{"id":39899,"date":"2017-09-29T15:17:58","date_gmt":"2017-09-29T07:17:58","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/double-layered-roof-cooling-system-controlled-arduino-alternative-way-cooling-system\/"},"modified":"2017-09-29T17:01:45","modified_gmt":"2017-09-29T09:01:45","slug":"double-layered-roof-cooling-system-controlled-arduino-alternative-way-cooling-system","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/double-layered-roof-cooling-system-controlled-arduino-alternative-way-cooling-system\/","title":{"rendered":"Double Layered Roof Cooling System Controlled by Arduino (Alternative way for cooling system)"},"content":{"rendered":"<p><strong>Konsep hujan dan air sebagai agen penyejuk<\/strong><br \/>\n<em>Double Layered Roof Cooling System Controlled by Arduino<\/em> merupakan produk rekaan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mendapat emas di pertandingan Novel Research &amp; Innovation Competition 2017 (NRIC) pada Ogos lalu.<\/p>\n<p>Ia merupakan sistem penyejuk yang direka terinspirasi daripada tafsir Surah Al-Furqan, ayat 48-49:<br \/>\n<em>\u201cAllah menyatakan bahawa Dia telah memberi awan yang membawa khabar gembira dan menurunkan air dari langit yang memberi manfaat yang banyak pada kehidupan di atas muka bumi\u201d. <\/em><\/p>\n<p>Menelusuri intipati ayat ini, ia menerangkan mengenai konsep kejadian hujan yang akan mendatangkan manfaat kepada makhluk di bumi seperti menurunkan suhu yang tinggi, menyuburkan tanaman dan sebagainya. Ia jelas menunjukkan air mampu memberi manfaat kepada manusia dan kita seharusnya menggunakan nikmat yang Allah beri ini dengan seelok-eloknya.<\/p>\n<p>Maka, konsep hujan diaplikasi dengan fungsi air sebagai ejen penyejuk serta menggunakan konsep kitar semula air untuk proses penyejukan bagi mengelakkan pembaziran.<\/p>\n<p><strong>Kelebihan<\/strong><br \/>\nSistem penyejuk ini bertujuan untuk menurunkan suhu rumah serta meletakkan suhu rumah kepada suhu yang selesa setiap masa. Seperti yang kita maklum, setiap bangunan di Malaysia mempunyai sistem aliran udara, apabila ditambah dengan sistem ini, suasana selesa seperti selepas hujan mampu dijelmakan.<\/p>\n<p>Bumbung bangunan yang sedia ada akan dikekalkan dan akan ditambah dengan lapisan perspek sebagai permukaan paling atas untuk menjadikan ia bumbung dua lapis manakala paip air akan berada di antara dua lapisan bumbung tersebut. Maka, ia dapat menurunkan suhu udara panas yang akan menembusi bumbung bangunan.<\/p>\n<p>Sistem penyejuk yang mesra alam ini mampu beroperasi secara automatik. Selain itu, sistem penyejuk ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik lebih-lebih lagi ia boleh diaktifkan dengan menggunakan tenaga solar.<\/p>\n<p><strong>Keunikan<\/strong><br \/>\nKeunikan bagi produk ini adalah ia menggunakan teknologi Arduino sebagai pengawal sistem yang mana belum digunakan secara meluas pada industri di Malaysia. Tambahan lagi, produk ini adalah produk penjimatan tenaga elektrik kerana ia mampu menjimatkan sehingga 40% penggunaan tenaga dan lebih jimat jika menggunakan tenaga solar. Sistem penyejuk ini juga adalah mudah alih dan ia boleh dipasang mengikut keluasan bangunan malah ia juga mudah untuk dipindahkan.<\/p>\n<p><strong>Bagaimana ia berfungsi?<\/strong><br \/>\nSistem penyejuk dapat beroperasi melalui dua kaedah iaitu automatik dan manual. Sistem penyejuk ini akan berfungsi secara automatik apabila pengesan suhu mengesan suhu sekitar 34\u2103 ke atas dengan mengeluarkan air di sekeliling rumah dan operasi akan berhenti apabila mencapai suhu 28\u2103. Hal ini merujuk kepada kajian yang telah dijalankan bahawa suhu 34\u2103 adalah tidak selesa manakala suhu selesa adalah pada 28\u2103. Suhu semasa suatu bangunan dapat diketahui dengan merujuk kepada paparan skrin LCD.<\/p>\n<p>Kaedah manual adalah kawalan melalui aplikasi telefon pintar dengan cara memberi arahan dengan suara atau suis dari jarak jauh yang menggunakan \u2018Bluetooth\u2019 sebagai penghubung. Selain itu, pengguna boleh menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas untuk mengaktifkan sistem ini dari mana-mana tempat. Melalui kaedah manual ini, maklumat suhu semasa bangunan tersebut akan dihantar kepada pengguna dan juga pengguna boleh mendapatkan suhu yang lebih rendah daripada 28\u2103 untuk bangunan tersebut. Suhu semasa suatu bangunan akan diberitahu melalui aplikasi telefon pintar dan juga mesej yang akan diterima.<\/p>\n<p><strong>Memberi manfaat kepada Ummah<\/strong><br \/>\nSistem penyejuk ini dapat menyumbang kepada ummah dengan memberikan suasana yang selesa untuk beribadah lantas ianya sesuai dipasang di tempat-tempat ibadah.<\/p>\n<p>Konsep kitar semula air yang digunakan dapat membentuk disiplin individu itu daripada melakukan amalan pembaziran seperti yang disebut di dalam Surah Al-Israa\u2019 ayat 27. Selain itu, ia dapat menyumbang kepada pembinaan keluarga yang bahagia kerana sebuah keluarga dapat hidup dengan harmoni jika suasana di rumah itu selesa seterusnya membawa kepada ketenangan. Ia adalah penting kerana pembentukan Ummah bermula daripada akhlak dan sahsiah individu, kemudiannya membangunkan institusi kekeluargaan seterusnya akan membentuk sebuah Ummah.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/Poster-NRIC-e1506669651302.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-39896 size-full\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/Poster-NRIC-e1506669651302.png\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"848\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1165-Copy.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-39893\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1165-Copy.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"399\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1165-Copy-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1165-Copy-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1165-Copy-400x266.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1165-Copy.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1332-Copy.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-39894\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1332-Copy.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"399\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1332-Copy-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1332-Copy-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1332-Copy-400x266.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/09\/DSC_1332-Copy.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Ahli kumpulan:<br \/>\nMuhammad Fathi bin Mohd Said<br \/>\nMuhammad Danish bin Abd Wahid<br \/>\nAinul Husna binti Mohd Yusoff<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Konsep hujan dan air sebagai agen penyejuk Double Layered Roof Cooling System Controlled by Arduino merupakan produk rekaan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mendapat emas di pertandingan Novel Research &amp; Innovation Competition 2017 (NRIC) pada Ogos lalu. Ia merupakan sistem penyejuk yang direka terinspirasi daripada tafsir Surah Al-Furqan, ayat 48-49: \u201cAllah menyatakan bahawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":39891,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[308,215,220],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39899"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=39899"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39899\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":39903,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/39899\/revisions\/39903"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/39891"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=39899"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=39899"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=39899"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}