{"id":40361,"date":"2017-10-11T15:59:41","date_gmt":"2017-10-11T07:59:41","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-raih-1-best-award-3-emas-1-perak-dan-4-gangsa-di-pecipta-2017\/"},"modified":"2017-10-20T17:06:19","modified_gmt":"2017-10-20T09:06:19","slug":"usim-raih-1-best-award-3-emas-1-perak-dan-4-gangsa-di-pecipta-2017","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/berita-utama\/usim-raih-1-best-award-3-emas-1-perak-dan-4-gangsa-di-pecipta-2017\/","title":{"rendered":"USIM raih 1 Best Award, 3 Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa di PECIPTA 2017"},"content":{"rendered":"<p>TERENGGANU, 9 Oktober 2017 \u2013 Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2017 (PECIPTA 2017) menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang 3 emas, 1 perak dan 4 gangsa termasuk 1 Special Award. 3 emas tersebut adalah produk <em>Muamalat Interactive Game<\/em> (MIG), Global Zakat Game: Bijak Zakat (GZG) dan <em>Halal Universe: Farm to Fork<\/em> serta <em>Special Award: Community Edition<\/em> juga diraih oleh produk MIG.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/22383968_1716248841747906_767918128894254375_o-Copy.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-40357 alignright\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/22383968_1716248841747906_767918128894254375_o-Copy.jpg\" alt=\"\" width=\"599\" height=\"400\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/22383968_1716248841747906_767918128894254375_o-Copy-200x134.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/22383968_1716248841747906_767918128894254375_o-Copy-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/22383968_1716248841747906_767918128894254375_o-Copy-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/22383968_1716248841747906_767918128894254375_o-Copy.jpg 599w\" sizes=\"(max-width: 599px) 100vw, 599px\" \/><\/a>PECIPTA 2017 yang bermula 7 Oktober menyaksikan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai penganjur bersama bagi tema \u201cNurturing Entrepreneur Through Education, Industry, Technology and Social Innovation\u201d bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.<\/p>\n<p>\u201c<em>Muamalat Interactive Game<\/em> (MIG) Community Edition merupakan satu alat pembelajaran bagi membantu masyarakat memahami konsep Muamalat, pengurusan kewangan Islam dan akitiviti filantrofi seperti derma, sadaqah dan wakaf. Pemain akan mengalami simulasi proses pengurusan kewangan setiap bulan dari sudut pengurusan hutang, pengurusan tunai dan pengurusan pasaran saham dan emas. Ia menawarkan alternatif kepada permainan kewangan sedia ada dengan menambah nilai sistem kewangan Islam yang dipelajari dan difahami dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif,\u201d jelas Pn Syahidawati, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat.<\/p>\n<p>Produk <em>Halal Universe: Farm to Fork<\/em> yang juga dianggotai oleh Pn Syahidawati pula merupakan satu inovasi pembelajaran dalam bentuk simulasi tentang tatacara permohonan sijil halal daripada JAKIM.<\/p>\n<p>\u201cSimulasi ini membawa situasi sebenar dan isu-isu berkaitan pengurusan pensijilan halal kepada pemain (pengurus halal). Ia menawarkan kefahaman dan kesedaran terhadap 3 perkara iaitu tentang pengurusan pensijilan halal, pengurusan perniagaan dan juga kepentingan aktiviti filantrofik (philantrophic) seperti derma, sadaqah dan wakaf. Produk inovasi ini membawa pengalaman sebenar pengurusan halal dan pengurusan perniagaan semasa latihan halal dilaksanakan. Ia bukan sahaja menambah nilai kepada latihan halal sedia ada, tetapi mampu meningkatkan tahap pengurusan halal yang lebih efisen dan tersusun bagi mengurangkan kos yang berkaitan dengan pengurusan halal yang tidak efisien,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Bagi produk GZG, ia merupakan permainan seperti permainan papan <em>Monopoly<\/em> yang diubah suai menjadi satu permainan yang mudah difahami dengan menerapkan elemen-elemen zakat. Terdapat juga soalan-soalan menguji minda dirangka dengan aras kesukaran berbeza yang sesuai untuk semua peringkat umur.<\/p>\n<p>\u201cApabila bermain GZG, pemain dapat menambah ilmu berkaitan zakat secara santai malah mampu mengukur kemahiran pengiraan zakat harta dalam kalangan amil,\u201d ujar Dr Azman Ab. Rahman, pensyarah Fakulti Syariah Undang-undang.<\/p>\n<p>Antara produk lain yang mendapat gangsa adalah <em>Interactive, Wireable, Device for Dua<\/em> <em>and Quran Memorizing Using NFC Technology, A New Quranic Braille Reading Model<\/em> (IQIT), <em>Smart Disaster Application (SDA)<\/em> dan <em>USIM Mizan Homestay.<\/em><\/p>\n<p>Majlis Penutup PECIPTA 2017 disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. DrSiti Hamisah Tapsir menghimpunkan sebanyak 10 buah kluster yang dipertandingkan kepada peserta Universiti Awam (UA) dan Swasta di Malaysia dan luar negara.<\/p>\n<p>Disediakan oleh :<br \/>\nSyazlyna Jamil<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8142\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TERENGGANU, 9 Oktober 2017 \u2013 Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2017 (PECIPTA 2017) menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang 3 emas, 1 perak dan 4 gangsa termasuk 1 Special Award. 3 emas tersebut adalah produk Muamalat Interactive Game (MIG), Global Zakat Game: Bijak Zakat (GZG) dan Halal Universe: Farm [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":40356,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[308,220,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40361"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40361"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40361\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40363,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40361\/revisions\/40363"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40356"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40361"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40361"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40361"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}