{"id":36811,"date":"2017-03-30T15:13:42","date_gmt":"2017-03-30T07:13:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/liqa-universiti-tunjang-pembentukan-kampus-barakah\/"},"modified":"2017-04-13T10:39:56","modified_gmt":"2017-04-13T02:39:56","slug":"liqa-universiti-tunjang-pembentukan-kampus-barakah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/in-our-words-ms\/liqa-universiti-tunjang-pembentukan-kampus-barakah\/","title":{"rendered":"Liqa\u2019 Universiti : Tunjang Pembentukan Kampus Barakah"},"content":{"rendered":"<p><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_4 1_4 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-person person fusion-person-left fusion-person-1 fusion-person-icon-top\"><style>.fusion-person-1 .imageframe-liftup:before{-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;<\/style><div class=\"person-shortcode-image-wrapper imageframe-liftup\"><div class=\"person-image-container dropshadow person-rounded-overflow\" style=\"-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;border:0px solid #f6f6f6;-webkit-box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;\"><img decoding=\"async\" class=\"person-img img-responsive\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/amin-1.jpg\" alt=\"Muhammad Amin Nasrin Mohd Zuki \" \/><\/div><\/div><div class=\"person-desc\"><div class=\"person-author\"><div class=\"person-author-wrapper\"><span class=\"person-name\">Muhammad Amin Nasrin Mohd Zuki <\/span><span class=\"person-title\">Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia<\/span><\/div><\/div><div class=\"person-content fusion-clearfix\">\n<\/div><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 20px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 3.84%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 7.68%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 3.84%;margin-left : 7.68%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-2 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:calc( 1170px + 0px );margin-left: calc(-0px \/ 2 );margin-right: calc(-0px \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-1 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p><strong>Pendahuluan<\/strong><\/p>\n<p>Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) yang diperkenalkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempunyai beberapa elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar bagi mencapai Skor Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli yang mahir dalam bidang masing-masing serta mampu memberi manfaat kepada masyarakat serta agama dan negara setelah bergelar graduan. Antara elemen penting yang ingin diterapkan dalam diri mahasiswa\/i USIM adalah elemen <em>Mutadayyin<\/em> yang membawa maksud penghayatan secara teori mahupun praktikal terhadap <em>Syariah Islamiyyah<\/em> atau dalam erti kata lain, seseorang mahasiswa yang mempunyai penghayatan ilmu agama yang tinggi serta mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan dan pembelajaran secara konsisten. Elemen inilah yang telah mencetuskan pembentukan Liqa\u2019 Universiti dalam melaksanakan usaha USIM ke arah pembentukan Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Justeru itu, salah sebuah jabatan di bawah pentadbiran USIM iaitu Pusat Islam telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan elemen <em>Mutadayyin<\/em> ini ke arah pencapaian yang lebih baik serta memperkasakan Liqa\u2019 Universiti supaya mampu mencapai matlamat utama USIM iaitu demi melahirkan Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli dengan kelolaan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM).<\/p>\n<p><strong>Sejarah Liqa\u2019 Dan Perlaksanaanya Di USIM<\/strong><\/p>\n<p>Liqa\u2019 berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang ditakrifkan sebagai pertemuan atau perjumpaan. Sejarah Liqa\u2019 bermula pada zaman Rasulullah S.A.W apabila penduduk arab yang memeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Pada ketika itu, Rasulullah S.A.W telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Rumah Al-Arqam ini juga merupakan tempat pertama dimana Rasulullah S.A.W memulakan liqa\u2019 bersama para sahabat baginda. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang memeluk Islam.\u00a0 Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tiada tempat dalam masyarakat Quraisy. Dalam konteks USIM, konsep Liqa\u2019 dilaksanakan kepada semua mahasiswa\/i USIM bermula daripada Semester 1 sehingga Semester 6 bagi mengukur elemen <em>Mutadayyin<\/em> dalam diri setiap pelajar tersebut. Para mahasiswa\/i dikehendaki untuk melibatkan diri dengan aktiviti Liqa\u2019 Universiti sepanjang pengajian iaitu sekurang-kurangnya tujuh kali pertemuan pada setiap semester. Tempoh setiap pertemuan adalah tidak kurang dari satu jam serta melepasi ujian <em>Mutadayyin <\/em>yang ditetapkan oleh Pusat Islam USIM. Setiap pertemuan akan dikelolakan oleh <em>Ruasa\u2019<\/em> Liqa\u2019 iaitu fasilitator yang telah dilantik secara berkumpulan berpandukan Modul Liqa\u2019 yang telah dikeluarkan oleh Pusat Islam pada setiap semester. Antara tujuan Modul Liqa\u2019 diterbitkan adalah sebagai sumber rujukan perbincangan kepada <em>Ruasa\u2019<\/em> dan <em>Mar\u2019us<\/em> iaitu ahli liqa\u2019 supaya perbincangan yang dilakukan lebih terarah dan berkualiti serta bersistematik.<\/p>\n<p><strong>Penggerak Liqa\u2019 Universiti<\/strong><\/p>\n<p>Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) merupakan sebuah badan pelajar yang berdaftar di bawah kelolaan Pusat Islam USIM. SPMM telah diberi kepercayaan untuk \u00a0membantu Pusat Islam menguruskan serta melaksanakan Liqa\u2019 Universiti supaya matlamat yang ingin dicapai seiring dengan elemen <em>Mutadayyin<\/em> yang terdapat dalam Skor GIINA. Justeru itu, Majlis Liqa\u2019 Ruasa\u2019 (MLR) yang merupakan satu lajnah atau biro di bawah SPMM telah membawa visi \u201cMemperkasa Ruasa\u2019 Berkualiti Demi Melahirkan Individu Muslim Yang Seimbang Melalui Pemerkasaan Dan Penghayatan Liqa\u201d. Natijahnya, ia mampu memastikan usaha Pusat Islam untuk memperkasakan serta melaksanakan Liqa\u2019 Universiti ini tercapai. Bidang kerja MLR juga banyak tertumpu kepada Liqa\u2019 Universiti sebagai fokus utama untuk melahirkan mahasiswa\/i USIM yang mempunyai keperibadian yang mulia dan mampu menjadi ikutan yang baik kepada semua. Ini adalah sejajar dengan keperibadian junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W. Pelbagai usaha sama telah dilakukan, antaranya pembentukan kumpulan-kumpulan Liqa\u2019 Universiti, melaksanakan program-program yang mampu membentuk interaksi antara mahasiswa\/i, serta program-program yang mampu memperkasakan para <em>Ruasa\u2019 <\/em>(fasilitator) agar <em>Mar\u2019us<\/em> (ahli Liqa\u2019) yang bakal lahir bukanlah menjadi seorang mahasiswa\/i yang biasa, bahkan mereka mampu menjadi seorang mahasiswa\/i luar biasa yang mahir dalam bidang yang dipelajari serta mampu berbakti kepada agama, negara dan bangsa.<\/p>\n<p><strong>Matlamat Perlaksanaan Liqa\u2019 Universiti<\/strong><\/p>\n<p>Antara matlamat Liqa\u2019 Universiti ini diperkenalkan kepada seluruh mahasiswa\/i USIM adalah bagi membentuk interaksi dan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa\/i melalui perbincangan dan huraian tajuk melalui proses ta\u2019aruf. Perbincangan dan huraian tajuk tidak terikat kepada Modul Silibus Liqa\u2019 yang telah ditetapkan oleh Pusat Islam semata-mata, bahkan para <em>Ruasa\u2019 <\/em>dan <em>Mar\u2019us<\/em> juga digalakkan untuk membincangkan isu semasa atau perkara lain yang bersesuaian bagi mewujudkan suasana perbincangan yang lebih intelektual dan santai serta mampu memberi kesan yang baik terhadap semua ahli liqa\u2019. Antara cadangan pengisian yang boleh dilaksanakan dalam Liqa\u2019 Universiti adalah dengan membincangkan permasalahan semasa, muzakarah, kajian buku serta modul atau program-program tambahan. Selain itu, antara objektif Liqa\u2019 Universiti diperkenalkan juga adalah untuk memastikan <em>Mar\u2019us<\/em> mampu menghurai, memberi contoh dan mengaplikasi pengertian serta konsep sebenar Liqa\u2019 dalam kehidupan seharian mereka. Liqa\u2019 Universiti juga memainkan peranan penting dalam menyedarkan para mahasiswa\/i tentang matlamat keperluan mengikuti Liqa\u2019 dan objektif utamanya dalam membentuk individu muslim yang lebih memahami teori dan praktikal nilai-nilai Islam yang sebenar. Di samping itu, memahami dan menghayati rukun-rukun usrah yang tiga iaitu ta\u2019aruf, tafahum dan takaful serta mengamalkan adab-adab usrah. Hal ini merupakan antara keistimewaan yang boleh didapati menerusi penglibatan diri dalam Liqa\u2019 Universiti tersebut. Tambahan pula, ia merupakan salah satu objektif utama Liqa\u2019 Universiti ini diperkenalkan.<\/p>\n<p>Liqa\u2019 Universiti turut mempunyai beberapa matlamat penting yang ingin dicapai seiring dengan elemen <em>Mutadayyin<\/em> yang diperkenalkan dalam Skor Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli, USIM. Pertama, meningkatkan dan memantapkan kefahaman mahasiswa\/i tentang ajaran Islam yang syumul serta mampu memahami segala aspek kehidupan manusia. Seterusnya, mengukuhkan semangat ukhuwah Islamiyyah dan memupuk semangat bergerak kerja secara berkumpulan juga merupakan matlamat penting yang ingin diterapkan dalam kalangan mahasiswa\/i agar mereka semua saling memahami dan bantu-membantu dalam semua perkara samada dari aspek pembelajaran mahupun perkara peribadi. Di samping itu, menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap Islam. Ia merupakan matlamat utama dalam pembentukan Individu Muslim yang memahami teori serta mampu melaksanakan praktikal yang sebenar dalam kehidupan sehariannya sebagaimana yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah S.A.W kepada umatnya sebagai panduan dan contoh tauladan yang teragung. Akhir sekali, membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah dalam semua aspek samada ekonomi, pendidikan dan pentadbiran negara serta lain-lain.<\/p>\n<p>Secara konklusinya, Liqa\u2019 Universiti yang telah diperkenalkan serta sedang dilaksanakan di bumi Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) ini bukan sekadar omongan kosong yang tidak membuahkan hasil ataupun bebanan berat yang tiada manfaat. Namun, Liqa\u2019 Universiti merupakan satu inisiatif penting yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak samada di peringkat mahasiswa\/i, pensyarah, pekerja mahupun pentadbiran USIM dalam mencapai usaha USIM menuju Kampus Barakah melalui pemerkasaan Skor GIINA seiring dengan misi USIM yang ingin mempelopori bidang Sains dan juga Islam. Demi mencontohi para ilmuwan dahulu kala yang mampu menjadi tokoh ilmuwan terbilang serta cemerlang dalam pelbagai bidang di samping mampu menjadi tokoh teladan agamawan yang terbaik kepada semua golongan manusia di dunia, perkara ini perlu dititik beratkan. Usaha murni ini perlu dilakukan bersama serta dipergiatkan lagi kerana Kampus Barakah hanya mampu lahir apabila kesemua pihak bekerjasama dalam membentuk diri kearah yang lebih baik. Terutamanya golongan mahasiswa dan semua masyarakat USIM supaya di akhirnya, suasana Kampus Barakah atau suasana kampus yang menghayati serta mampu mengamalkan nilai-nilai Islam berjaya diwujudkan di bumi bertuah USIM dan ianya mampu menjadi contoh serta rujukan di seluruh negara seterusnya di mata dunia melalui pemerkasaan Liqa\u2019 Universiti. Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud: \u201c<em>Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya\u201d<\/em>. Ayat Al-Quran ini dengan jelas mengajar kita supaya mengikuti serta mengamalkan Islam dalam segenap kehidupan kita samada daripada perkara yang kecil sehingga perkara yang besar dan menjadikan Al-Quran serta Sunnah sebagai panduan hidup supaya kehidupan yang dijalani lebih bahagia dan aman.<\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 0px;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 0px;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-2{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":26,"featured_media":36773,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[297],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36811"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36811"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36811\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36959,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36811\/revisions\/36959"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36773"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36811"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36811"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36811"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}