{"id":43854,"date":"2018-06-12T15:11:24","date_gmt":"2018-06-12T07:11:24","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/naib-canselor-usim-dan-pragmatis-bersahur-bersama-anak-anak-yatim-dan-miskin\/"},"modified":"2018-06-12T15:52:04","modified_gmt":"2018-06-12T07:52:04","slug":"naib-canselor-usim-dan-pragmatis-bersahur-bersama-anak-anak-yatim-dan-miskin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/naib-canselor-usim-dan-pragmatis-bersahur-bersama-anak-anak-yatim-dan-miskin\/","title":{"rendered":"Naib Canselor USIM dan PRAGMATIS bersahur bersama anak-anak yatim dan miskin"},"content":{"rendered":"
NILAI, 3 Jun 2018 \u2013 Menjengah ke penghujung bulan Ramadan ini, ia sinonim dengan kesibukan menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira di saat ini. Tetapi bagi kanak-kanak yatim piatu atau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, perasaan dan persiapan mereka pastinya tidak sama seperti kanan-kanak lain.<\/p>\n
Justeru itu, pada baru-baru ini Persatuan Pegawai Tadbir dan Ihtisas (PRAGMATIS) Unoversiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Naib Canselor, Profesor Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad menziarahi bagi mendekati dan menggembirakan kanak-kanak ini melalui Program Jelajah Sahur 2.0 PRAGMATIS.<\/p>\n
Sepanjang bulan Ramadan ini, penganjuran majlis berbuka bersama anak yatim dan miskin selalu diadakan, tetapi USIM memilih pendekatan berbeza menganjurkan program sahur bersama mereka. Sebanyak dua buah rumah penjagaan anak-anak yatim dan miskin telah dipilih sebagai lokasi Jelajah Sahur ini.<\/p>\n
\u201cPada program Jelajah Sahur 1.0 PRAGMATIS pada tahun lalu, kita memilih untuk menyantuni dan menzirahi para petugas badan beruniform untuk menyampaikan sumbangan juadah bersahur. Kita berasa gembira kerana semasa kali pertama dianjurkan, Naib Canselor dapat meluangkan masa bersama-sama kita\u201d<\/p>\n
\u201cPada masa itu, kita pergi ke beberapa lokasi untuk agihan juadah sahur seperti Balai Bomba Nilai, Pejabat Tenaga Nasional (TNB) Bandar Baru Nilai, Balai Polis Pekan Nilai Lama, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan staf perubatan Nilai Medical Centre\u201d ujar Encik Salehudin Sukor selaku Presiden PRAGMATIS.<\/p>\n
\u201cUntuk kali ini, Alhamdulillah Naib Canselor bersama 11 orang pentadbir USIM bertolak sekitar jam 4.00 pagi dari Canselori menuju ke lokasi pertama untuk disinggahi iaitu Pertubuhan Kebajikan Baitul Barokah Wal Mahabbah yang terletak di Salak Tinggi, Selangor\u201d.<\/p>\n
\u201cKetibaan krew Jelajah Sahur telah disambut oleh wakil pengurusan dan anak-anak di sini yang telah sedia menanti untuk menerima juadah sahur yang disediakan. Selain juadah sahur, USIM melalui Penerbit USIM turut menyumbangkan bahan bacaan ilmiah untuk dimanfaatkan para penghuni di sini\u201d tambahnya.<\/p>\n
Perjalanan diteruskan ke lokasi kedua yang terletak kira-kira 15 kilometer iaitu Rumah Anak Yatim dan Miskin, Taman Semarak Nilai. Di sini, Naib Canselor bersama krew Jelajah Sahur 2.0 mengambil peluang bersahur dan solat Subuh bersama-sama dengan anak-anak dan kakitangan rumah anak yatim ini.<\/p>\n
Selepas Solat Subuh telah diadakan majlis ringkas bagi menyampaikan sumbangan duit raya dan kelengkapan persekolah kepada anak-anak di sini yang disempurnakan oleh Naib Canselor. Ditemui selepas majlis selesai, Naib Canselor memuji inisiatif program Jelajah Sahur yang diaturkan ini kerana ia membawa USIM mendekati dan peduli dengan masyarakat sekitar selain satu amal kebaikan yang diberi ganjaran pahala berganda di bulan Ramadan yang mulia ini.<\/p>\n
Disediakan oleh:
\nMohd Zaini Othman
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan
\nTel : 06-798 8026\/78629\/78620 Faks : 06-798 8032<\/p>\n
NILAI, 3 Jun 2018 \u2013 Menjengah ke penghujung bulan Ramadan ini, ia sinonim dengan kesibukan menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira di saat ini. Tetapi bagi kanak-kanak yatim piatu atau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, perasaan dan persiapan mereka pastinya tidak sama seperti kanan-kanak lain. […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":43851,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43854"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=43854"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43854\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":43855,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/43854\/revisions\/43855"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/43851"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=43854"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=43854"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=43854"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a>
<\/a>
<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"