{"id":39306,"date":"2017-10-18T11:00:42","date_gmt":"2017-10-18T03:00:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized\/perancangan-kewangan-naqli-dan-aqli-siri-6-3\/"},"modified":"2017-10-19T13:45:34","modified_gmt":"2017-10-19T05:45:34","slug":"perancangan-kewangan-naqli-dan-aqli-siri-13","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/in-our-words-ms\/perancangan-kewangan-naqli-dan-aqli-siri-13\/","title":{"rendered":"Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 13"},"content":{"rendered":"<p><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_4 1_4 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-person person fusion-person-left fusion-person-1 fusion-person-icon-top\"><style>.fusion-person-1 .imageframe-liftup:before{-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;<\/style><div class=\"person-shortcode-image-wrapper imageframe-liftup\"><div class=\"person-image-container dropshadow person-rounded-overflow\" style=\"-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;border:0px solid #f6f6f6;-webkit-box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;\"><img decoding=\"async\" class=\"person-img img-responsive\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/DR.-NORADLI-225x300.jpg\" alt=\"Dr. Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali\" \/><\/div><\/div><div class=\"person-desc\"><div class=\"person-author\"><div class=\"person-author-wrapper\"><span class=\"person-name\">Dr. Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali<\/span><span class=\"person-title\">Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat<\/span><\/div><\/div><div class=\"person-content fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 20px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 3.84%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 7.68%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 3.84%;margin-left : 7.68%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-2 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:calc( 1170px + 0px );margin-left: calc(-0px \/ 2 );margin-right: calc(-0px \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-1 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p>Di dalam siri yang lepas, saya ada mengupas tentang perancangan yang perlu di sediakan oleh kerajaan di mana pembentangan akan di buat oleh YAB Perdana Menteri pada setiap tahun di Parlimen. Bukan sahaja negara perlu menyediakan belanjawan, syarikat perniagaan, persatuan malahan setiap orang harus mewujudkan belanjawan. Walaupun anda tidak arif tentang kewangan dan tidak tahu bagaimana hendak menguruskan belanjawan, banyak kursus dan laman sesawang dan apps telefon mudah alih yang menawarkan maklumat dan template belanjawan kewangan secara percuma bagi membantu anda menyediakan belanjawan. Saya akan cuba untuk memberikan cadangan apps-apps yang boleh dimuat turun ke telefon untuk membantu kita dan keluarga membuat belanjawan pada siri yang akan datang.<\/p>\n<p>Dengan membuat belanjawan kita akan mengetahui di mana kita menyalurkan kewangan kita. Ini adalah suatu cara yang terbaik untuk kita menabung. Dalam kebanyakan kes, orang ramai tidak tahu di mana wang mereka benar-benar disalurkan. Malah apabila mereka melihat perbelanjaan bulanan atau tahunan mereka melebihi had atau melebihi pendapatan mereka, mereka bukan sahaja terkejut, malah mereka juga perlu memutuskan untuk mengubah tabiat perbelanjaan mereka.<\/p>\n<p>Walaubagaimanapun, belanjawan ini hanya perlu pada permulaan sahaja sehingga corak perbelanjaan kita telah menjadi tabiat. Yang paling mudah dilakukan ialah setiap kali kita berbelanja, kita perlu menyoal diri kita samada kita benar-benar memerlukan barangan atau perkhidmatan tersebut dan samada kita membeli aset atau liabiliti dan impaknya kepada kedudukan kewangan kita.<\/p>\n<p>Kebanyakan orang keliru tentang samada mereka membeli aset atau liabiliti. Apabila ditanya rumah yang didiami sendiri dan dibeli secara hutang adakah aset atau liabiliti, ramai peserta akan menjawab ia adalah aset.<\/p>\n<p>Ini kerana pada fikiran mereka apabila mereka menduduki rumah yang dibeli maka secara langsung ia adalah aset. Malah jika persoalan ini ditanya kepada mereka yang celik kewangan, mereka akan memberikan jawapan yang berlainan.<\/p>\n<p>Di sini definisi yang mudah bagi aset ialah apa-apa sahaja yang memberi atau menjana pendapatan dan definisi liabiliti adalah apa-apa yang kita perlu keluarkan perbelanjaan.<\/p>\n<p>Oleh itu rumah yang kita diami dan beli secara hutang, adalah liabiliti kita, kerana kita perlu mengeluarkan wang untuk membayar pinjaman kepada bank. Dan jika kita teliti secara mendalam, setiap akaun akan mempunyai double entry, dan jika kita mengatakan rumah yang kita beli dengan pinjaman bank itu aset, sepatutnya ia direkod sebagai aset, maka entri untuk pihak bank pula adalah sebagai liabiliti. Adakah transaksi yang di dalam akaun bank direkod sebegitu?<br \/>\nPersoalannya, jika kita membeli rumah secara hutang dari bank, di bahagian manakah rumah itu akan dicatat oleh pihak bank? Di bahagian aset atau di bahagian liabiliti pihak bank. Sudah tentu di bahagian aset bank kerana mereka akan mendapat pulangan dari faedah atau keuntungan. Sekiranya bank mencatatkan rumah anda di bahagian aset mereka sudah tentu rumah anda adalah liabiliti anda kerana anda perlu mengeluarkan wang anda untuk bayaran faedah atau keuntungan. Ini adalah menurut kaedah perakaunan.<\/p>\n<p>Persoalan penulis lagi, jika anda membeli kereta untuk kegunaan sendiri, adakah ianya aset atau liabiliti? Cuba fikirkan sama ada anda akan menerima wang atau mengeluarkan wang. Cuba senaraikan sama ada anda ghairah untuk membeli aset atau anda ghairah untuk membeli liabiliti? Bagaimana pula corak pembelian orang kebanyakan, adakah mereka membeli liabiliti atau aset?<\/p>\n<p style=\"text-align: center\"><a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Jadual_siri_13.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-40284\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Jadual_siri_13.png\" alt=\"\" width=\"651\" height=\"407\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Jadual_siri_13-200x125.png 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Jadual_siri_13-300x188.png 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Jadual_siri_13-400x250.png 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Jadual_siri_13-600x375.png 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Jadual_siri_13.png 651w\" sizes=\"(max-width: 651px) 100vw, 651px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Walaubagaimanapun, kita perlu memahami di dalam konteks kita sebagai orang Islam, kefahaman tentang aset dan liabiliti ini tidak boleh hanya berdasarkan kepada aspek material sahaja. Ini adalah kerana kita mempunyai sudut pandang yang berbeza dengan pandangan kapitalis dan sosialis. Pandangan realiti kehidupan kita tidak terhenti kepada aspek duniawi sahaja malahan menjangkauinya sehingga alam akhirat. Jika ditanya kepada semua orang beragama Islam, adakah mereka mahu masuk syurga, saya pasti kita akan dapat jawapan hampir seratus peratus mahukan syurga.<\/p>\n<p>Justeru itu, definisi aset dan liabiliti di dalam konteks penganut yang beragama Islam boleh merangkumi aspek akhirat. Aset adalah pembelian, zakat, wakaf, infaq, dan sedekah yang boleh memberikan pulangan samada material atau pulangan semasa di alam akhirat nanti.<\/p>\n<p>Justeru itu, sedekah walaupun mengurangkan nilai aset kita masih dikira sebagai aset kerana ianya akan memberikan pulangan kepada kita di akhirat kelak. Begitu juga di dalam konteks liabiliti, apa-apa yang perlu kita keluarkan dari poket kita atau yang memberikan dosa kepada kita kerana melakukannya maka ianya akan di namakan sebagai liabiliti. Sebagai contohnya, jika kita menerima pendapatan dari hasil yang tidak halal, seperti faedah, walaupun ianya akan meningkatkan material kita tetapi ianya memberikan liabiliti kepada kita semasa di akhirat kelak. Apabila kita memahami dan mengamal konsep ini, maka kita akan lebih berhati-hati semasa hendak menjana pendapatan dan membuat perbelanjaan. Ada pendapatan yang kita terima akan menjadi aset tetapi akan menjadi liabiliti semasa akhirat. Ada perbelanjaan yang kita lakukan mengurangkan material kita di dunia tetapi menjadi aset di akhirat. Pada siri yang akan datang, saya akan memberikan pandangan tentang penggunaan apps telefon mudah alih yang boleh kita gunakan untuk kita gunakan sebagai belanjawan harian, bulanan dan tahunan.<\/p>\n<p>BERSAMBUNG SIRI 14<\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 0px;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 0px;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-2{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":26,"featured_media":40285,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[297],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39306"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39306"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39306\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40288,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39306\/revisions\/40288"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40285"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39306"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39306"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39306"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}