{"id":40370,"date":"2017-10-23T16:41:55","date_gmt":"2017-10-23T08:41:55","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-menang-gold-diamond-international-invention-year-di-bis-2017\/"},"modified":"2017-10-23T17:14:29","modified_gmt":"2017-10-23T09:14:29","slug":"usim-menang-gold-diamond-international-invention-year-di-bis-2017","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/berita-utama\/usim-menang-gold-diamond-international-invention-year-di-bis-2017\/","title":{"rendered":"USIM menang Gold &amp; Diamond for International Invention of The Year di BIS 2017"},"content":{"rendered":"<p>LONDON, 23 Oktober 2017 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa pulang Gold dan Diamond dalam pertandingan inovasi antarabangsa, <em>British Invention Show<\/em> (BIS) kali ke-17 yang berlangsung pada 18 hingga 21 Oktober 2017 bertempat di Barbican Exhibition Centre, London.<\/p>\n<p>Penyertaan USIM kali ini bagi kategori Industri mempertaruhkan produk <em>Double Layered Roof Cooling System Controlled by Arduino<\/em> yang direka oleh Kumpulan <em>Technolysis <\/em>dianggotai oleh tiga orang pelajar tahun akhir Program Fizik Gunaan dari Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Muhammad Fathi Hj. Mohd Said, Muhammad Danish Abd Wahid dan Ainul Husna Mohd Yusoff serta dibimbing oleh pensyarah USIM iaitu Dr. Mohd Azman Hashim@Ismail dalam usaha memperkemaskan lagi persembahan pembentangan kumpulan.<\/p>\n<p>Produk ini yang merupakan sistem penyejuk menggunakan tenaga solar yang berfungsi menyejukkan sesebuah bangunan kepada suhu yang selesa. Selain mengaplikasi konsep air sebagai ejen penyejuk, produk ini menggunapakai konsep kitar semula air untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.<\/p>\n<p>\u201cSistem penyejuk yang mesra alam ini mampu beroperasi secara automatik serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 40% dengan penggunaan tenaga solar. Keunikan bagi produk ini adalah ia menggunakan teknologi Arduino sebagai pengawal sistem yang mana belum digunakan secara meluas pada industri di Malaysia,\u201d ucap salah seorang ahli kumpulan.<\/p>\n<p>Tambahnya lagi, produk ini juga adalah mudah alih kerana ia boleh dipasang mengikut keluasan bangunan selain mudah untuk dipindahkan ke satu-satu tempat.<\/p>\n<p>\u201cSistem penyejuk ini dapat beroperasi melalui dua kaedah iaitu automatik dan manual. Ia akan berfungsi secara automatik apabila pengesan suhu mengesan suhu sekitar 34\u00a0ke atas dengan mengeluarkan air di sekeliling rumah dan operasi akan berhenti apabila mencapai suhu 28. Hal ini merujuk kepada kajian yang telah dijalankan bahawa suhu 34\u00a0adalah tidak selesa manakala suhu selesa adalah pada 28. Suhu semasa suatu bangunan dapat diketahui dengan merujuk kepada paparan skrin LCD,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, kaedah manual adalah kawalan melalui aplikasi telefon pintar dengan cara memberi arahan dengan suara atau suis dari jarak jauh yang menggunakan \u2018Bluetooth\u2019 sebagai penghubung. Selain itu, pengguna boleh menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas untuk mengaktifkan sistem ini dari mana-mana tempat. Melalui kaedah manual ini, maklumat suhu semasa bangunan tersebut akan dihantar kepada pengguna dan juga pengguna boleh mendapatkan suhu yang lebih rendah daripada 28\u00a0untuk bangunan tersebut. Suhu semasa suatu bangunan akan diberitahu melalui aplikasi telefon pintar dan juga mesej yang akan diterima.<\/p>\n<p>Selain itu, produk ini menekankan aspek mesra alam yang memberi manfaat kepada sesebuah bangunan termasuklah peghuni rumah, kilang dan juga kandang ternakan lembu.<\/p>\n<p>Penyertaan penyelidik muda USIM di BIS yang bermula pada tahun 2013 ini tidak pernah mengecewakan bagi membawa pulang kemenangan buat universiti.<\/p>\n<p>British Invention Show (BIS) adalah anjuran British Inventors Society dan disokong oleh Intellectual Property Office, Boots Centre for Innovation dan Procter &amp; Gamble berpangkalan di United Kingdom yang mengenengahkan pelbagai jenis ciptaan yang mampu menjana peluang-peluang perniagaan melalui pelbagai jenis inovasi dan ciptaan pempamer.<\/p>\n<p>Disediakan oleh :<br \/>\nSyazlyna Jamil<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8142\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/Produk-Ciptaan-e1508747931928.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-40367\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/Produk-Ciptaan-300x199.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"199\" \/><\/a> <a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/Award-yang-dimenangi-e1508748033782.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-40368\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/Award-yang-dimenangi-300x225.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LONDON, 23 Oktober 2017 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa pulang Gold dan Diamond dalam pertandingan inovasi antarabangsa, British Invention Show (BIS) kali ke-17 yang berlangsung pada 18 hingga 21 Oktober 2017 bertempat di Barbican Exhibition Centre, London. Penyertaan USIM kali ini bagi kategori Industri mempertaruhkan produk Double Layered Roof Cooling System Controlled by [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":40366,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[308,220,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40370"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40370"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40370\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40374,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40370\/revisions\/40374"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40366"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40370"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40370"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40370"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}