{"id":45527,"date":"2018-11-14T10:23:53","date_gmt":"2018-11-14T02:23:53","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/siswa-usim-kerah-tenaga-14-jam-sehari-bina-rumah-mizan-di-dubai\/"},"modified":"2018-11-14T11:25:54","modified_gmt":"2018-11-14T03:25:54","slug":"siswa-usim-kerah-tenaga-14-jam-sehari-bina-rumah-mizan-di-dubai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/siswa-usim-kerah-tenaga-14-jam-sehari-bina-rumah-mizan-di-dubai\/","title":{"rendered":"Siswa USIM kerah tenaga 14 jam sehari bina Rumah Mizan di Dubai"},"content":{"rendered":"<p>DUBAI, 12 November 2018\u2013 Demi mengharumkan nama negara dalam Pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018, sekumpulan 35 siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkoban masa dan tenaga demi menyiapkan Rumah Solar Mizan Home di Dubai. Selaku wakil tunggal Malaysia ke SDME 2018, kumpulan pelajar ini bersama lima pensyarah berkampung di Tapak Solar Syeikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum bermula 2 November lalu bagi memulakan pembinaan Mizan Home.<\/p>\n<p>Kumpulan pertama berada di Dubai sejak 26 Oktober lalu diikuti kumpulan kedua yang tiba pada 3 November. Cabaran awal pembinaan rumah solar ini sudah dirasai apabila tidak dapat dimulakan mengikut perancangan awal pada 29 Oktober berpunca dari proses dokumentasi dan kerosakan pada barangan dalam kontena yang dibawa.<\/p>\n<p>Menurut ketua pembinaan, Muhammad Ariff Hanafi, pelajar tahuk akhir Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM, beliau bersama rakan-rakannya memulakan pembinaan di tapak projek bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari. Mereka juga perlu menempuh satu jam perjalanan dari penginapan untuk sampai ke tapak projek.<\/p>\n<p>\u201cRasa penat, letih dan tekanan itu memang dirasai semua dengan ditambah cabaran suhu panas pada siang dan sejuk apabila malam di Dubai. Tetapi itu semua kami abaikan kerana fokus utama dan motivasi tinggi untuk memastikan Mizan Home ini siap sepenuhnya menjelang 13 November (esok) seperti yang ditetapkan oleh penganjur. Tidak terlintas untuk berputus asa kerana kami telah membuat persiapan selama dua tahun untuk pertandingan ini\u201d<\/p>\n<p>\u201cKami telah bekerja lebih dari 180 jam untuk menyiapkan rumah ini dengan semangat yang berkobar-kobar agar rumah solar Mizan Home dapat melakar sejarah gemilang di Dubai untuk universiti dan negara\u201d.<\/p>\n<p>\u201cSDME beri pengalaman dan pendedahan yang amat bernilai kerana kami bukan sahaja melakar model rumah ini tetapi membinanya sendiri satu persatu. Menjelang hari-hari terakhir, sekumpulan pelajar berada 24 jam di tapak projek untuk bekerja mengikut shif dan tugasan yang diberikan. Selain cabaran suhu, angin kuat dan ribut pasir juga memberi kesulitan kepada kerja-kerja pembinaan dan kesihatan para peserta. Alhamdulillah, pada waktu ini 90 peratus rumah solar telah siap\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mizan Home adalah kolaborasi USIM bersama Universti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan wakil tunggal negara dan Asia Tenggara ke pertandingan yang dianjurkan oleh Dubai Electricity and Water Authority (DEWA). Sebanyak 15 buah rumah solar dari pelbagai universiti seluruh dunia terpilih menyertai pertandingan berprestij ini. Para peserta perlu membina sebuah rumah pintar yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar selain perlu disesuaikan untuk menghadapi cabaran musim panas, habuk dan kelembapan yang tinggi di Dubai. Majlis perasmian SDME 2018 akan diadakan pada 14 November ini oleh Pemerintah Dubai, Syeikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nZaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/78629\/78620 Faks : 06-798 8032<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-large wp-image-45508\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1-1024x678.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"678\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1-200x132.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1-300x199.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1-400x265.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1-600x397.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1-768x508.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1-800x530.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1-1024x678.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2018\/11\/SDME1.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DUBAI, 12 November 2018\u2013 Demi mengharumkan nama negara dalam Pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018, sekumpulan 35 siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkoban masa dan tenaga demi menyiapkan Rumah Solar Mizan Home di Dubai. Selaku wakil tunggal Malaysia ke SDME 2018, kumpulan pelajar ini bersama lima pensyarah berkampung di Tapak Solar Syeikh Mohammed [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":45513,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45527"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=45527"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45527\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":45528,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/45527\/revisions\/45528"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/45513"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=45527"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=45527"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=45527"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}