{"id":36020,"date":"2017-02-22T16:10:41","date_gmt":"2017-02-22T08:10:41","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/?p=36020\/"},"modified":"2017-03-01T13:35:41","modified_gmt":"2017-03-01T05:35:41","slug":"tuanku-canselor-lawat-kampus-usim-di-pandan-indah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/tuanku-canselor-lawat-kampus-usim-di-pandan-indah\/","title":{"rendered":"Tuanku Canselor lawat Kampus USIM di Pandan Indah"},"content":{"rendered":"

AMPANG, 22 Feb 2017 – DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, Pro Canselor USIM membuat kunjungan sulung ke Kampus USIM di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada hari ini.<\/p>\n

Kunjungan ini dibuat sempena Lawatan Kerja DYMM Tuanku Canselor dan YAM Tunku Pro Canselor untuk melihat secara dekat perkembangan Kampus USIM di Pandan Indah dari segi kemudahan fasiliti, prasarana, kemudahan pembelajaran dan pengajaran dan beramah mesra bersama para pelajarnya.
\nKampus USIM Pandan Indah yang menempatkan dua buah fakulti iaitu Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg) mempunyai seramai 227 orang staf akademik dan pentadbiran serta seramai 641 orang pelajar.<\/p>\n