemaslahatan umum kerana ia termasuk dalam khilaf para ulama.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Zakat merupakan tunjang kekuatan umat Islam dalam menjaga kebajikan serta maruah penganutnya. Maka, mewajibkan zakat ke atas bauksit berasaskan kepada pandangan al-Raficiyy juga menepati maslahah umum walaupun ia bukan pendapat yang muktamad dalam mazhab Shafie.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Merujuk kepada pandangan mazhab Hanafi yang mewajibkan zakat kepada galian yang dilentur dengan api, kajian sains jelas membuktikan penghasilannya melalui proses pembuatan aluminium. Oleh demikian itu, pandangan al-Raficiyy sekali gus menguatkan lagi hujah terhadap kewajipan zakat kepada bauksit.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">Berdasarkan syarat-syarat kategori galian yang diwajibkan zakat, boleh dirumuskan bahawa bauksit wajib dikenakan zakat mengikut pandangan mazhab Hanafi, Hanbali dan satu pandangan daripada Mazhab Shafie iaitu daripada al-Raficiyy. Pandangan ini juga dipersetujui oleh kebanyakan ulama kontemporari pada hari ini.<\/p>\n<p><strong>SYOR INFAD<\/strong><br \/>\nSetelah pembentangan fakta dan pandangan ulama serta ulama kontemporari, berkenaan isu zakat Bauksit, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ingin membuat syor berikut:<\/p>\n<p style=\"text-align: justify\">i.\u00a0\u00a0 \u00a0Bauksit dikenakan zakat berdasarkan kepada pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali yang mengatakan galian (termasuk bauksit) dikenakan zakat.<br \/>\nii.\u00a0\u00a0 \u00a0Kedua-dua pandangan ini disokong oleh imam al-Raficiyy yang juga merupakan salah seorang ulama muktabar dalam mazhab Shafie.<br \/>\niii.\u00a0\u00a0 \u00a0Justifikasinya ialah hasil lumayan yang didapati daripada galian seperti bauksit boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.<br \/>\niv.\u00a0\u00a0 \u00a0Penyelidik juga mencadangkan agar pengiraan bagi zakat bauksit adalah berasaskan kepada kadar 2.5% (rubcu al-cushr) menurut padangan jumhur berdasarkan nisab 85 gram emas (mengikut kadar emas semasa).<br \/>\nv.\u00a0\u00a0 \u00a0Cadangan kaedah pengiraan zakat bauksit berasaskan kepada pengiraan kadar 2.5% adalah seperti berikut:<br \/>\nNegeri\u00a0\u00a0 \u00a0Nisab (85 gram emas)\u00a0\u00a0 \u00a0Pengiraan\u00a0\u00a0 \u00a0Jumlah Zakat Bauksit<br \/>\nPahang*\u00a0\u00a0 \u00a0RM 14,225.24<br \/>\n(Tahun 2016)\u00a0\u00a0 \u00a02.5% x RM 14,255.24\u00a0\u00a0 \u00a0RM 355.63<br \/>\nJohor*\u00a0\u00a0 \u00a0RM 14,663.17 (September 2016)\u00a0\u00a0 \u00a02.5% x RM 14,663.17\u00a0\u00a0 \u00a0RM 366.57<br \/>\nNegeri Sembilan*\u00a0\u00a0 \u00a0RM 11,985.32 (September 2016)\u00a0\u00a0 \u00a02.5% x RM 11,985.32\u00a0\u00a0 \u00a0RM 299.63<br \/>\nSelangor*\u00a0\u00a0 \u00a0RM 12,680.00<br \/>\n(Jan-Jun 2016)\u00a0\u00a0 \u00a02.5% x RM 12,680.00\u00a0\u00a0 \u00a0RM 317.00<br \/>\n* Negeri-negeri yang disebut adalah sebagai contoh jika bauksit dikenakan zakat di negeri-negeri tersebut.<\/p>\n<p>Nota Penting:<br \/>\nTulisan ini bukanlah fatwa rasmi tetapi ia sekadar pandangan awal akademik Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Untuk keputusan atau fatwa rasmi, sila rujuk Jabatan Mufti negeri-negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).<\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 0px;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 0px;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-2{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":26,"featured_media":34591,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[297],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34851"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34851"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34851\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34591"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34851"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34851"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34851"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}