{"id":48655,"date":"2019-04-05T17:32:05","date_gmt":"2019-04-05T09:32:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-tonjol-persembahan-seni-adat-negeri-sembilan-hiasi-malam-ats-2018\/"},"modified":"2019-06-14T15:29:12","modified_gmt":"2019-06-14T07:29:12","slug":"usim-tonjol-persembahan-seni-adat-negeri-sembilan-hiasi-malam-ats-2018","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-tonjol-persembahan-seni-adat-negeri-sembilan-hiasi-malam-ats-2018\/","title":{"rendered":"USIM tonjol persembahan seni adat Negeri Sembilan, Hiasi Malam ATS 2018"},"content":{"rendered":"<p>NILAI,30 Mac 2019\u00a0 \u00ad\u2013 \u00a0Majlis Anugerah Tokoh Siswa peringkat Kebangsaan 2018 berlangsung gilang gemilang bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian mahasiswa dalam perlibatan ketokohan dan penganjuran program-program yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.<\/p>\n<p>Anugerah yang berpresetij ini turut dipersembahkan dengan seni adat Negeri Sembilan iaitu tarian piring bersama barisan pemuzik dari Kumpulan Perkusi yang dibarisi oleh enam orang pelajar dan dihiasi dengan alunan koir dari Kumpulan Vokal Essemble oleh Pusat Kebudayaan USIM.<\/p>\n<p>USIM juga turut memperkenalkan persembahan Nasyid Tanpa Suara dari Kumpulan SaF al-Isharah oleh Sekretariat Sahabat FAQEH USIM dengan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak \u0130stimewa. Kumpulan ini menyampaikan persembahan dan mesej dakwah kepada komuniti Pekak melalui Bahasa \u0130syarat Malaysia, ekspresi muka dan bahasa tubuh.<\/p>\n<p>Sementara itu, YB Dr Mazlee dalam ucapan beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah dengan persembahan Kebudayaan yang ditonjolkan oleh USIM, membuktikan selain di medan pendidikan USIM seiring dengan pementasan kebudayaan yang mempersembahkan kehalusan seni budaya adat di Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Menurut Encik Nasrul Hakim Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana ATS bagi pihak USIM berkata, jutaan terima kasih atas peluang yang diberi kepada USIM dipilih sebagai tuan pada kali ini di mana penganjurannya yang menuntut komitmen jitu Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan USIM itu menyaksikan penglibatan optimum siswa USIM dalam segenap aspek dari perancangan dan pelaksanaannya sehinggalah selesai majlis selain menonjolkan warisan budaya Negeri Sembilan yang unik. Penglibatan optimum siswa USIM bukan sekadar penghias majlis tetapi turut sama merancang dan menyumbang idea serta berpeluang pula merealisasikan idea mereka.<\/p>\n<p>\u201dWarisan budaya Negeri Sembilan pula dapat dijejaki seawal video promosi yang menampilkan dialek dan lagu Negeri Sembilan selain trofi pemenang yang diinspirasikan dari rekabentuk rumah minangkabau dan sajian makan malam yang menghidangkan daging salai masak lemak cili apa dan apam Johol\u201d.<\/p>\n<p>\u201dSelain itu, persembahan yang ditampilkan cukup menggamit memori terhadap keindahan dan kehalusan budaya masyarakat Negeri Sembilan. Persembahan turut menyentuh sanubari tetamu dan jemputan apabila menampilkan nasyid tanpa suara yang yang kesemuanya dipersembahkan oleh siswa USIM sendiri. Rata rata tetamu dan jemputan yang hadir ke Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2018 memuji penganjurannya yang teratur, lancar dan menghiburkan\u201d.<\/p>\n<p>Pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa ini, USIM tidak pulang tangan kosong apabila turut membawa pulang dua Anugerah Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi bagi kategori berpasukan dan individu. Manakala bagi Berpasukan diterima oleh pasukan debat Bahasa Arab USIM atas kejayaan memenangi tempat kedua dalam Second UNISI Arabic Debating Championship dan tempat pertama Debat Bahasa Arab, Festival Jazirah Arab. Bagi kategori individu pula, Muhammad Syafiq Suhaimi menerima anugerah ini atas kejayaan beliau selaku johan Pidato Dwibahasa Ihtifal Asean.<\/p>\n<p>Turut hadir YB Puan Teo Nie Ching, Timb. Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik), YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, Pengurusan Universiti serta mahasiswa dari Universiti Awam.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nNoorumaina Mohamed Yunus<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<br \/>\nTel : 06-798 8026\/78629\/78620 Faks : 06-798 8032<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/menyambut-ketibaan-tetamu-e1554456490919.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-48638 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/menyambut-ketibaan-tetamu-e1554456490919.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><br \/>\n<\/a><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/persembahan-kebudayaan1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-48641 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/persembahan-kebudayaan1-e1554456582460.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/persembahan-kebudayaan2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-48645 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/04\/persembahan-kebudayaan2-e1554456638247.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI,30 Mac 2019\u00a0 \u00ad\u2013 \u00a0Majlis Anugerah Tokoh Siswa peringkat Kebangsaan 2018 berlangsung gilang gemilang bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian mahasiswa dalam perlibatan ketokohan dan penganjuran program-program yang berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Anugerah yang berpresetij ini turut dipersembahkan dengan seni adat Negeri Sembilan iaitu tarian piring bersama barisan pemuzik dari Kumpulan Perkusi yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":48650,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48655"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=48655"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48655\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":48659,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/48655\/revisions\/48659"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/48650"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=48655"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=48655"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=48655"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}