{"id":42243,"date":"2018-02-06T15:57:49","date_gmt":"2018-02-06T07:57:49","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/fpsk-anjur-seminar-tingkat-kefahahaman-pengendalian-kadaver-dari-sudut-islam\/"},"modified":"2018-02-08T09:28:09","modified_gmt":"2018-02-08T01:28:09","slug":"fpsk-anjur-seminar-tingkat-kefahahaman-pengendalian-kadaver-dari-sudut-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/fpsk-anjur-seminar-tingkat-kefahahaman-pengendalian-kadaver-dari-sudut-islam\/","title":{"rendered":"FPSK anjur seminar tingkat kefahahaman pengendalian kadaver dari sudut Islam"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 6 Februari 2018 \u2013 Seramai 150 peserta dari kalangan pelajar perubatan, tenaga pengajar akademik, badan korporat, pakar perubatan, pegawai Sains, paramedik tempatan dan luar negara (Indonesia dan Brunei) menyertai Seminar Pengendalian Kadaver bertempat di Dewan Kuliah 1.1.<\/p>\n<p>Seminar anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) diadakan bertujuan mengupas serta meningkatkan kefahaman pengendalian kadaver untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran menurut perspektif Islam.<\/p>\n<p>Kadaver atau jasad mayat sering digunakan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di fakulti-fakulti perubatan. Ia akan bukan hanya melibatkan proses-proses pengendalian kadaver sahaja, malah melibatkan aspek penjagaan kadaver dalam Islam.<\/p>\n<p>Justeru, seminar selama satu hari ini bertujuan menyediakan ruang diskusi kepada peserta untuk memberi maklumbalas dan pandangan tentang garis panduan pengendalian kadaver menurut perspektif Islam seterusnya menjadi rujukan di insititusi pengajian awam, swasta termasuklah hospital-hospital di seluruh Malaysia.<\/p>\n<p>Datuk Dr Mohd Shah Mahmood, Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara dalam ucapan perasmiannya berkata, penting untuk memulakan percambahan ilmu ini untuk memperkasa garis panduan yang sedang dirangka.<\/p>\n<p>\u201cGaris panduan ini menjadi panduan bagi proses pengambilan, penerimaan, pemprosesan, penyimpanan, etika pengendalian dan pelupusan kadaver. Inisiatif yang dilaksana oleh USIM ini tepat pada masanya memandangkan kadaver yang digunakan dalam pembelajaran perlu dihormati selain dikebumi atau dibakar mengikut keperluan,\u201d ucapnya.<\/p>\n<p>\u201dPengendalian kadaver setakat ini di fakulti adalah mengikut kepada norma semasa, justeru seminar ini diharap mendapat input yang membina daripada semua peserta dan juga menjana jaringan kerjasama yang baik di masa akan datang antara peserta dari dalam dan luar negara,\u201d ujar Dr Ku Mastura Ku Mohd Noor, Pengarah Seminar Pengendalian Kadaver 2018.<\/p>\n<p>Antara pengisian utama adalah ceramah dan forum bagi topik pembentangan tentang garis panduan pengendalian kadaver untuk tujuan pengajaran menurut perspektif Islam, penggunaan kadaver bagi tujuan pembelajaran \u201dSilent Mentor Program\u201d dan pameran kadaver untuk tujuan komersil dan penyebaran grafik berkaitan kadaver di media sosial.<\/p>\n<p>Seminar ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia (INFAD) yang akan bersama menggubal garis panduan pengedalian cadaver bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran mengikut perspektif Islam.<\/p>\n<p>Turut hadir adalah Dr Muhammad Yamin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bah. Perancangan dan Penyelidikan JAKIM dan Prof Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris, Dekan FPSK.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nSyazlyna Jamil<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 6 Februari 2018 \u2013 Seramai 150 peserta dari kalangan pelajar perubatan, tenaga pengajar akademik, badan korporat, pakar perubatan, pegawai Sains, paramedik tempatan dan luar negara (Indonesia dan Brunei) menyertai Seminar Pengendalian Kadaver bertempat di Dewan Kuliah 1.1. Seminar anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) diadakan bertujuan mengupas serta meningkatkan kefahaman pengendalian kadaver untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":42237,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42243"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42243"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42243\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42282,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42243\/revisions\/42282"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42237"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42243"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42243"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42243"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}