{"id":41732,"date":"2018-01-17T09:51:02","date_gmt":"2018-01-17T01:51:02","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/prof-dr-roshada-hashim-terima-darjah-kebesaran-negeri-sembilan\/"},"modified":"2018-01-17T09:56:53","modified_gmt":"2018-01-17T01:56:53","slug":"prof-dr-roshada-hashim-terima-darjah-kebesaran-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/prof-dr-roshada-hashim-terima-darjah-kebesaran-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Prof. Dr. Roshada Hashim terima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"

NILAI, 14 Januari 2018 – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Roshada Hashim menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) daripada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada hari ini.<\/p>\n

Beliau merupakan antara 693 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-70 DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun ini.<\/p>\n

Penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ ini merupakan anugerah tertinggi kedua diterima beliau selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Prof. Indira Parikh 50 Women in Education Leaders. Anugerah tersebut diterima semasa World Education Congress di Taj Lands End, Mumbai pada November tahun lalu.<\/p>\n

Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains dari University of Salford, United Kongdom ini memulakan kerjaya ahli akademik di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.Sepanjang perkhidmatan beliau di USM bermula 1986-2013, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Institut Pengajian Siswazah dan Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar).<\/p>\n

Pada tahun 2013, bermula langkah beliau menyambung bakti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan jawatan sebagai Pengarah Pusat Perhubungan Antarabangsa (USIM Alamiyyah). Seterusnya, beliau diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM bermula Disember 2016 hingga kini.<\/p>\n

Prof. Dr. Roshada Hashim memberi sumbangan besar kepada industri akuakultur. Beliau begitu komited dalam membantu pembangunan mampan akuakultur untuk petani berskala kecil dan sedarhana di negara-negara membangun. \u00a0Beliau turut menyumbang kepakaran dalam bidang nutrisi ikan, strategi dan pengurusan pemakanan dan biokimia analitikal selain dijemput untuk meyampaikan ucapan dasar di persidangan tempatan dan antarabangsa.<\/p>\n

“Saya menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku atas kurnia yang besar maknanya ini pada diri saya dan keluarga. Terima kasih kepada Naib Canselor, Pengurusan Universiti dan kakitangan yang setiasa menyokong dan membantu saya selama ini. Anugerah ini datang bersama tanggungjawab dan dorongan untuk saya terus berusaha memberi sumbangan yang lebih besar kepada dunia akademia, pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi” ujarnya.<\/p>\n

 <\/p>\n

Disediakan oleh:
\nZaini Othman
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan
\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 14 Januari 2018 – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Roshada Hashim menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) daripada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada hari ini. Beliau merupakan antara 693 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":41735,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41732"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41732"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41732\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41734,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41732\/revisions\/41734"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41735"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41732"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41732"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41732"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}