{"id":35560,"date":"2016-11-27T11:51:11","date_gmt":"2016-11-27T03:51:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/?p=35560\/"},"modified":"2017-02-08T17:18:06","modified_gmt":"2017-02-08T09:18:06","slug":"usim-terokai-peluang-kerjasama-program-pengajian-islam-dan-eksekutif-halal-di-gambia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/usim-terokai-peluang-kerjasama-program-pengajian-islam-dan-eksekutif-halal-di-gambia\/","title":{"rendered":"USIM terokai peluang kerjasama program pengajian Islam dan Eksekutif halal di Gambia"},"content":{"rendered":"

BANJUL, 27 Nov 2016 \u2013 Lawatan Kerja USIM ke Gambia telah diadakan bagi meluaskan lagi jaringan kolaborasi USIM dengan institusi-institusi di Gambia dalam bidang Program Pengajian Islam dan Eksekutif Halal. Lawatan tersebut diketuai oleh YBhg. Profesor Dato\u2019 Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta Mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato\u2019 Dr. Mustafa Mohd Hanefah yang berada di sana selama lima hari bermula 26 \u2013 30 November 2016 di Banjul, ibu Negara bagi Gambia.<\/p>\n

Hasil bantuan daripada Duta Gambia di Malaysia, TYT Mr. Abubacarr Jah, USIM telah mengadakan lawatan ke 16 institusi di Gambia termasuk University of The Gambia (UTG), Gambia Investment Export and Promotion Agency (GiEPA), Gambian Chamber and Commerce Industry (GCCI), Talinding & Tadamun Islamic School, Ministry of Higher Education, Research, Science & Technology, National Accreditation & Quality Assurance Authority (NAQAA), Arab Gambia Islamic Bank (AGIP), Ministry of Foreign Affairs (MOFA) dan beberapa agensi lain lagi.<\/p>\n