{"id":46433,"date":"2018-12-28T16:10:44","date_gmt":"2018-12-28T08:10:44","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized\/rekonstruktif-persepsi-memanfaatkan-seni-budaya-dalam-kehidupan-manusia-ismail-ahmed\/"},"modified":"2019-01-04T11:50:54","modified_gmt":"2019-01-04T03:50:54","slug":"keberkatan-doa-ibu-adalah-kekuatan-saya-dr-ahmad-kamil-jamilin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/faces-of-usim-ms\/keberkatan-doa-ibu-adalah-kekuatan-saya-dr-ahmad-kamil-jamilin\/","title":{"rendered":"\u201cKeberkatan doa ibu adalah kekuatan saya \u201d- Dr. Ahmad Kamil Jamilin"},"content":{"rendered":"<div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container hundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"width:calc( 100% + 0px ) !important;max-width:calc( 100% + 0px ) !important;margin-left: calc(-0px \/ 2 );margin-right: calc(-0px \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column fusion-flex-align-self-flex-start fusion-column-no-min-height\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><style type='text\/css'>.reading-box-container-1 .element-bottomshadow:before,.reading-box-container-1 .element-bottomshadow:after{opacity:0.1;}<\/style><div class=\"fusion-reading-box-container reading-box-container-1\" style=\"margin-top:0px;margin-bottom:84px;\"><div class=\"reading-box element-bottomshadow\" style=\"background-color:#f6f6f6;border-width:1px;border-color:#f6f6f6;border-top-width:3px;border-top-color:var(--primary_color);border-style:solid;\"><div class=\"reading-box-additional\">\n<p>Petikan ucapannya selaku wakil graduan dalam Majlis Konvokesyen ke-16 USIM pada November lalu tular di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat. Intipati ucapan Dr. Ahmad Kamil Jamilin, 33 tahun yang menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang hadis menceritakan mengenai keyakinan tinggi yang beliau sandarkan pada doa seorang insan bergelar ibu hingga menjadi azimatnya menamatkan pengajian dalam bidang yang dianggap sukar dengan cemerlang. Sedang berkhidmat di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM kini, Dr. Ahmad Kamil Jamilin mencipta kejayaan yang hebat apabila tesis beliau berjaya disiapkan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan malahan lulus tanpa sebarang pembetulan.<\/p>\n<p>\u2018Berkat doa ibu\u2019 bukan sahaja menghadirkan kejayaan luar biasa semasa pengajian PhD beliau, tetapi turut memberi kesan yang besar kepada bapa tiga orang cahaya mata ini di sepanjang hidupnya. Dari seorang anak yang nakal dan lemah dalam pelajaran, kekuatan doa dari kedua ibu-bapanya merubah dirinya 360 darjah. Ikuti kisah beliau yang sungguh memberi inspirasi, tauladan dan pengajaran yang amat bermakna.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">S1<\/span>\u00a0<strong>Kerap bertukar sekolah kerana memberontak<\/strong><\/p>\n<p>Saya merupakan anak kedua dari empat adik beradik dan dilahirkan di Kuala Lumpur. Saya memulakan pengajian awal di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Taman Keramat dari darjah satu sehingga darjah tiga. Kemudian di usia 9 tahun saya dih\u00a0\u00a0 antar ke Pusat Tahfiz Al-Imam International Institute, Kubang Kerian Kelantan. Namun pada usia 10 tahun pula saya ditukarkan ke Pusat Tahfiz Janda Baik, Pahang hampir setengah tahun sebelum kembali semula ke Al-Imam Kelantan.<\/p>\n<p>Pada usia 11 tahun saya berpindah lagi ke Sekolah Ad-Din Malim Nawar Perak selama sekitar setahun sebelum kembali ke sekolah yang sama Al-Imam Kelantan pada usia 12 tahun seterusnya pada usia 15 tahun saya berpindah kembali ke sekolah berhampiran rumah iaitu Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Selangor untuk mengambil SPM pada usia 16 tahun.<\/p>\n<p>Mungkin ramai yang tertanya, mengapa saya berpindah-randah sekolah banyak kali?<\/p>\n<p>Jawapannya kerana prestasi pelajaran saya yang teruk berikutan jiwa saya yang memberontak ketika itu melawan guru dan sistem sekolah. Mungkin ketika itu saya dilayan dengan teruk oleh para guru dan rakan-rakan sehingga membuatkan saya \u2018moody\u2019 lalu bertindak melawan persekitaran saya.<\/p>\n<p>Selama 6 tahun boleh dikatakan saya seakan tidak belajar apa-apa baik di tahfiz mahupun pengajian biasa. Saya tiada UPSR jua PMR. Saya juga sering tidak hadir peperiksaan sekolah dan pernah mendapat markah 0 kerana sikap saya ketika itu.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"align-self: center;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:20px;margin-bottom:20px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dashed\" style=\"border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-2\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">S2<\/span> <strong>Persiapan singkat hadapi SPM<br \/>\n<\/strong><br \/>\nNamun ketika saya di tingkatan 5, berkat doa ibu dan ayah, kesedaran tiba-tiba datang membuatkan saya fokus menumpukan perhatian untuk kembali belajar apa yang saya tertinggal sejak tingkatan 1. Alhamdulillah dalam masa 2 bulan saya berjaya menjadi pelajar terbaik percubaan SPM dan seterusnya SPM.<\/p>\n<p>Kemudian, dalam mengejar impian untuk menjadi seorang arkitek saya mengikuti program persijilan UIA-Darul Quran JAKIM selama setahun setengah sejurus tamat SPM, seterusnya diterima ke program Seni Bina UIA. Dipendekkan cerita, pada tahun 2003 saya ditawarkan untuk belajar di Universiti Islam Madinah hingga mengubah layar pengajian saya dari arkitek ke jurusan hadis dan kemudian pada tahun 2010 saya melanjutkan pengajian Sarjana Hadis di Universiti King Saud Riyadh dan nekad untuk tidak lagi menoleh ke belakang sehingga tamat PhD di USIM dalam bidang yang sama.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"align-self: center;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:20px;margin-bottom:20px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dashed\" style=\"border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-3\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">S3<\/span>\u00a0<strong>Dilema awal memulakan alam kerjaya<\/strong><\/p>\n<p>Saya menjadi keluarga USIM sejak tahun 2008 iaitu setelah pulang dari Madinah menamatkan pengajian sarjana muda. Dua tempat yang saya mencuba untuk mendapat pekerjaan ketika itu adalah USIM dan Bank Negara Malaysia.<\/p>\n<p>Alhamdulillah, saya berjaya mendapat kedua-dua tawaran tersebut tetapi ianya membuatkan saya dalam dilema dan tersepit. Saya cintakan bidang hadis, dan pada masa sama saya juga agak minat dengan bidang kewangan Islam, barangkali kerana memiliki abang yang ternama bertugas dalam bidang tersebut khususnya di Al-Rajhi Bank.<\/p>\n<p>Faktor dilema kedua ialah kerana gaji yang ditawarkan Bank Negara hampir tiga kali ganda gaji tutor yang dtawarkan USIM ketika itu, yang membuatkan saya berfikir panjang dan sangat pening kerana ia melibatkan masa depan dan kerjaya. Saya ingat lagi, ketika itu saya sukar tidur dan tidak tenang sepanjang hari memikirkan pilihan tersebut. Akhirnya, saya tekad memilih USIM kerana mengejar cinta saya dalam bidang hadis.<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"align-self: center;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:20px;margin-bottom:20px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dashed\" style=\"border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-4\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">S4<\/span> <strong>\u201cDoa ibu\u201d rahsia kejayaan<\/strong><\/p>\n<p>Andainya dengan tawfiq Allah saya memiliki sekelumit kejayaan, maka wanita mulia ini adalah rahsia dan kunci segalanya. Saya tidak pernah khuatir dengan sebarang ujian dan dugaan hidup andainya saya mempunyai doa wanita ini yang saya bersangka baik termasuk dalam golongan yang Allah mustajabkan doanya.<\/p>\n<p>Wanita ini tidak pernah lupa untuk mendoakan saya berpuluh-puluh minit lamanya, bersungguh-sungguh meminta setiap hari, setiap waktu solat fardu dan sunatnya. Wanita ini akan berpuasa setiap hari musim peperiksaan saya sejak saya kecil lagi demi mendoakan kejayaan buat diri yang penuh kelemahan ini. Saya terasa kuat dan tenang dengan doanya.<\/p>\n<p>Saya tidaklah cerdik, apatah lagi rajin untuk menggapai kejayaan. Namun saya tidak pernah risaukan kegagalan kerana sentiasa ditemani doanya. Andai saya ditanya rakan pada malam peperiksaan: \u201cKenapa nampak macam relaks je esok nak periksa?,\u201d saya akan menjawab: \u201cApa nak risau, saya ada doa mak yang Allah pasti makbulkan,&#8221; penuh keyakinan.<\/p>\n<p>Ya, wanita yang menjadi rahsia kejayaan ini ialah insan teristimewa bergelar ibu yang telah berkorban segalanya melalui pelbagai keperitan hidup demi kebahagiaan anak-anaknya. Walaupun pelbagai \u201cluka\u201d dan air mata yang telah beliau titiskan akibat masalah serta sikap saya ketika remaja dahulu yang sering menggurisnya, namun wanita yang saya panggil sebagai &#8220;mak&#8221; ini tidak pernah berputus asa dari doa dan bimbingan.<\/p>\n<p>Dari pelajar benak yang mendapat 5 markah Quran, hingga memiliki anak-anak didik tahfiz Darul Siddir yang luar biasa kerana doa &#8220;mak&#8221;. Dari seorang anak &#8220;moody&#8221; panas baran yang mensia-siakan 6 tahun persekolahannya dengan kegagalan, hingga menempuhi cabaran menuntut ilmu 10 tahun di luar negara kerana doa &#8220;mak&#8221;.<\/p>\n<p>Dari seorang pembenci ilmu agama, menjadi pencintanya kerana doa &#8220;mak&#8221;. Dari seorang yang bercita-cita memartabat bangunan pencakar langit, kepada impian memartabat sunnah Rasul kerana doa &#8220;mak&#8221;.<\/p>\n<p>Ketika &#8220;mak&#8221; mengetahui saya akan diviva, dialah yang lebih cemas dan panik dari saya. Saya ditegur dan dibebel kerana kelihatan lebih sibuk dengan kuliah dan &#8220;travel&#8221; ke negara jiran beberapa hari sebelum viva.<\/p>\n<p>Tapi saya hanya menjawab padanya sambil tersenyum: &#8220;Apa nak risau, kan ada doa mak?&#8221;. Saya katakan padanya: &#8220;Mak doakan lulus pun jadilah&#8221;.<\/p>\n<p>&#8220;Mak&#8221; menjawab: &#8220;Mak doakan lulus dengan cemerlang tanpa pembetulan&#8221;. Saya membidas: &#8220;Mak, mustahillah boleh lulus viva Ph.D tanpa pembetulan! Dahlah tebal&#8221;.<\/p>\n<p>Ujarnya&#8221;: &#8220;Mak tetap juga nak doakan&#8221;.<\/p>\n<p>Alhamdulillah kuasa Allah, semua urusan dipermudahkan. Dari urusan penulisan tesis dengan pelbagai kesibukan yang melanda, hingga dipercepatkan urusan viva.\u00a0 Malah dikurniakan penyemak-penyemak hebat yang bermurah hati menutup banyak keaiban diri, menganugerahkan kecemerlangan yang tidak layak dimiliki. Namun, jika doa seorang ibu telah dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa, siapakah lagi yang mampu menghalangnya?<\/p>\n<\/div><div class=\"fusion-separator fusion-full-width-sep\" style=\"align-self: center;margin-left: auto;margin-right: auto;margin-top:20px;margin-bottom:20px;width:100%;\"><div class=\"fusion-separator-border sep-single sep-dashed\" style=\"border-color:#e0dede;border-top-width:1px;\"><\/div><\/div><div class=\"fusion-text fusion-text-5\"><p><span class=\"fusion-dropcap dropcap\">S5<\/span> <strong>Pendekatan menyampaikan dakwah<\/strong><\/p>\n<p>Saya berpegang pada sepotong ayat al-Quran: \u201cSerulah ke jalan tuhanmu dengan penuh bijaksana\u201d [al-Nahl: 125].<\/p>\n<p>Perhatikan kalimah \u201cjalan tuhanmu\u201d, iaitu bukan jalan kita, kecenderungan kita, aliran kita, parti kita, tapi agama Allah. Kemudian kalimah \u201cbijaksana\u201d pula merupakan suatu yang subjektif. Boleh jadi pada sesetengah situasi dan tempat memerlukan ketegasan dan ada pula yang memerlukan kelembutan dan toleran.<\/p>\n<p>Apapun, hormatilah yang lebih tua, kerana keluasan pengalamannya. Kasihilah yang muda, kerana tenaga dan ilmunya. Ilmu tanpa pengalaman sukar membuahkan hikmah. Pengalaman tanpa ilmu boleh mencemarkan natijah.<\/p>\n<p>Orang tua walaupun gah pengalaman, barangkali sudah kurang kudratnya, sudah berkurangan ingatannya sehingga mudah tersilap. Justeru, perlu dilayan penuh penghormatan.<br \/>\nOrang muda walaupun berilmu penuh tenaga, barangkali terlalu ghairah, berdarah panas dan tergesa-gesa sehingga mudah terbabas. Justeru perlu dibimbing penuh kasih sayang. Wallahu a\u2019lam.<\/p>\n<p><em>Dr. Ahmad Kamil Jamilin merupakan Ahli Fatwa termuda Wilayah Persekutuan dan Perlis juga merupakan Mudir Home Tahfiz Darul Siddir yang sangat giat menjalankan aktiviti dakwah antaranya menerusi kuliah, perkongsian penulisan dan perbincangan secara online di laman sosialnya.<\/em><\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 0px;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 0px;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 0px;margin-left : 0px;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-fullwidth.fusion-builder-row-1 { overflow:visible; }.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":26,"featured_media":46437,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[254],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46433"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=46433"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46433\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":46544,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/46433\/revisions\/46544"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/46437"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=46433"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=46433"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=46433"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}