{"id":47212,"date":"2019-02-13T17:39:34","date_gmt":"2019-02-13T09:39:34","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-ipt-pertama-lawat-ncut-sejak-48-tahun-ia-ditubuhkan\/"},"modified":"2019-02-13T17:44:39","modified_gmt":"2019-02-13T09:44:39","slug":"usim-ipt-pertama-lawat-ncut-sejak-48-tahun-ia-ditubuhkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-ipt-pertama-lawat-ncut-sejak-48-tahun-ia-ditubuhkan\/","title":{"rendered":"USIM IPT pertama lawat NCUT sejak 48 tahun ia ditubuhkan"},"content":{"rendered":"<p>TAIWAN, 28 Januari 2019 &#8211; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi universiti pertama Malaysia berkunjung ke Universiti Teknologi Kebangsaan Chin-Yi (NCUT) sejak ia ditubuhkan 48 tahun lalu pada baru-baru ini.<\/p>\n<p>Wakil mahasiswa Malaysia di NCUT, Anwar Ibrahim, 29, berkata, USIM merupakan satu-satunya universiti dari Malaysia yang melakukan lawatan berbentuk kolaborasi intelektual bersama NCUT. \u201cNCUT memang sudah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 1971 dan menjadi antara lima universiti awam terkemuka Taiwan. Namun, sambutan pelajar Malaysia terhadap NCUT amat rendah sama ada berbentuk pengajian mahupun lawatan\u201d<\/p>\n<p>\u201cIa adalah satu sejarah bagi NCUT sendiri kerana menerima kunjungan ilmiah\u00a0 dari USIM dan amat hargainya kerana menjadi universiti pertama Malaysia yang memilih untuk melawat kampus kami ini,\u201d katanya dalam sesi ramah mesra bersama 26 pelajar USIM yang menyertai lawatan tersebut. .<\/p>\n<p>Kunjungan deligasi USIM yang mewakili Kelab Debat ke universiti berkenaan adalah sebahagian daripada pengisian program Global Islamic Student Outreach (GISO) \u201cGoa Ai Li Taiwanese 2019\u201d. GISO merupakan platform program pengantabangsaan mahasiswa USIM untuk melaksanakan khidmat komuniti di luar negara.<\/p>\n<p>Menurut pegawai pengiring USIM, Mohd Zaini Othman, semasa lawatan di NCUT, mahasiswa USIM diberi pendedahan tentang latar belakang universiti tersebut serta kelayakan dan peluang bagi menyambung pengajian di universiti tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, NCUT turut mempamerkan kelengkapan teknologi motor berkuasa tinggi yang berasaskan teknologi solar setanding dengan kecanggihan dalam dunia Formula Satu (F1).&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Siswa USIM turut mendapat peluang memandu uji beberapa kenderaan elektrik yang dihasilkan oleh siswa Fakulti Kejuruteraan NCUT di sekitar kampus. Ini satu pengalaman yang menarik bagi mereka&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, mahasiswa USIM turut menyumbang perkongsian dua hala berkaitan kepentingan konsep halal, asas penggunaan bahasa arab serta peluang pendidikan yang ada di Malaysia. Selain NCUT, mahasiswa USIM turut berkunjung ke Sun Yat Sen University dan mengadakan perbincangan intelektual bersama Persatuan Pelajar Muslim universiti berkenaan.<\/p>\n<p>Kumpulan Kelab Debat USIM yang menjayakan GISO selama tujuh hari di Taiwan telah melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti selain lawatan ke universiti antaranya santunan nurani iaitu memberi makanan kepada gelandangan,; silang budaya dengan melawati tempat bersejarah di Sun Yat Sen Memorial Hall dan Chiang Kai Shek Memorial Hall; pertukaran ilmu dengan komuniti Islam di Taipei Grand Mosque; diskusi kepimpinan dan lawatan ke lokasi menarik tumpuan pelancong seperti Menara Taipei 101, Shilin Night Market dan Tamsui Fisherman\u2019s Wharf.<\/p>\n<p>Turut dikunjungi adalah kawasan Ximending, Kaohsiung, Pier-2-Art dan Yangmingshan National Part. Cabaran komunikasi dengan masyarakat Taiwan yang kurang fasih berbahasa Inggeris dan makanan halal yang terhad tidak memudarkan keterujaan mahasiswa USIM menghayati kemajuan di Taiwan khususnya pengangkutan awam mereka yang maju dan efisien.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nZaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/78629\/78620 Faks : 06-798 8032<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-47205 size-large\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan3-1024x578.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"578\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan3-200x113.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan3-300x169.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan3-400x226.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan3-600x339.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan3-768x434.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan3-800x452.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan3.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a> <a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan4.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-47208 size-large\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan4-1024x678.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"678\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan4-200x132.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan4-300x199.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan4-400x265.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan4-600x397.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan4-768x509.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan4-800x530.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan4.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a> <a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-47202 size-large\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2-1024x767.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"767\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2-200x150.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2-400x300.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2-600x449.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2-768x575.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2-800x599.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2-1024x767.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/02\/taiwan2.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAIWAN, 28 Januari 2019 &#8211; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi universiti pertama Malaysia berkunjung ke Universiti Teknologi Kebangsaan Chin-Yi (NCUT) sejak ia ditubuhkan 48 tahun lalu pada baru-baru ini. Wakil mahasiswa Malaysia di NCUT, Anwar Ibrahim, 29, berkata, USIM merupakan satu-satunya universiti dari Malaysia yang melakukan lawatan berbentuk kolaborasi intelektual bersama NCUT. \u201cNCUT memang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":47201,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/47212"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=47212"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/47212\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":47213,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/47212\/revisions\/47213"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/47201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=47212"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=47212"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=47212"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}