{"id":48420,"date":"2019-03-28T17:44:03","date_gmt":"2019-03-28T09:44:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/150-peserta-terima-sijil-pembimbing-ibadat-haji-spih-2019\/"},"modified":"2019-03-29T09:18:36","modified_gmt":"2019-03-29T01:18:36","slug":"150-peserta-terima-sijil-pembimbing-ibadat-haji-spih-2019","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/150-peserta-terima-sijil-pembimbing-ibadat-haji-spih-2019\/","title":{"rendered":"150 peserta terima Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) 2019"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 28 Mac 2019 \u2013 Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) sekali lagi berjaya menganjurkan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) kali ke-10. Seramai 150 peserta terdiri daripada 93 lelaki dan 57 wanita terdiri dari pelbagai latarbelakang berjaya menamatkan pengajian mereka yang berlangsung selama lima hari bermula 23 Mac 2019 sehingga hari ini.<\/p>\n<p>Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Prof Dato Dr Siddiq Hj Fadzil.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Jabatan Haji) dalam ucapannya berkata <strong><em>TH<\/em><\/strong> mendukung inisiatif Key Performance Indicator (KPI) Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Gagasan Pentadbiran Islam Di Era Malaysia Baru yang telah dilancarkan pada 7 Januari 2019, dimana kluster ke lima (5) Pengurusan Haji, meningkatkan model pengurusan Haji menjadi no. 1 di dunia dan program pengajian SPIH menuju objektif untuk mendapatkan keseragaman mutu perkhidmatan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA). Dengan ini akan melayakkan mereka menjadi Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) melalui latihan formal dan professional dikendalikan sebuah institusi pendidikan tinggi berasaskan pengajian Islam melalui teknik terkini bagi membimbing bakal haji di tanah air dan di tanah suci\u201d.<\/p>\n<p>\u201cSejak dimulakan pada tahun 2009, <strong><em>TH<\/em><\/strong> telah mewar-warkan bahawa program ini akan menjadi pra-syarat kepada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) untuk bertugas sebagai Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS). <strong><em>TH<\/em><\/strong> memutuskan bahawa, pra-syarat ini telah dikuatkuasakan mulai Musim Haji 1439H\u201d, jelas beliau lagi.<\/p>\n<p>Manakala menurut Prof Madya Dr Faizal Kasmani, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), kelangsungan program pensijilan yang telah diadakan sejak tahun 2009 menunjukkan kepentingan untuk melengkapkan para pembimbing ibadat haji di tanah air dan di tanah suci dengan maklumat terkini dan kemahiran yang pelbagai. Ia juga memastikan kelestarian industri haji dan umrah di Malaysia serta memantapkan perjalanan ibadah haji dan umrah agar berjalan lebih efisien.<\/p>\n<p>\u201cPenyertaan kali ini merupakan tertinggi dari tahun-tahun sebelumnya dan sebanyak 14 modul pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah USIM, Ahli Penasihat Ibadat Haji (AJPIH) dan pegawai-pegawai <strong><em>TH<\/em><\/strong> yang berpengalaman\u201d, tambah Dr Faizal.<\/p>\n<p>\u201cSaya bersyukur dapat turut serta program ini, untuk menambahkan pengetahuan selain mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai hukum hakam dan kecelaruan semasa ibadat haji umrah di Tanah suci\u201d, jelas Muhammad Asyraf Amran selaku penghulu SPIH.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/asyraf.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-48426 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/asyraf-e1553822204403.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><\/a><\/p>\n<p>Beliau yang juga merupakan alumni USIM, berkhidmat sebagai Pengarah Bimbingan dan Latihan di Agensi Ustaz Harryanto Rizal Umrah Tour (UHR Travel &amp; Tour Sdn Bhd) mengatakan modul dan pengisian program ini banyak mendedahkan secara teori dan praktikal kepada pembimbing haji, selain merasa senang hati kerana mengikuti program ini adalah sebagai pemudah cara atau \u2018khadam dhufurrahman\u2019.<\/p>\n<p>Khadijah Zahari, 33, gembira dan melahirkan rasa syukur kerana tidak sangka dipilih sebagai peserta Terbaik Wanita kerana ini merupakan kali pertama mengikuti kursus Pembimbing Ibadat Haji memandangkan beliau merupakan seorang akauntan dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan atau modul berkaitan haji sebelum ini.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/spih20195-1-e1553821338913.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-48429 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/spih20195-1-e1553821338913.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"365\" \/><\/a><\/p>\n<p>\u201cPengalaman menunaikan ibadah haji tahun lepas telah membuka minda saya apabila banyak belajar dan berhubung dengan pakar rujuk Tabung Haji berkenaan perihal dan hukum hakam semasa di Tanah suci, justeru beliau turut menyatakan keperluan untuk pelapis muda untuk turut serta menyambung khidmat mereka kelak memandangkan kebanyakkannya telah berusia. Dari situ timbul niat untuk turut serta timba ilmu ini dan belajar dari awal mengenai pembimbing Ibadat Haji ini\u201d.<\/p>\n<p>Turut hadir Tuan Haji Mohd Sawal Abong Pengurus Besar (Penyelidikan &amp; Pembangunan Haji) Lembaga Tabung Haji, Tuan Haji Nurrin Anuwar Shamsuddin Pengurus Besar Pengurusan Haji, Lembaga Tabung Haji, Tuan Haji Khairoddin Ahmad Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan dan Tuan Haji Mohd Zawawi Bostam Pengurus Kanan (Pembangunan Haji).<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nNoorumaina Mohamed Yunus<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/78629\/78620 Faks : 06-798 8032<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/pengurus-besar-kanan-e1553765428653.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-48395 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/pengurus-besar-kanan-e1553765428653.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/spih2019.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-48398 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/spih2019-e1553765941639.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/spih201923-e1553766182562.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-48413 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/03\/spih201923-e1553766182562.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 28 Mac 2019 \u2013 Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) sekali lagi berjaya menganjurkan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) kali ke-10. Seramai 150 peserta terdiri daripada 93 lelaki dan 57 wanita terdiri dari pelbagai latarbelakang berjaya menamatkan pengajian mereka yang berlangsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":48409,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48420"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48420"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48420\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":48432,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48420\/revisions\/48432"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48409"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48420"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48420"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48420"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}