{"id":44087,"date":"2018-06-28T10:38:34","date_gmt":"2018-06-28T02:38:34","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/938-pelajar-baharu-tamhidi-mendaftar-di-usim-bagi-sesi-akademik-20182019\/"},"modified":"2018-06-28T17:29:02","modified_gmt":"2018-06-28T09:29:02","slug":"usim-terima-938-pelajar-baharu-mendaftar-ke-program-tamhidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-terima-938-pelajar-baharu-mendaftar-ke-program-tamhidi\/","title":{"rendered":"USIM terima 938 pelajar baharu mendaftar ke program Tamhidi"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 28 Jun 2018 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kemasukan pelajar baharu program asasinya iaitu Tamhidi seramai 938 orang pelajar untuk sesi akademik 2018\/2019. Ia terdiri daripada 301 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan yang telah selesai mendaftar pada semalam (Rabu) bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Selesai pendaftaran akademik dan kolej kediaman, para pelajar ini terus mengikuti pengisian Program Hari Taaruf yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar sehingga Jumaat.<\/p>\n<p>Pada sebelah pagi tadi telah diadakan Majlis Amanat bersama Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad diikuti dengan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Tamhidi dihadapan Pengurusan Tertinggi Universiti. Naib Canselor dalam ucapan mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang terpilih ke Tamhidi kerana jumlah permohonan yang diterima amat tinggi saban tahun.<\/p>\n<p>Tamhidi USIM menerima sebanyak 14,442 permohonan untuk kemasukan kali ini dan dari jumlah tersebut seramai 1,867 calon memilih USIM sebagai pilihan pertama dan hanya 1,360 berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian ke lima Program Tamhidi. Lima program tersebut adalah Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Syariah dan Undang-undang, Tamhidi Perubatan dan Tamhidi Pergigian.<\/p>\n<p>\u201cProses pendaftaran kali ini berlangsung dalam suasana yang teratur dan lancar dengan bantuan daripada pengurusan dan urus setia bagi memastikan sebarang keperluan atau informasi dapat disalurkan dengan tepat kepada ibu bapa dan pelajar mendaftar. Kita sentiasa bersedia membuat penambahbaikan lagi di masa akan datang,\u201d ucap Naib Canselor USIM<\/p>\n<p><em>\u00a0<a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/2-e1530162111459.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-44095 alignright\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/2-e1530162111459.jpeg\" alt=\"\" width=\"120\" height=\"160\" \/><\/a><\/em>Misya Humaira Reduan, 16, dari International Holistic School Subang Bestari berkelulusan O-Level menyambung pengajian di Tamhidi Pergigian. Beliau yang memilih USIM sebagai pilihan pertama bercita-cita menjadi doktor gigi yang berpendidikan agama iaitu meneruskan pengajian al-quran dan \u2018arabic\u2019 sebelum ini.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/1-e1530161985735.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-44094 alignleft\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/1-e1530161985735.jpeg\" alt=\"\" width=\"120\" height=\"160\" \/><\/a>Nusaiba Abul Khair, 19 yang berasal dari Australia dan mendapat Pendidikan di Islamic college of South Australia begitu teruja apabila diterima masuk ke USIM bagi menyambung pangajian di Tamhidi Perubatan. Beliau kini menetap di Kajang bersama keluarganya, menyatakan hasrat untuk sambung pengajian dalam suasana \u2018muslim environment\u2019 serta berharap dapat memperbaiki diri menjadi Islam sejati. Anak kedua dari lapan beradik ini bercita-cita untuk menjadi seorang doktor yang membantu muslim lain yang dalam kesusahan berikutan nenek beliau merupakan seorang rakyat Palestin.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/3-e1530162156764.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-44096 alignright\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/3-e1530162156764.jpeg\" alt=\"\" width=\"120\" height=\"160\" \/><\/a>Manakala Muhammad Syakirin Ahmad Sayutzi,18, juga menduduki peperiksaan O-Level di Integrated\u00a0 Islamic School, Shah Alam menyambung pengajian di Tamhidi Perubatan menyatakan hasrat memilih USIM adalah kerana pengajian perubatan yang dikatakan unik iaitu selain mengaji hal-hal perubatan, turut diselami dengan hal-hal agama. Beliau juga bercita-cita untuk menyambung pengajian kedoktoran ke peringkat tertinggi di Ireland.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/azzaratul.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-thumbnail wp-image-44108 alignleft\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/azzaratul-150x150.jpg\" alt=\"\" width=\"150\" height=\"150\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/azzaratul-45x45.jpg 45w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/azzaratul-66x66.jpg 66w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/azzaratul-150x150.jpg 150w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/azzaratul.jpg 809w\" sizes=\"(max-width: 150px) 100vw, 150px\" \/><\/a>Menyimpan hasrat untuk mendalami undang-undang Islam serta meningkatkan imej Islam itu adalah cita-cita Azzaratul Azman,18, yang berasal dari Sarawak. Menyambung pengajian di Tamhidi Undang-Undang dan Syariah, anak ketiga dari tujuh beradik ini menyimpan hasrat untuk menjadi seorang peguam yang berbakti pada agama dan negara.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cMenarik bagi pendaftaran kali ini, kita turut menerima pelajar sulung antarabangsa untuk Program Tamhidi Perubatan iaitu Nusaiba Abu Abul Khair dari Australia. Selain itu, kita turut menerima dua orang pelajar tempatan yang memasuki Tamhidi melalui saluran peperiksaan O-Level, tidak melalui keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) seperti kebiasaan,\u201d ujar Prof Madya Dr Asmaddy Haris, Pengarah Pusat Tamhidi USIM.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/7-e1530153142686.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-44081 alignright\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/7-e1530153142686.jpeg\" alt=\"\" width=\"120\" height=\"160\" \/><\/a>Faridatul Najah Abdul Aziz, bekas pelajar sekolah harian dari SMK Batu Sepuluh, Lekir, Perak memilih Tamhidi Syariah dan Undang-undang bagi meneruskan pengajian dalam bidang agama dan memilih Tamhidi kerana tertarik dengan visi USIM.<\/p>\n<p>&#8220;Meletakkan elemen integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang mengangkat agama Islam dalam pengajiannya sesuatu yang amat sesuai dengan jiwa saya. Setiap kali membaca akhbar dan ada berita tentang USIM, ia lebih menguatkan lagi hasrat saya untuk menyambung pengajian Tamhidi dan keluarga turut menyokong keinginan saya ini, Alhamdulillah,&#8221; ucap Faridatul Najah.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/8-e1530153208181.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-44082 alignleft\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/8-e1530153208181.jpeg\" alt=\"\" width=\"120\" height=\"160\" \/><\/a>Manakala Ahmad Ammar Ishak, bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah memilih USIM sebagai pilihan pertama kerana mendapat galakan dari keluarga terutama kakaknya yang turut menyambung pengajian di sini. Impiannya besar iaitu ingin menjadi Akauntan Islam untuk memberi nafas baharu dalam mengurus dan menjaga kekayaan umat Islam pada masa hadapan.<\/p>\n<p>&#8220;Kakak juga sentiasa memberikan gambaran yang baik tentang USIM dari segi pensyarah, persekitaran pembelajaran dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Oleh itu, saya tanpa ragu-ragu memilih USIM sebagai pilihan pertama semasa membuat permohonan tempoh hari,&#8221; ujar Ahmad Ammar.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/5-e1530162456346.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-44075\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/5-e1530162465953.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"450\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/6-e1530152017809.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-44076\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/6-e1530152017809.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"450\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/2-e1530152067522.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-44077\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/2-e1530152067522.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"450\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/4-e1530152112375.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-44078\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/4-e1530152116458.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"450\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/3-e1530152169287.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-44079\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/3-e1530152169287.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"450\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/9-e1530152260945.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-44080\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/06\/9-e1530152260945.jpeg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"450\" \/><\/a><\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/78629\/78620 Faks : 06-798 8204<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 28 Jun 2018 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kemasukan pelajar baharu program asasinya iaitu Tamhidi seramai 938 orang pelajar untuk sesi akademik 2018\/2019. Ia terdiri daripada 301 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan yang telah selesai mendaftar pada semalam (Rabu) bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Selesai pendaftaran akademik dan kolej kediaman, para [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":44098,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44087"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=44087"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44087\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":44110,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/44087\/revisions\/44110"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/44098"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=44087"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=44087"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=44087"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}