{"id":42516,"date":"2018-03-01T12:41:59","date_gmt":"2018-03-01T04:41:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/siswa-kolej-kediaman-nilam-court-usim-timba-ilmu-di-unimap\/"},"modified":"2018-03-01T12:46:02","modified_gmt":"2018-03-01T04:46:02","slug":"siswa-kolej-kediaman-nilam-court-usim-timba-ilmu-di-unimap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/siswa-kolej-kediaman-nilam-court-usim-timba-ilmu-di-unimap\/","title":{"rendered":"Siswa Kolej Kediaman Nilam Court USIM timba ilmu di UNIMAP"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 24 Februari 2018 \u2013 Memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman pelajar di universiti, Jawatankuasa Siswa Siswi (JAKSA) Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berkunjung ke Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada baru-baru ini. Lawatan Penanda Aras ke Kolej Kediaman Tun Abdul Razak Unimap itu disertai seramai 25 pelajar Kolej Kediaman Nilam Court USIM bersama Pengetua dan Felo Kolej Kediaman.<\/p>\n<p>Tujuan lawatan penanda aras ini dianjurkan adalah untuk melihat pengurusan dan bentuk program-program anjuran kolej kediaman universiti awam lain untuk para penghuni khususnya yang berbentuk pembinaan sahsiah diri dan pembangunan akademik. Melalui perkongsian pengalaman ini, program yang bersesuaian boleh di implementasikan di Kolej Kediaman Nilam Court untuk manfaat para penghuninya.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan kita melaksanakan lawatan penanda aras ke kolej kediaman universiti awam adalah untuk kita membina jalinan strategik baharu dengan kolej kediaman yang dilawati. Melalui lawatan penanda aras yang dibuat sebelum ini, banyak input-input yang menarik kita dapat dan kita terapkan dalam pengurusan dan pentadbiran kolej kediaman di sini\u201d ujar Muhammad Izuan Ab Ghani, Pengetua Kolej Kediaman Nilam Court USIM.<\/p>\n<p>\u201cKolej kediaman turut memainkan peranan penting dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang menepati model Graduan Integrasi Ilmu Naqli Aqli yang USIM ingin lahirkan. Justeru dengan beberapa siri lawatan penanda aras yang telah dan akan dilaksanakan, harapannya adalah dapat kita membentuk model pengurusan kolej dan program pelajar yang terbaik\u201d tambahnya yang juga pensyarah bahasa Arab di Fakulti Pengajian Bahasa Utama.<\/p>\n<p>Menurut Mohd Zulkarnian bin Mohammad, Pengerusi JAKSA Kolej Kediaman Nilam Court yang turut bersama dalam lawatan ini menzahirkan rasa terima kasih atas kesudian pihak Kolej Kediaman Tun Abdul Razak Unimap menerima kunjungan mereka. Kedatangan rombongan ini disambut baik oleh kakitangan kolej dan Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tun Abdul Razak serta berpeluang menginap di sana selama satu malam.<\/p>\n<p>\u201cMelalui lawatan ini, ia juga menjadi platform untuk memperkenalkan USIM dan Kolej Kediaman Nilam Court dan sebaliknya juga. Melalui sesi taklimat, soal jawab dan perbincangan meja bulat antara kakitangan pengurusan kedua-dua kolej yang diaturkan, ia membuka ruang untuk kedua belah pihak mendapat dapatan-dapatan yang baharu\u201d.<\/p>\n<p>\u201cMalahan kami sendiri sebagai badan pelajar rasmi di Kolej Kediaman Nilam Court amat teruja bila dapat bersama-sama dengan rakan-rakan kami dari Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tun Abdul Razak yang memainkan peranan seperti kami di USIM. Banyak yang dapat kami contohi dan ingin aplikasikannya kelak di USIM\u201d ulas Zulkarnian.<\/p>\n<p>Sempena dengan lawatan penanda aras ke Unimap ini juga, ahli rombongan turut mengambil peluang mengunjungi beberapa tempat menarik yang menjadi tarikan istimewa negeri yang terletak hujung di utara ini. Antara destinasi yang dilawati adalah Padang Besar, Gua Kelam, Kuala Perlis dan Masjid Terapung Al-Hussain.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nZaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-42512\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3.jpg\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"853\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3-1200x800.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP3.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-42511\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2.jpg\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"817\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2-200x128.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2-300x191.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2-400x255.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2-460x295.jpg 460w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2-600x383.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2-768x490.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2-800x511.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2-1024x654.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2-1200x766.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/UNIMAP2.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 24 Februari 2018 \u2013 Memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman pelajar di universiti, Jawatankuasa Siswa Siswi (JAKSA) Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berkunjung ke Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada baru-baru ini. Lawatan Penanda Aras ke Kolej Kediaman Tun Abdul Razak Unimap itu disertai seramai 25 pelajar Kolej Kediaman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":42510,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42516"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42516"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42516\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42519,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42516\/revisions\/42519"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42510"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42516"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42516"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42516"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}