Profesor Dr. Nor Aripin bin Shamaan<\/strong> dilahirkan pada tahun 1953 di Grik, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat persekolahan awal di Methodist English School Tanjung Malim dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kecemerlangan pencapaian persekolahan telah membawa beliau ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran A-levels di Poole Technical College, Dorset pada tahun 1971 dan seterusnya ke University of Liverpool dimana beliau bergraduat dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc(Hons)) dalam bidang biokimia pada tahun 1976.<\/p>\nKerjaya beliau dalam dunia akademik bermula pada tahun 1982 sebagai pensyarah di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar UPM. Beliau dilantik sebagai Profesor Madya pada tahun 1993 dan seterusnya Profesor pada tahun 2005. Setelah bersara wajib pada bulan 13 April 2009, beliau mula berkhidmat sebagai Profesor di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Julai 2009 sehingga persaraan beliau pada bulan Ogos 2016.<\/p>\n
Berlatar belakangkan kepakaran dalam biokimia, beliau memberi sumbangan besar dalam memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahun 1 dan 2 Program Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri di FPSK. Walaupun telah bersara, beliau kini masih menyumbang khidmat bakti kepada FPSK sebagai mentor kepada penyelidik muda.<\/p>\n
Kesarjanaannya yang cemerlang turut mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara antaranya Pengerusi Persatuan Biokimia dan Biologi Molekul Malaysia, wakil negara kepada The Federation of Asian and Oceanian Biochemical and Molecular Biology Societies (FAOBMB) dari tahun 2003-2005, pakar sumber oleh Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta, Indonesia untuk persijilan ISO 9001:2000 pada tahun 2004, pakar rujuk penyelidikan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pakar rujuk projek Analisis Impak IRPA Rancangan Malaysia ke-7 di MOSTI dan ahli kumpulan kluster sektor farmaseutikal MITI. Sumbangan akademik beliau terserlah sebagai ahli lembaga pengarang bagi beberapa jurnal berwasit ISI dan Scopus peringkat kebangsaan dan antarabangsa.<\/p>\n
Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di UPM dan seterusnya USIM termasuk menjadi Ketua Jabatan, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah dan Pengarah. Beliau juga pernah menjadi ahli Senat UPM dan USIM. Di peringkat komuniti, beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Naib Pengerusi PIBG Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Taman Melawati, Waris Adat Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia serta mantan Exco Pengurusan Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCOBA).<\/p>\n
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga USIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan di atas penganugerahan tersebut.<\/p>\n
<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
NILAI, 21 November 2017 – Bersempena Majlis Istiadat Pembukaan pada 21 November 2017, DYMM Tuanku Canselor berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar sebagai penerima dan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada Profesor Dr. Nor Aripin bin Shamaan. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar merupakan seorang anak […]<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":40798,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40814"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40814"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40814\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40816,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40814\/revisions\/40816"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40798"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40814"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40814"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40814"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}