{"id":39831,"date":"2017-09-25T16:00:42","date_gmt":"2017-09-25T08:00:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/mencari-barakah-melalui-sains\/"},"modified":"2017-10-03T14:38:21","modified_gmt":"2017-10-03T06:38:21","slug":"mencari-barakah-melalui-sains","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/in-our-words-ms\/mencari-barakah-melalui-sains\/","title":{"rendered":"Mencari Barakah melalui Sains"},"content":{"rendered":"<p><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_4 1_4 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-person person fusion-person-left fusion-person-1 fusion-person-icon-top\"><style>.fusion-person-1 .imageframe-liftup:before{-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;<\/style><div class=\"person-shortcode-image-wrapper imageframe-liftup\"><div class=\"person-image-container dropshadow person-rounded-overflow\" style=\"-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;border:0px solid #f6f6f6;-webkit-box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;\"><img decoding=\"async\" class=\"person-img img-responsive\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Tan-Sri-Dzulkifli-Copy.jpeg\" alt=\"Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak \" \/><\/div><\/div><div class=\"person-desc\"><div class=\"person-author\"><div class=\"person-author-wrapper\"><span class=\"person-name\">Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak <\/span><span class=\"person-title\">Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<\/span><\/div><\/div><div class=\"person-content fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 20px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 3.84%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 7.68%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 3.84%;margin-left : 7.68%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-2 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:calc( 1170px + 0px );margin-left: calc(-0px \/ 2 );margin-right: calc(-0px \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-1 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p>Konsep barakah semestinya dikenakan kepada manusia sebagai limpahan utamanya. Namun, benda-benda buatan manusia yang umumnya tidak bernyawa tidak terangkum dalam pengertian konsep ini melainkan mendatangkan manfaat nyata ke jalan Tuhan yang Esa jua. Kalau tidak, ia kemungkinan bertentangan dengan kefahaman tersebut apabila mendatangkan kemusnahan secara langsung atau tidak. Tidak kira secanggih benda-benda ciptaan manusia tersebut atau digelar dengan apa sekali \u2013 baik robot, cyborg, humanoid, drone, pascamanusia (atau transhuman\u200e) dan lain-lain lagi.<\/p>\n<p>Hal ini penting ditimbulkan sekarang kerana fenomena Revolusi Industri Ke-4 bertiup kencang di kalangan bijak pandai\u200e negara ini. Tidak kurang pula yang tertawan dengannya kerana merasakan bahawa ianya satu lagi kemuncak ciptaan manusia melalui sains dan teknologi, khususnya STEM(sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik). Sementara itu, ramai pula terkeliru dan mengambil jalan mudah memilih mengikut saja gelombang yang dijana oleh revolusi berkenaan. Apa lagi dengan desak-desakan tertentu yang menjanjikan seribu satu \u2018kemakmuran\u2019 yang dijadikan sasaran hidup tanpa apa-apa pertimbangan lain.<\/p>\n<p><strong>Kepupusan Global<\/strong><br \/>\nTambahan dari itu, kita sering menyerah dan jarang sekali memikirkan akan kesan sesuatu revolusi industri secara mendalam. Bahkan tidak ada pendedahan sedemikian rupa, terutamanya yang negatif dan memusykilkan. Sering ia sengaja di\u201dsorok\u201dkan atas agenda tertentu, ataupun sememangnya masih belum diketahui lagi, sehinggalah terlambat apabila ia muncul menghantui bukan saja manusia, malah kemanusiaan sejagat.<\/p>\n<p>Ambil saja kesan keruntuhan alam sekitar yang kini menggugat segala macam penghidupan. Semua ini bermula dengan pencemaran alam secara beransur-ansur sehingga menjadi begitu teruk. Malah, satu jangkaan bahawa dunia akan mengalami Kepupusan Global Keenam semakin jelas sebelum abad ini berakhir. Mengikut Prof. Daniel Rothman, pengarah bersama Lorenz Centre di MIT Amerika Syarikat, gangguan kitaran semulajadi karbon di atmosfera, samudera, hayat pepohon dan haiwan memainkan peranan. \u200eLetupan gunung berapi dan perubahan iklim juga faktor yang terlibat. Ada yang berpendapat bahawa Kepupusan Global Keenam sudahpun bermula.<\/p>\n<p>Peristiwa terakhir seperti ini pernah berlaku 248 juta tahun lalu, dimana 96 peratus spesis pupus mengikut Rothman. Maknanya, kesemua ini boleh dianggap sebagai satu kegagalan besar dalam usaha kita menjaga bumi ini serta menyempurnakan amanah yang sewajarnya dipikul. Atau dengan kata lain, kita tidak beroleh barakah dari usaha yang dijalankan selama ini. Tetapi sebaliknya.<\/p>\n<p>Malangnya, umum tidak merasakan sedemikian kerana tidak perasan akan kesan-kesan tersebut. Apatah lagi kaitannya dengan revolusi-revolusi industri yang terdahulu sejak ratusan tahun yang lampau. Kecuaian ini bermula di Eropah Barat pada abad ke-18 lagi dan dibiarkan beterusan menular sehingga ke-21 dan abad-abad mendatang. Pendek kata, dalam keasyikkan menikmati kemodenan hidup, manusia seolah-olah tidak menyedari bahawa kehidupan juga turut tergugat sedikit demi sedikit.<\/p>\n<p><strong>Tidak Seimbang<\/strong><br \/>\nTurut terhakis hari demi hari adalah sifat kemanusiaan yang tidak bertanggungjawab secara sengaja atau tidak. Sudah barang tentu ini songsang dengan bayangan limpahan Rahmah serta Barakah dalam apa bentuk sekalipun. Malahan, ia lebih menggambarkan sebaliknya akibat keangkuhan manusia yang terus melalaikan tanpa mendalami erti revolusi industri sebenarnya. Sehinggakan tenggelam punca dalam keseimbangan membolot kebendaan melampaui batas, lantas mengundang berbagai gejala kemusnahan sepertimana yang dialami.<\/p>\n<p>Dalam banyak ajaran agama, manusia sering diajak \u200eberfikir serta merenungi kejadian pada alam semesta ini sepertimana juga sains. Maka, sains sebagai sumber ilmu wajar dimanfaatkan bagi tujuan ini disamping mencari kenikmatan hidup yang selesa dengan terus menghargai sumber alam semula jadi secara lestari lagi seimbang. Anehnya, para cendekiawan keseluruhannya mula menuding jari bahawa kemelut yang dihadapi kini tertumpu sepenuhnya kepada sifat dan ketidak pedulian manusia. Yang bersalah sebenarnya bukanlah mesin atau benda-benda mahupun teknologi berkaitan kerana pertanggungjawaban akhirnya terletak dibahu manusia yang kini sedang terkial-kial mencari penyelesaian angkara kelanjuran ekoran kedangkalan mereka sendiri. Setelah dijadikan dengan cukup sempurna zahir dan batin ternyata manusia tidak sebijak mana dalam mencari penyelesaian apabila batasan yang sewajarnya telah dilewati. Kini hampir semua aspek hidup \u2013 ekonomi, ekologi, sosio-budaya \u2013 tidak lagi seimbang dan sejahtera sebagaimana yang difitrahkan.<\/p>\n<p><strong>Celik atau Buta Sejarah<\/strong><br \/>\nDalam keadaan keluh kesah ini, manusia sekali lagi diimbau oleh satu lagi revolusi \u2013 yang keempat, yang hangat diuar-uarkan pihak tertentu. Pada mereka yang tidak peka dan buta sejarah, terutamanya mereka yang berpaksikan kebendaan sebagai pegangannya, akan terus mendakap revolusi terbaru ini tanpa ragu-ragu lagi. Namun, bagi mereka yang faham sejarah dan melihat Revolusi Ke-4 ini sebagai satu kesinambungan zahir dari benak generasi manusia yang sama akan lebih berwaspada. Apatah kali ini benda yang diciptanya belum pernah terhasil sama sekali sepanjang tamadun manusia. Bahkan pada kali ini, besar kemungkinan ciptaan manusia itu boleh menandingi keupayaan manusia tidak seperti ciptaan dulu-dulu kala. Kali ini persaingannya hebat sekali kerana manusia menggunakan dirinya sebagai \u201cmodel\u201d mencipta benda tersebut \u2013 umumnya dikenali sebagai \u2018robot\u2019 yang dipopularkan pada tahun 1920-an melalui sebuah filem.<\/p>\n<p>Sejenis mesin yang kian lama menyerupai manusia (yang digelar sebagai \u2018humanoid\u2019 umumnya) mendapat ilham dari sains komputer melalui algoritma berkomputer yang hari demi hari semakin canggih dalam perlakuan mirip manusia. Kesemua ini kesudahannya dijangka membawa\u200e kepada satu ketika pertembungan antara manusia dengan robot pada suatu titik yang disebut sebagai singularity. Bermaksud sifat \u201ckemanusiaan\u201d dan \u201ckeinsanan\u201d akan mula terkesan oleh teknologi-teknologi robot, atau dengan kata lain semakin sukar untuk membezakan antara manusia dengan robot termaju.<\/p>\n<p>Jika dahulu kewujudan manusia terancam kerana keruntuhan alam sekitarnya, kali ini cerdik pandai meramalkan manusia boleh terancam cara langsung terpulang kepada sama ada kebijaksanaan atau keangkuhan yang mendahului.<\/p>\n<p><strong>Mengembalikan Fitrah<\/strong><br \/>\nWalaupun kita tidak wajar menafikan segala-gala yang dibawa oleh Revolusi Ke-4 ini, tetapi apa pula jaminan yang mengatakan sebaliknya? Setakat ini, belum ada lagi sebarang jaminan memandangkan manusia terus rakus dan hanya mementingkan kehidupan dini hari lebih daripada yang terkehadapan. STEM tidak lagi berupaya mendatangkan penyelesaian mutlak jika kita berpandukan kepada apa yang pernah berlaku. Maka, ada kewajaran untuk mengembalikan manusia itu kepada fitrahnya agar tidak menjadi penyebab kemudaratan selanjutnya seperti yang pernah dialami. Dan ini mengundang STREAM (terangkum agama, etika dan sastera) sebagai kerangka baru untuk mencari penyelesaian lestari agar mengelakkan timbul masalah baru yang merumitkan lagi keadaan.<\/p>\n<p>Namun, ini akan hanya berjaya jika manusia tidak diasingkan dari sifat kemanusiaan bagaikan robot yang sememangnya tidak \u200eada nilai kemanusiaan sama sekali. Pendek kata, manusia jangan meniru atau menjadi robot dalam pengertian lebih luas. Jika tidak sebagaimana robot tidak dipayungi Rahmah dan Barakah, begitu jugalah manusia ala-robot. Sejarah akan berulang semula selagi manusia gagal mengambil berat tentang amanah yang sedang dipikul. Kemanusiaan sejagat akan mengalami kekusutan yang lebih mencabar.<\/p>\n<p><strong>Kesimpulan<\/strong><br \/>\nLantas di sinilah bermulanya langkah mencari barakah melalui sains. Satu tumpuan yang memulangkan semula fitrah manusia dengan memantap serta mengimbangi ilmunya dan melalui pembudayaan iqra\u2019 sebagai asasnya. Iqra\u2019 bukan sedar bermedia sosial atau mencari maklumat dihujung jari ataupun berkomunikasi dalam talian tanpa isi yang padat, tetapi sebaliknya. Ia menuntut pencerahan dalam segala sesuatu, berani menyangkal apabila tersasar dan menyanggah apabila melampau batas kearah ketidakseimbangan. Lingkungannya boleh disekadar sekeliling pinggang sahaja, tetapi jauh ke persada antarabangsa dan berinteraksi merentas sektor dan peringkat. Pokoknya, insan diupayakan berlaku sedemikian rupa kerana \u201cpengisian\u201d suci disuburi ilmu yang satu pada hakikatnya, di akari budaya iqra\u2019 yang kental lagi cekal. Dengan cara ini, barulah sebuah universiti itu mampu menggerakkan manusia terpelajar kearah kesempurnaan fitrahnya apabila qalbunya turut tersentuh serta terasuh berterusan. Sekaligus membuka jendela barakah tatkala qalbunya dilunakkan dengan kesucian serta keikhlasan serta takwa sepenuh hati.<\/p>\n<p><strong>Artikel ini telah diterbitkan oleh majalahsains.com pada 25 September 2017.<\/strong><\/p>\n<p><strong>Nota \u2013 Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Felo Akademi Sains dan Sastera Sedunia (WAAS) serta mantan Naib Canselor USM (2000-2011). Beliau boleh dihubungi melalui emel: dzulrazak51@gmail.com<\/strong><\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 0px;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 0px;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-2{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":26,"featured_media":39826,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[297],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39831"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39831"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39831\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39832,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39831\/revisions\/39832"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39826"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39831"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39831"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39831"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}