{"id":36842,"date":"2017-03-31T16:26:28","date_gmt":"2017-03-31T08:26:28","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-kongsi-ilmu-qiraat-dan-sanad-al-quran-dengan-siswa-malaysia-di-mesir\/"},"modified":"2017-04-03T09:21:26","modified_gmt":"2017-04-03T01:21:26","slug":"usim-kongsi-ilmu-qiraat-dan-sanad-al-quran-dengan-siswa-malaysia-di-mesir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-kongsi-ilmu-qiraat-dan-sanad-al-quran-dengan-siswa-malaysia-di-mesir\/","title":{"rendered":"USIM kongsi ilmu Qiraat dan sanad Al-Quran dengan siswa Malaysia di Mesir"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 31 Mac 2017 &#8211; Ilmu Qiraat dan sanad al-Quran banyak dibincang dalam penulisan berbahasa Arab. Pemahaman berkaitan dua ilmu ini berlaku dalam bentuk menadah dari guru yang mempunyai pengalaman bertalaqqi dari guru sebelumnya. Itulah lumrah dan kebiasaan untuk mendalami ilmu Qiraat.<\/p>\n<p>Usaha kearah memertabatkan ilmu Qiraat banyak dilakukan oleh pelbagai pihak dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) turut ingin bersama dengan menganjurkan satu seminar sehari bertemakan Pengajian Ilmu Qiraat dan Sanad 2017 di Khazandarah, Syubra , Mesir baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cSecara umumnya ramai masyarakat yang amat berminat dengan dua ilmu ini. Justeru ia memerlukan lebih ramai mereka yang takhasus dalam bidang ini di samping anjakan dari sudut pengajaran sehingga kepakaran yang ada boleh dikembangkan dan masyarakat peroleh lebih banyak faedah\u201d.<\/p>\n<p>\u201cBagi mencapai hasrat ini, takhassus dalam bidang ini perlu melengkapkan diri dengan penguasaan yang jitu segala ilmu asas yang berkaitan seumpama mantap dalam hafazan al-Quran, mendalami Asyarah Sughra samada teori dan praktikal dengan menekuni matan syatibiyyah secara hafazan dan faham mendalam, menekuni matan al-Durrah al-Mudiyyah dan juga matan Toyyibah al-Nasyr\u201d ujar Dr. Khairul Anuar Mohamad, pensyarah FPQS yang turut membentangkan kerja kerja salam seminar ini.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Pengarah Pusat Islam USIM membentangkan kerja kerja berkaitan ilmu Qiraat dan Sanad al-Quran menekankan perlunya pelajar syubra istiqamah dalam mengulang al-Quran dan merebut peluang yang ada dengan talaqqi dari guru yang bersanad. Mesir terkenal dengan ramai ulamak yang menjadi rujukan dunia dalam semua bidang termasuk dalam ilmu Qiraat. Contohnya Syeikh Abdul Fattah al-Qadhi, seorang pentashih al-Quran di Mesir dan pensyarah Qiraat pertama di Kuliyyah al-Quran, Universiti Islam Madinah dan menulis banyak buku termasuk huraian kepada matan al-Syatibiyyah dan matan al-Durrah yang menjadi rujukan hingga ke hari ini.<\/p>\n<p>Pensyarah FPQS yang turut membentangkan kertas kerja dalam seminar ini adalah Ustaz Norazman Alias yang mengupas perkembangan dan sambutan masyarakat di Malaysia berkaitan sanad al-Quran. Beliau berkata penawaran talaqqi al-Quran bersanad ini menjadi satu tarikan kepada masyarakat untuk mengikutinya berbanding kelas tajwid al-Quran. Namun begitu tinjauan terhadap beberapa pusat pengajian yang menawarkan program ini mempunyai metode yang berlainan antara satu sama lain.<\/p>\n<p>\u201cMenyentuh mengenai sanad pula, sudah ada masyarakat yang celik dan bertanya tentang sanad \u2018ali yang hampir dengan Rasulullah saw dengan maksud bilangan perawinya sedikit atau sanad nazil iaitu bilangan perawinya lebih ramai\u201d ujar Ustaz Norazman Alias.<\/p>\n<p>Seminar yang disertai 148 peserta ini disempurnakan oleh Dekan FPQS, Profesor Madya Dr Adnan Mohamaed Yusof. Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai perkembangan ilmu ini di Malaysia, hala tuju dan prospek masa depan graduan ilmu Qiraat di Malaysia. Beliau turut memaklumkan bahawa USIM akan menawarkan program Qiraat di peringkat ijazah tidak berapa lama lagi. Program ini akan memberi ruang kepada pelajar yang sudah khatam hafazan al-Quran untuk talaqqi Qiraat Tujuh sehingga 30 juzuk.<\/p>\n<p>Seminar ini berakhir dengan semua peserta mendengar nasihat dan taujihat dari seorang tokoh Quran Mesir iaitu Syeikh Sayyid Ali Abdul Majid. Beliau adalah timbalan pengerusi semakan Quran di Mesir, anggota temuduga pemilihan qari untuk rancangan radio al-Quran Mesir dan juga hakim tilawah antarabangsa anjuran JAKIM di Malaysia.<\/p>\n<p>Penganjuran seminar ilmu Qiraat dan sanad ini dilihat telah memberi banyak manfaat dan faedah kepada pelajar Malaysia yang sedang mendalami ilmu ini di sana. Apabila kembali ke tanah air kelak, mereka mampu memenuhi kehendak masyarakat dalam mengembangkan lagi pengajian ilmu Qiraat dan sanad.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nZaini Othman<a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/mesir2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-36859\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/mesir2.jpg\" alt=\"\" width=\"320\" height=\"213\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/mesir2-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/mesir2-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/mesir2.jpg 320w\" sizes=\"(max-width: 320px) 100vw, 320px\" \/><\/a><br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 31 Mac 2017 &#8211; Ilmu Qiraat dan sanad al-Quran banyak dibincang dalam penulisan berbahasa Arab. Pemahaman berkaitan dua ilmu ini berlaku dalam bentuk menadah dari guru yang mempunyai pengalaman bertalaqqi dari guru sebelumnya. Itulah lumrah dan kebiasaan untuk mendalami ilmu Qiraat. Usaha kearah memertabatkan ilmu Qiraat banyak dilakukan oleh pelbagai pihak dan Universiti Sains [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":36860,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36842"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36842"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36842\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36862,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36842\/revisions\/36862"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36860"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36842"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36842"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36842"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}