{"id":36213,"date":"2017-02-28T10:10:24","date_gmt":"2017-02-28T02:10:24","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/?p=36213\/"},"modified":"2017-02-28T12:48:52","modified_gmt":"2017-02-28T04:48:52","slug":"dua-kumpulan-permata-insan-bertanding-di-2017-vex-world-qualifier","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/berita-penyelidikan\/al-buhuth-wal-ibda-ms\/dua-kumpulan-permata-insan-bertanding-di-2017-vex-world-qualifier\/","title":{"rendered":"Dua Kumpulan PERMATA Insan bertanding di 2017 VEX World Qualifier"},"content":{"rendered":"

Inovasi berintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli dalam Cabaran Robotik ala Al Jazari<\/strong><\/em><\/p>\n

Bertitik tolak daripada proposal penganjuran dan pertemuan di FKAB antara penganjur iaitu Robotics Learning (M) Sdn. Bhd. dengan USIM yang diwakili oleh Pengarah PIJIM, Dekan FKAB, dan Kolej PERMATA Insan, pertandingan bertaraf dunia yang telah memenangi Guiness World Record 2016 sebagai pertandingan robotik terbesar di dunia ini telah dibawa ke mesyuarat LPU dan dipersetujui penganjurannya di DTC USIM pada 18 dan 19 Februari 2017.<\/p>\n

Pertandingan yang dianjurkan ini adalah untuk memilih wakil Malaysia ke kejohanan tahunan dunia di Kentucky, USA pada April nanti. Pasukan-pasukan pada pertandingan kali ini ialah pasukan yang telah dilatih beberapa tahun oleh Robotics Learning Sdn. Bhd. sebagai wakil tunggal dan rakan jurulatih VEX Robotics di Malaysia sejak 2009.<\/p>\n

Kejohanan tahun ini menghimpunkan sebanyak 40 pasukan daripada seluruh Malaysia termasuk wakil Malaysia dua tahun sudah iaitu Sekolah Tun Fatimah (STF) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang bertanding dalam 2 format kejohanan bagi musim ini iaitu VEX IQ Challenge Crossover (kategori 8 hingga 13 tahun) dan VEX Robotics Competition Starstruck (kategori 14 hingga 18 tahun).<\/p>\n

Pasukan dari PERMATA Insan USIM adalah pasukan yang terakhir mendapat lampu hijau bagi penyertaan pertandingan ini bagi kategori VEX Robotics Competition Starstruck iaitu cabaran merekabentuk robot yang perlu memegang bintang bercabang enam dan bantal kiub yang perlu dilempar dan ditolak melepas pagar ke gelanggang lawan.<\/p>\n

Dua pasukan telah dihantar untuk menyertai pertandingan ini atas tiket penganjuran di USIM. Walau bagaimana pun, pasukan PERMATA Insan memang belum pernah terdedah dengan VEX Robotics Competition, malah sebarang pertandingan robotik bertaraf dunia pun selama ini kerana baru sahaja beroperasi dalam 2 tahun 2 bulan.<\/p>\n

\"\"<\/a>Kepercayaan ini diberikan kepada PERMATA Insan untuk melihat kemampuan insan Pintar dan Berbakat atau mereka menggelar diri mereka PERMATA GTi bagi membuktikan sesuatu yang di luar jangkaan. Menyahut cabaran tersebut, pensyarah kanan di Kolej PERMATA Insan yang juga mentor program penyelidikan pelajar iaitu Dr Faszly Rahim, mengambil inisiatif untuk bersama-sama PERMATA GTi yang telah dikenalpasti berminat untuk menjurus dalam bidang Komputer Sains, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Mekatronik, dan Kejuruteraan Aeroangkasa seramai 10 orang setiap pasukan bagi menyertai pertandingan ini.<\/p>\n

Bertempat di Roboticist Bangsar Village II, iaitu pusat latihan Robotics Learning (M) Sdn. Bhd., Pasukan PERMATA GTi terpaksa menggunakan perkhidmatan Komuter dan Tren Rapid KL untuk ke sana dan berjalan kaki lebih 5 km pergi dan balik beberapa hari untuk menjalani sesi latihan kerana kesuntukan masa untuk membuat sebarang tempahan.<\/p>\n