{"id":35703,"date":"2017-01-16T04:19:52","date_gmt":"2017-01-15T20:19:52","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/mahasiswa-manfaatkan-misi-lawatan-ilmiah-di-ranau-sabah\/"},"modified":"2017-02-13T15:57:12","modified_gmt":"2017-02-13T07:57:12","slug":"mahasiswa-manfaatkan-misi-lawatan-ilmiah-di-ranau-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/mahasiswa-manfaatkan-misi-lawatan-ilmiah-di-ranau-sabah\/","title":{"rendered":"Mahasiswa manfaatkan misi lawatan ilmiah di Ranau, Sabah"},"content":{"rendered":"

SABAH, 15 Jan 2017- 32 mahasiswa sekretriat Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyalurkan khidmat bakti kepada komuniti Muslim di Kg. Kilimu, Ranau, Sabah selain turut mengadakan lawatan ilmiah ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).<\/p>\n

Menurut pengarah program, Muhammad Akid Hafriz, antara aktiviti yang dijalankan bersama penduduk kampung adalah aktiviti rawatan terapi perubatan Islam oleh Man Ana Therapy Centre dengan mempelajari teknik akupuntur dan berbekam yang betul serta aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung dan surau.<\/p>\n

\u201cKunjungan ini telah membuka ruang kepada penduduk kampung mencuba teknik baharu dalam perubatan selain adanya ubat-ubatan hospital dan rawatan tradisional yang lain,\u201d kata wakil penduduk kampung yang mana minoriti golongan Muslim adalah 30% Islam dan 70% bukan Islam.<\/p>\n