{"id":35623,"date":"2017-02-08T10:06:39","date_gmt":"2017-02-08T02:06:39","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/yusof-komited-urus-rumah-amal-bantu-golongan-susah\/"},"modified":"2017-02-13T16:24:00","modified_gmt":"2017-02-13T08:24:00","slug":"yahya-komited-urus-rumah-amal-bantu-golongan-susah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/faces-of-usim-ms\/yahya-komited-urus-rumah-amal-bantu-golongan-susah\/","title":{"rendered":"Yahya komited urus Rumah Amal bantu golongan susah"},"content":{"rendered":"
Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan semasa menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendorong Yahya\u00a0 Yusof untuk membantu golongan susah seperti orang miskin, anak yatim, mangsa dera dan mangsa penceraian dengan berkhidmat di sebuah organisasi Badan Amal di Janda Baik, Pahang.<\/p>\n
Beliau yang diberi amanah dan tanggungjawab sebagai pengurus di Badan Amal Nur Zaharah (BANZ) itu turut berkongsi pengalaman apabila terpaksa mengalas perut setiap hari dengan mi segera ketika dalam pengajian dan bekerja secara sambilan membolehkan beliau menyelami perasaan penghuni rumah kebajikan yang sedang dikendalikan kini.<\/p>\n
“Menguruskan organisasi kebajikan memerlukan rangkaian kerjasama banyak pihak, justeru pengalaman dalam bidang kepemimpinan ketika menuntut di USIM amat berguna kepada saya.<\/p>\n “Antara lain pelantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua MPP ketika berada dalam pengajian tahun pertama adalah suatu peluang dan penghormatan untuk saya menyumbang idea, tenaga serta khidmat kepada mahasiswa ketika itu,\u201d katanya.<\/p>\n
<\/a>Yahya,35 tahun, juga merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman USIM berkata, pembabitan aktif dalam kelab dan persatuan di menara gading, selain diberikan mandat membarisi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), melengkapi dirinya dengan pelbagai kemahiran insaniah cukup penting untuk menempuhi dunia kerjaya.<\/p>\n