{"id":40977,"date":"2017-11-30T12:07:33","date_gmt":"2017-11-30T04:07:33","guid":{"rendered":"http:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/sign-quranis-helps-oku-hearing-disability-study-al-quran\/"},"modified":"2017-11-30T12:40:44","modified_gmt":"2017-11-30T04:40:44","slug":"sign-quranis-bantu-oku-mengaji-solat-lebih-baik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/sign-quranis-bantu-oku-mengaji-solat-lebih-baik\/","title":{"rendered":"i-Sign Quranis bantu OKU mengaji, solat lebih baik"},"content":{"rendered":"<p>NILAI &#8211; Golongan orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran kini boleh menikmati pembelajaran al-Quran dan solat dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan santai.<\/p>\n<p>Bagi menaraik perhatian dan membantu golongan itu, kumpulan penyelidik USIM membangunkan i-Sign Quranis, satu perisian interaktif yang mengandungi asas pembelajaran al-Quran dan ibadah.<\/p>\n<p>Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Norakyairee Mohd Raus berkata, objektif utama pembangunan perisian yang menelan belanja RM 78,000 adalah bagi memenuhi keperluan rohani golongan tersebut berdasarkan kemahiran, kekuatan dan perbezaan pembelajaran mereka.<\/p>\n<p>\u201cProduk ini bertujuan untuk mengajar orang pekak membaca al-Quran. i-Sign Quranis adalah satu kurikulum yang dibangunkan oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah untuk anak-anak OKU pekak mendapat pendidikan yang sama seperti pendidikan di KAFA (Kelas al-Quran dan Fardu Ain) dan sekolah agama rakyat.\u201d<\/p>\n<p>\u201cProduk ini ada beberapa kandungan di dalamnya dan kita ada tranliterasi Makhraj (merumikan teks arab) dan terjemahan di bawahnya yang mesra golongan itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya, i-Sign Quranis yang memaparkan dua segmen ititu mengenai al-Quran dan asas-asas ibdah, dilengkapi dengan transliterasi rumi, bahasa isyarat dan terjemahan al-Quran untuk orang cacat pendengaran, yang dimainkan menerusi audiovisual.<\/p>\n<p>\u201cOrang pekak ini dikatakan bisu sebab biasanya golongan tersebut tidak penah mendengar perkataan sejak kecil\u201d.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, kita tidak boleh hendak menyebut atau menuturkan perkataan sebab itulah orang biasa sebut pekak bisu tetapi sebenarnya mereka ini ada kotak suara\u201d.<\/p>\n<p>\u201cKami pergi ke sekolah agama pendidikan khas di Johor Bahru baru-baru ini dan bila lihat interaksi kanak-kanak apabila dia nampak perisian, mereka gembira walaupun suara mereka tidaklah sempurna sangat tapi dia cuba untuk menuturkannya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Produk i-Sign Quranis pernah meraih pingat emas pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2017 (ITEX) di Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas, yang disertai lebih 1,000 penyelidik dari 22 negara termasuk China, Jerman, Hongkong, Indonesia, Iraq dan Vietnam.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/11\/i-Sign-Quranic-Members-Copy.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-40982 aligncenter\" src=\"http:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2017\/11\/i-Sign-Quranic-Members-Copy.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/11\/i-Sign-Quranic-Members-Copy-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/11\/i-Sign-Quranic-Members-Copy-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/11\/i-Sign-Quranic-Members-Copy-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2017\/11\/i-Sign-Quranic-Members-Copy.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Ahli Kumpulan Penyelidik :<br \/>\nNorakyairee Mohd Raus<br \/>\nProf Madya Dr Adnan Mohamed Yusoff<br \/>\nDr Noornajihan Ja\u2019afar<br \/>\nDr Nurul Asiah Fasehah Muhamad<br \/>\nDr Mahyuddin Hashim<br \/>\nMohd Nor Adzam Rasdi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI &#8211; Golongan orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran kini boleh menikmati pembelajaran al-Quran dan solat dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan santai. Bagi menaraik perhatian dan membantu golongan itu, kumpulan penyelidik USIM membangunkan i-Sign Quranis, satu perisian interaktif yang mengandungi asas pembelajaran al-Quran dan ibadah. Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Norakyairee [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":40973,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[308,215,219,220,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40977"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=40977"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40977\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":40985,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/40977\/revisions\/40985"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/40973"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=40977"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=40977"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=40977"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}