{"id":42933,"date":"2018-03-29T16:37:06","date_gmt":"2018-03-29T08:37:06","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/bim-ibadah-bantu-oku-pendengaran-tunai-kewajipan\/"},"modified":"2018-04-16T08:49:56","modified_gmt":"2018-04-16T00:49:56","slug":"bim-ibadah-bantu-oku-pendengaran-tunai-kewajipan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/bim-ibadah-bantu-oku-pendengaran-tunai-kewajipan\/","title":{"rendered":"BIM ibadah bantu OKU pendengaran tunai kewajipan"},"content":{"rendered":"
\u00a0<\/strong>NILAI, 3 Mac 2018 – Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran kini boleh menunaikan ibadah dengan selesa dan\u00a0 menyeronokkan. Jika sebelum ini mereka kelihatan sukar menunaikan ibadah kerana dalam standard bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) hanya terdapat 30 istilah yang merujuk kepada agama. Majlis pra pelancaran telah diadakan di Galeri Canselori USIM.<\/p>\n Dalam usaha menarik perhatian dan membantu golongan itu, kumpulan penyelidik daripada USIM mengambil tanggungjawab membangunkan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Ibadah .<\/p>\n Menurut ketua penyelidik merangkap pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Dr Nurul Asiah Fasehah Muhammad berkata, usaha ini merupakan hasil kerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) dalam mengisi kelompongan terminology<\/em> ibadah bagi golongan pekak dan memberi isyarat jelas kepada mereka dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.<\/p>\n \u201cKajian ini kita telah jalankan sejak tahun 2017 dan sepanjang tahun tersebut kita telah berjaya mengumpulkan 240 istilah baharu dan tambahan kepada 30 istilah yang sedia ada telah dibangunkan dan dikemaskini meliputi tujuh bab iaitu hukum syarak, syahadah, taharah, solat, puasa, zakat dan haji.Kami melakukan proses pengemaskinian kerana terdapat beberapa isyarat asal tidak sama dengan definisi yang sebenar.<\/p>\n \u201cSaya beri contoh, jika sebelum ini isyarat kepada istilah najis dan kotor adalah sama, tetapi melalui kajian ini, kita telah mengemaskini isyarat sedia ada untuk membezakan dua istilah ini bagi mengelak kekeliruan golongan ini memahami perkara tesebut.<\/p>\n Beliau berkata lagi, pelaksanaan BIM ini akan tampil dalam bentuk persembahan video dilengkapi dengan bahasa isyarat orang cacat pendengaran melalui audio visual dan akan dibangunkan melalui aplikasi android bagi memudahkan mereka boleh belajar di mana-mana sahaja.<\/p>\n \u201cKami jangkakan untuk aplikasi ini dilancarkan dalam tahun ini bersama satu produk yang kita sedang bangunkan iaitu OKU Street. Kami sebenarnya dalam fasa terakhir penyelidikan dan penilaian sedang dilakukan oleh Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak (MY BIM), Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan Persatuan Orang Pekak Selangor (POPS) sebagai panel pakar dalam membangunkan BIM.<\/p>\n \u201cKita berharap dengan pengenalan BIM Ibadah ini, ia dapat digunakan secara meluas dan boleh diterjemahkan dalam kehidupan seharian dalam usaha memberi ruang dan peluang kepada golongan ini belajar dan menunaikan kewajipan seperti Muslim yang lain, katanya selepas Majlis Pra Pelancaran BIM Ibadah dan Apresiasi yang disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Profesor Madya Dr Adnan Mohammed Yussoff.<\/p>\n <\/p>\n Disediakan oleh: <\/p>\n \u00a0NILAI, 3 Mac 2018 – Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran kini boleh menunaikan ibadah dengan selesa dan\u00a0 menyeronokkan. Jika sebelum ini mereka kelihatan sukar menunaikan ibadah kerana dalam standard bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) hanya terdapat 30 istilah yang merujuk kepada agama. Majlis pra pelancaran telah diadakan di […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":42931,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[308,215,219,220,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42933"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=42933"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42933\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":42934,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/42933\/revisions\/42934"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/42931"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=42933"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=42933"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=42933"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
\nShahrul Naim Tokiman
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan
\nTel : 06-798 8026\/8027\/6284 Faks : 06-798 8204<\/p>\n
<\/a>
<\/a>
<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"