{"id":36727,"date":"2017-03-30T15:00:21","date_gmt":"2017-03-30T07:00:21","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/ksu-kpt-rasmi-majlis-pecah-tanah-bangunan-fpsk-usim\/"},"modified":"2017-03-30T15:03:35","modified_gmt":"2017-03-30T07:03:35","slug":"ksu-kpt-rasmi-majlis-pecah-tanah-bangunan-fpsk-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/ksu-kpt-rasmi-majlis-pecah-tanah-bangunan-fpsk-usim\/","title":{"rendered":"KSU KPT rasmi Majlis Pecah Tanah Bangunan FPSK USIM"},"content":{"rendered":"

Nilai, 30 Mac 2017 \u2013 Majlis Pecah Tanah Tapak Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Tapak Bangunan FPSK, USIM.<\/p>\n

Majlis ini merealitikan hasrat universiti untuk memiliki bangunan fakulti FPSK yang dilengkapi dengan kemudahan prasarana pengajaran dan pembelajaran. Projek pembangunan yang telah berjalan adalah di bawah seliaan JKR Negeri Sembilan dan dijangka siap pada Julai 2019. Ia juga bagi meraikan bakal pelajar kemasukan sesi akademik 2019\/2020 yang akan menjadi tanda aras kepada peningkatan prestasi pelajar dan kakitangan FPSK.<\/p>\n

\u201cApabila FPSK telah ada bangunan pentadbiran sendiri, ia akan merancakkan perkembangan fakulti dari aspek pembelajaran dan pengajaran (P&P), penawaran program, aktiviti inovasi dan penyelidikan selain menjadikan kos operasi yang lebih efektif,\u201d ujar Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM.<\/p>\n

\u201dDengan adanya bangunan ini nanti, ia disusuli dengan projek pembinaan Fakulti Pergigian dan hospital pengajar USIM, maka lengkaplah pembangunan Kompleks Kesihatan USIM, Insyaallah. Kita mendoakan pembangunan ini akan mengalirkan manfaat berterusan kepada ummah dan negara, sesuai dengan matlamat kita menjadikan Kampus USIM sebagai Kampus Barakah,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n

Manakala Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd. Nur dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa beliau ingin memberi jaminan bahawa pihak Kementerian akan terus komited dalam memberikan kerjasama dan sokongan yang padu dalam menjayakan projek pembinaan bangunan FPSK ini dan seterusnya satu Kompleks Kesihatan yang lengkap dapat dibangunkan.<\/p>\n

\u201cSemoga usaha ikhlas kita untuk memajukan pendidikan tinggi Malaysia demi mempertingkatkan taraf hidup, kemampanan dan daya saing rakyat Malaysia, mendapat keberkatan dan restu Yang Maha Esa,\u201d ucapnya.<\/p>\n

\u201dSaya mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi amat berharap dengan wujudnya bangunan sendiri ini akan menyuntik energi positif di kalangan warga fakulti seterusnya akan memacu kecemerlangan pendidikan tinggi negara khususnya dalam bidang perubatan dan sains kesihatan di peringkat siswazah dan pasca siswazah. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan akan dapat disemarakkan lagi selepas ini dan pembangunan graduan yang seimbang dapat dilonjakkan\u201d, tambah beliau lagi.<\/p>\n

Majlis turut dihadiri oleh Prof Emeritus Dato Dr. Nik Nasri Nik Ismail, Pengarah Pejabat Penyelarasan Pembinaan Kompleks Kesihatan USIM, Prof Madya Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris, Dekan FPSK dan wakil-wakil Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.<\/p>\n

 <\/p>\n

Disediakan oleh:
\nSyazlyna Jamil
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan
\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n

 <\/p>\n

 
\n\"\"<\/a>\"\"<\/a>\"\"<\/a><\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

Nilai, 30 Mac 2017 \u2013 Majlis Pecah Tanah Tapak Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Tapak Bangunan FPSK, USIM. Majlis ini merealitikan hasrat universiti untuk memiliki bangunan fakulti FPSK yang dilengkapi dengan […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":36724,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36727"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36727"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36727\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36729,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36727\/revisions\/36729"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36724"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36727"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36727"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36727"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}