{"id":42272,"date":"2018-02-07T16:24:46","date_gmt":"2018-02-07T08:24:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/duta-jauhar-4-0-usim-terus-melakar-kecemerlangan\/"},"modified":"2018-02-07T16:27:10","modified_gmt":"2018-02-07T08:27:10","slug":"duta-jauhar-4-0-usim-terus-melakar-kecemerlangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/duta-jauhar-4-0-usim-terus-melakar-kecemerlangan\/","title":{"rendered":"Duta Jauhar 4.0 USIM terus melakar kecemerlangan 3 tahun berturut-turut"},"content":{"rendered":"
PASIR GUDANG, 4 Februari 2018 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Komitmen Universiti Terbaik selama 3 tahun berturut\u2013turut dalam Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar 4.0 Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang.<\/p>\n
Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS) YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan (KBS). Turut hadir sama Datuk Hj. Ayub Rahmat, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan Tuan Haji Ab Han Ramin, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor dan Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM.<\/p>\n
Dua kumpulan yang bertanding iaitu Kumpulan Orla Farm telah memenangi Anugerah Emas Harapan (Emas Terbaik) dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000, dan Kumpulan Well Disposer pula memenangi Anugerah Emas dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.<\/p>\n
Dengan kemenangan ini, kedua-dua kumpulan mendapat piala iringan, piala individu dan sijil penghargaan. \u00a0Manakala Anugerah Penyelia Harapan telah dimenangi oleh pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar selaku penasihat.<\/p>\n
Kedua-dua kumpulan telah menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy<\/em> (NBOS) dalam usaha mengurangkan pencemaran di bumi dengan menggunakan sisa minyak masak terpakai untuk dijadikan lilin wangi (J-Candle<\/em>) dan juga mengurangkan sisa makanan untuk dijadikan baja kompos (Orla Farm Organic Fertilizer<\/em>). Kedua\u2013dua kumpulan telah berusaha bersungguh\u2013sungguh untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di bumi Johor khasnya dan Malaysia amnya.<\/p>\n Melalui pendekatan NBOS dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar ini, projek Orla Farm telah berjaya dinobatkan sebagai Anugerah Projek Alam Sekitar Harapan dengan wang tunai RM500. Tambahan pula, saudari Nur Azizah Md Basri yang merupakan pengurus projek Orla Farm telah tercalon sebagai Finalis di dalam Kategori Ikon Duta Jauhar (Siswi).<\/p>\n Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar selaku penasihat Duta Jauhar 4.0 berkata program Duta Jauhar ini dilaksanakan bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi penglibatan mahasiswa daripada universiti awam dan swasta serta politeknik. Ia berjaya mengasah kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pemikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah sepanjang menguruskan projek selari dengan Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) yang dihasratkan USIM.<\/p>\n \u201cHarapan saya agar perjuangan dalam keusahawan sosial ini bakal diteruskan oleh Duta Jauhar 5.0 USIM dengan menyantuni golongan sasaran di Johor dan mengaplikasikan semangat memberi dalam kehidupan seharian\u201d, jelas Dr. Najib.<\/p>\n <\/p>\n Disediakan oleh:
\nNoorumaina Mohamed Yunus
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan
\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n