{"id":41852,"date":"2018-01-23T11:46:28","date_gmt":"2018-01-23T03:46:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-diiktiraf-universiti-terbaik-dalam-kebudayaan-julang-anugerah-gong-kencana-makum\/"},"modified":"2018-01-23T12:06:39","modified_gmt":"2018-01-23T04:06:39","slug":"usim-diiktiraf-universiti-terbaik-dalam-kebudayaan-julang-anugerah-gong-kencana-makum","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-diiktiraf-universiti-terbaik-dalam-kebudayaan-julang-anugerah-gong-kencana-makum\/","title":{"rendered":"USIM diiktiraf Universiti Terbaik dalam kebudayaan, julang Anugerah Gong Kencana MAKUM"},"content":{"rendered":"<p>PERAK, 20 Januari 2018 &#8211;\u00a0 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkul hadiah utama iaitu Anugerah Gong Kencana dalam Malam Anugerah Seni 2017 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang berlangsung pada Sabtu lalu. Majlis anugerah gilang gemilang ini diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.<\/p>\n<p>Anugerah Gong Kencana yang menjadi idaman semua Universiti Awam ini diberikan kepada Universiti yang cemerlang dan terbaik dalam penganjuran aktiviti kebudayaan berasaskan kecemerlangan pencapaian dan program seni budaya. Anugerah ini telah diterima oleh Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed.<\/p>\n<p>\u201cPusat Kebudayaan dan USIM amat berbangga dan gembira dengan kejayaan menerima anugerah utama ini. Kita secara kreatif dan inovatif telah menampilkan program yang berimpak tinggi seperti USIM Street Dakwah, Konsert Munajat Untuk Rohingya, Teater Perang Uhud dan beberapa lagi program yang mempunyai nilai kesedaran dan menyumbang kepada komuniti masyarakat\u201d.<\/p>\n<p>\u201cPusat Kebudayaan menerapkan Seni Berbudaya dalam setiap penganjuran program dan pelajar adalah penggerak kepada elemen-elemen yang kita ingin bangunkan. Malahan kita dari semasa ke semasa membina jaringan dengan rakan-rakan strategik khususnya dengan penggiat seni tanah air supaya pengisian kebudayaan yang kita bawa berjalan selari dengan kehendak pasaran dan keperluan USIM\u201d ujar Ismail Ahmed.<\/p>\n<p>Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad dalam reaksinya mengucapkan tahniah kepada Pusat Kebudayaan untuk pencapaian ini. \u201cSyukur Alhamdulillah, walaupun kita belum menawarkan program akademik dalam bidang seni dan kebudayaan, namun USIM mendominasi universiti tersohor tempatan dalam Anugerah Seni MAKUM dengan memenangi anugerah utamanya. Ia malahan satu pengiktirafan kepada usaha USIM yang menjadi peneraju dalam &#8216;Seni Berbudaya&#8217; dan mempunyai panel penasihat tersendiri untuk memastikan persembahan kebudayaan yang dibawa oleh kita adalah patuh syariah\u201d.<\/p>\n<p>Pada majlis tersebut juga, USIM turut cemerlang apabila logo rasmi MAKUM hasil ciptaan siswanya, Muhammad Alif Omar Jalil dipilih sebagai Johan Cipta Logo MAKUM dan menerima hadiah wang tunai RM 1000.00 dan trofi. Selain itu, dua siswa USIM iaitu Nurul Syifa Mohamad Rizal dan Ab. Rahimi Ab. Rezaf turut dipilih menerima Anugerah Bonang Emas bagi menghargai penglibatan mereka dalam program seni budaya. Kelab Urus Setia Kesenian Pelajar USIM juga menerima Anugerah Gambang Mustika yang diberikan kepada kelab dan persatuan seni budaya terbaik.<\/p>\n<p>Penyampaian anugerah pada malam berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Sekreatriat MAKUM, Profesor Madya Dr. Md Amin Md. Taff merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI. Antara tetamu kehormat yang turut hadir menyaksikan Anugerah Seni MAKUM 2017\u00a0 iaiah Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan KPT; Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara; dan Puan Fauziah Md. Din, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nZaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/EN-ISMAIL.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-41849\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/EN-ISMAIL.jpg\" alt=\"\" width=\"696\" height=\"894\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/EN-ISMAIL-200x257.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/EN-ISMAIL-234x300.jpg 234w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/EN-ISMAIL-400x514.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/EN-ISMAIL-600x771.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/EN-ISMAIL.jpg 696w\" sizes=\"(max-width: 696px) 100vw, 696px\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERAK, 20 Januari 2018 &#8211;\u00a0 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkul hadiah utama iaitu Anugerah Gong Kencana dalam Malam Anugerah Seni 2017 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang berlangsung pada Sabtu lalu. Majlis anugerah gilang gemilang ini diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Anugerah Gong Kencana yang menjadi idaman semua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":41850,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41852"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=41852"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41852\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":41855,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/41852\/revisions\/41855"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/41850"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=41852"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=41852"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=41852"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}