{"id":38348,"date":"2017-06-20T11:54:18","date_gmt":"2017-06-20T03:54:18","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/naib-canselor-dan-pragmatis-usim-agih-sahur-kepada-petugas-beruniform\/"},"modified":"2017-06-20T11:59:09","modified_gmt":"2017-06-20T03:59:09","slug":"naib-canselor-dan-pragmatis-usim-agih-sahur-kepada-petugas-beruniform","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/naib-canselor-dan-pragmatis-usim-agih-sahur-kepada-petugas-beruniform\/","title":{"rendered":"Naib Canselor dan Pragmatis USIM agih sahur kepada petugas Beruniform"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 10 Jun 2017 \u2013 Pengorbanan pasukan beruniform seperti polis dan bomba yang sentiasa bersiap-siaga 24 jam untuk keselamatan dan keharmonian masyarakat sentiasa di hargai. Justeru itu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ihtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada baru-baru ini menyantuni para petugas beruniform pada awal pagi untuk menyerahkan sumbangan juadah sahur kepada mereka.<\/p>\n<p>Program \u2018Raikan Sahur PRAGMATIS USIM : Mendekati Komuniti, Kami Prihatin\u2019 yang julung kali diadakan ini turut disertai oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad bersama 40 petugas yang terdiri daripada ahli PRAGMATIS serta Majlis Perwakilan Pelajar USIM.<\/p>\n<p>Konvoi Raikan Sahur ini mula bergerak dari lobi Bangunan Canselor USIM pada jam 3.00 pagi untuk mengagihkan kira-kira 200 pek juadah sahur ke lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti sekitar Nilai. Edaran bermula di pondok pengawal utama USIM sebelum singgah di Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.<\/p>\n<p>Selepas itu konvoi yang disertai lapan buah kenderaan ini mula bergerak ke Pejabat Tenaga Nasional (TNB) yang terletak di Bandar Baru Nilai untuk bertemu para petugas di sana. Ternyata kehadiran konvoi Raikan Sahur USIM ini amat dihargai oleh mereka. Selesai menyantuni warga TNB, konvoi singgah pula di Balai Polis Nilai Lama dan seterusnya menziarahi pasukan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor.<\/p>\n<p>Lokasi terakhir ialah menyampaikan sumbangan sahur kepada para petugas kecemasan di Pusat Perubatan Nilai (NMC) sebelum ke semua peserta Raikan Sahur kembali semula ke kampus untuk menikmati juadah bersahur di Kompleks Islam USIM.<\/p>\n<p>\u201cSaya memuji inisiatif yang diambil oleh PRAGMATIS ini kerana program ini memberi peluang untuk saya dan semua peserta bertanya khabar kepada pasukan-pasukan beruniform ini selain membina hubungan akrab USIM bersama komuniti setempat. Diakui, para Pentadbir Universiti ini agak sibuk dengan kerja hakiki pada siang hari tetapi masih mampu bersengkang mata ke dinihari selepas waktu pejabat untuk menjayakan program ini untuk bersama-sama merebut keberkatan Ramadan, Alhamdulillah\u201d ujar Naib Canselor USIM.<\/p>\n<p>Menurut Presiden PRAGMATIS, Encik Salehudin Sukor, kejayaan penganjuran program ini adalah atas komitmen yang amat baik dari semua barisan kepimpinan persatuan. \u201cKita melihat pendekatan libatsama bersama komuniti sekitar USIM amat perlu kerana melalui program seumpama ini, kita lebih menjiwai, menghargai dan menghormati pihak-pihak di sekeliling kita\u201d katanya yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.<\/p>\n<p>Selain program Raikan Sahur, pada bulan Ramadan ini juga PRAGMATIS turut menganjurkan program Tazkirah bersama personaliti televisyen, Syamsul Debat di Kompleks Islam USIM. Dihadiri oleh 1000 kakitangan yang memenuhi ruang dewan solat utama, kupasan tajuk \u2018Ramadan Usah Pergi\u2019 oleh Syamsul Debat amat menarik dan mencuit hati.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"wp-image-38344 size-large aligncenter\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2-1024x636.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"636\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2-200x124.jpeg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2-300x186.jpeg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2-400x248.jpeg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2-600x373.jpeg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2-768x477.jpeg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2-800x497.jpeg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2-1024x636.jpeg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2-1200x745.jpeg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/pragmatis-sahur2.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a>Disediakan oleh:<br \/>\nZaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 10 Jun 2017 \u2013 Pengorbanan pasukan beruniform seperti polis dan bomba yang sentiasa bersiap-siaga 24 jam untuk keselamatan dan keharmonian masyarakat sentiasa di hargai. Justeru itu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ihtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada baru-baru ini menyantuni para petugas beruniform pada awal pagi untuk menyerahkan sumbangan juadah sahur kepada mereka. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":38345,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38348"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=38348"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38348\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":38351,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/38348\/revisions\/38351"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/38345"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=38348"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=38348"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=38348"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}