{"id":45451,"date":"2018-11-09T09:56:31","date_gmt":"2018-11-09T01:56:31","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/inovasi-integrasi-ilmu-naqli-aqli-usim-dipersada-antarabangsa\/"},"modified":"2018-11-09T11:08:03","modified_gmt":"2018-11-09T03:08:03","slug":"inovasi-integrasi-ilmu-naqli-aqli-usim-dipersada-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/berita-penyelidikan\/al-buhuth-wal-ibda-ms\/inovasi-integrasi-ilmu-naqli-aqli-usim-dipersada-antarabangsa\/","title":{"rendered":"Inovasi Integrasi ilmu Naqli Aqli USIM dipersada Antarabangsa"},"content":{"rendered":"
NILAI- Selari dengan misi universiti yang bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu dengan menggunakan teknologi terkini, USIM hari ini terus mara ke hadapan. Kurikulum berteraskan paduan ilmu Naqli dan Aqli\u00a0 yang diterjemahkan dalam bentuk teknologi moden ini semakin mendapat pengiktirafan peringkat nasional dan antarabangsa.<\/p>\n
Bermula dengan pendaftaran Hak Cipta melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2016 \u201cInteractive Courseware: Quranic Verses on the Integration of Naqli and Aqli Knowledge\u201d<\/em> terus berkembang selari dengan keperluan pembelajaran moden masa kini. Inovasi pembelajaran berteraskan ilmu Naqli melalui kaedah moden sesuai dengan kehendak masa kini, semakin diterima pelbagai pihak. Oleh itu tidak hairanlah apabila diketengahkan dalam pameran dan pertandingan inovasi, ia mencuri perhatian juri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.<\/p>\n Pengiktirafan oleh Universiti Malaya selaku sebuah universiti penyelidikan dengan menganugerahkan pingat Emas terhadap inovasi Smart Q: Quranic Verses on the Integration of Naqli and Aqli Knowledge<\/strong> dalam International Conference on Tadabbur al-Quran: Innovation & Development yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam di unversiti tersebut, cukup memberangsangkan.<\/p>\n