{"id":41754,"date":"2018-01-18T11:56:10","date_gmt":"2018-01-18T03:56:10","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-promosi-edible-garden-kepada-warga-kampus-dan-komuniti-sekitar\/"},"modified":"2018-01-18T11:58:32","modified_gmt":"2018-01-18T03:58:32","slug":"usim-promosi-edible-garden-kepada-warga-kampus-dan-komuniti-sekitar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-promosi-edible-garden-kepada-warga-kampus-dan-komuniti-sekitar\/","title":{"rendered":"USIM promosi Edible Garden kepada warga kampus dan komuniti sekitar"},"content":{"rendered":"

NILAI, 18 Januari 2018 \u2013 Mempromosikan faedah penanaman sendiri tanaman dapur seperti sayuran dan pokok herba dan kesannya kepada kelestarian alam kepada warga kampus, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Unit Landskap, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) mewujudkan sebuah \u2018Edible Garden USIM\u2019 di dalam kampus.<\/p>\n

Edible Garden di dalam bahasa Melayu bermaksud taman boleh dimakan iaitu ia merupakan sebuah mini taman yang mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan daripada sayur-sayuran, ulam-ulaman, pokok herba dan buah-buahan.<\/p>\n

Perasmian Edible Garden USIM ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad bertempat di Nurseri Landskap USIM pada Rabu petang. Inisiatif mewujudkan edible garden ini diterajui oleh Unit Landskap JPPF apabila Naib Canselor melahirkan hasrat untuk USIM mempunyai sebuah edible garden yang ditanam dengan pelbagai sayuran dan herba yang digunakan untuk masakan seharian seperti serai, daun pandan, daun kunyit, lada, sawi dan lain-lain lagi.<\/p>\n

\u201cEdible Garden USIM ini sebagai satu bentuk kempen pendidikan kesedaran kepada warga kampus untuk turut mewujudkan edible garden mereka di rumah masing-masing. Apabila kita bercucuk tanam sayur-sayuran yang kita selalu gunakan di dapur, ia memberi manfaat yang banyak terutamanya meminimakan kos barang dapur, menjimatkan masa dan paling penting juga, lebih terjamin khasiat dan kebersihan sayuran yang kita makan\u201d.<\/p>\n

\u201cEdible Garden USIM yang diwujudkan oleh Unit Landskap ini turut menggunakan barang-barang terpakai seperti pakaian, tayar- tayar lama dan botol- botol yang digunapakai sebagai medium bekas tanaman. Melalui inisiatif ini ia turut mempromosikan kelestarian alam semula jadi apabila konsep ‘recycle use’ diaplikasikan untuk membuat edible garden ini\u201d ujar Profesor Dr. Musa Ahmad dalam ucapan perasmiannya.<\/p>\n

Selari dengan hasrat menjadi sebuah kampus barakah, apabila konsep Edible Garden USIM ini telah berjaya sepenuhnya, pelaksanaan program ini akan dikembangkan USIM kepada komuniti perumahan sekitar kampus sebagai satu usaha murni universiti menggalakkan kehidupan yang sihat dan lestari alam sekitar.<\/p>\n

Pada masa kini, di dalam Edible Garden USIM selain tanaman sayuran, ulam-ulaman dan pokok herba, ia turut ditanam pokok buah-buahan dan ternakan ayam kampung, itik dan ikan talapia dalam skala kecil. Semasa lawatan ke sekitar tapak Edible Garden USIM bersama Pengurusan Universiti, Naib Canselor turut mengambil peluang menanam sepohon pokok nangka madu dan melihat secara dekat tumbuhan-tumbuhan hiasan untuk kegunaan indoor (dalaman) di universiti yang turut disemai di sini.<\/p>\n

Sempena perasmian ini juga, para tetamu turut berpeluang menikmati jamuan pelbagai menu masakan kampung yang disediakan secara gotong-royong oleh kakitangan USIM dengan menggunakan bahan-bahan dari Edible Garden USIM sendiri seperti ubi kayu, serai, kangkung, ulam-ulaman, ikan talapia dan itik.<\/p>\n

Antara tetamu lain yang turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Profesor Dato\u2019 Dr. Zulkiple Abd. Ghani; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato\u2019 Dr. Roshada Hashim; Pengarah Pembangunan Ir. Daim Saian; dan Pegawai Landskap Arkitek, LAr. Mohd Farid Zakaria.<\/p>\n

 <\/p>\n

Disediakan oleh:
\nZaini Othman
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan
\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n

 <\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 18 Januari 2018 \u2013 Mempromosikan faedah penanaman sendiri tanaman dapur seperti sayuran dan pokok herba dan kesannya kepada kelestarian alam kepada warga kampus, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Unit Landskap, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) mewujudkan sebuah \u2018Edible Garden USIM\u2019 di dalam kampus. Edible Garden di dalam bahasa Melayu bermaksud taman boleh […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":41749,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41754"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41754"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41754\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41755,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41754\/revisions\/41755"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41749"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41754"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41754"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41754"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}