{"id":50297,"date":"2019-06-17T15:07:30","date_gmt":"2019-06-17T07:07:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/pusat-kebudayaan-usim-lancar-tabung-barakah\/"},"modified":"2019-06-17T15:38:51","modified_gmt":"2019-06-17T07:38:51","slug":"pusat-kebudayaan-usim-lancar-tabung-barakah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/pusat-kebudayaan-usim-lancar-tabung-barakah\/","title":{"rendered":"Pusat Kebudayaan USIM lancar Tabung Barakah"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 14 Jun 2019 &#8211; Amalan sedekah sememangnya dituntut oleh Islam. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda \u201cJika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh\/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya\u201d. Dalam usaha menjadikan sedekah sebagai amalan dalam budaya kerja harian, Pusat kebudayaan hari ini melancarkan Tabung Barakah.<\/p>\n<p>Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata untuk menjadikan sedekah sebagai suatu kelaziman di dalam diri setiap insan bukanlah suatu yang mudah, tetapi dengan perbuatan yang berterusan ianya dapat dijadikan sebagai satu amalan harian.<\/p>\n<p>\u201dHasil sumbangan tabung ini akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan komuniti yang memerlukan bantuan\u201d, ujar beliau dalam aluannya menerusi majlis ringkas yang diadakan di Pusat Kebudayaan USIM.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Dato\u2019 Dr. Musa Ahmad menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan mengucapkan tahniah kepada Pusat Kebudayaan USIM di atas inisiatif mewujudkan suasana harmoni dalam persekitaran kerja yang baik. Beliau menambah lagi \u201cmenjadikan amalan sedekah sebagai salah satu gaya hidup sememangnya dituntut oleh agama kita dan usaha ini merupakan <em>best practice <\/em>yang wajar dipraktikkan oleh setiap jabatan. \u00a0Diharapkan dengan adanya Tabung Barakah ini dapat menambah amalan kita di samping ibadah kerja yang dilakukan setiap hari \u201d. Hasil sumbangan Tabung Barakah akan disalurkan kepada kumpulan anak yatim atau komuniti yang memerlukan bantuan.<\/p>\n<p>Antara <em>best practice <\/em>yang dilakukan oleh Pusat Kebudayaan USIM sebelum memulakan tugas harian adalah dengan bacaan surah Al fatihah menggunakan taranum bayati dan bacaan doa disusuli dengan <em>Daily Dose of Knowledge<\/em> (DOSE) yang merupakan perkongsian ilmu dan maklumat berkaitan bidang serta topik yang dapat menambah pengetahuan dan skil staf. Aktiviti ini telah dijalankan sejak Disember 2018 yang dikenali sebagai \u2018Awamirus Sobah\u2019 yang berasal dari perkataan arab yang membawa maksud perkongsian pagi.<\/p>\n<p>Majlis ringkas tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam, Mohd Aizuddin Abd Aziz dan wakil Jabatan pendaftar Bahagian Sumber Manusia USIM, Mohd Shahrul Nizam Mohamed serta semua staf Pusat Kebudayaan USIM.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nRozihani Mohamad<br \/>\nKetua Unit pengurusan Dokumentasi dan penerbitan Kreatif<br \/>\nPusat Kebudayaan USIM<\/p>\n<p>Dikemaskini oleh:<br \/>\nNoorumaina Mohamed Yunus<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/06\/tabung-barakah2-1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-50289 \" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2019\/06\/tabung-barakah2-1.jpg\" alt=\"\" width=\"689\" height=\"459\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/06\/tabung-barakah2-1-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/06\/tabung-barakah2-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/06\/tabung-barakah2-1-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/06\/tabung-barakah2-1-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/06\/tabung-barakah2-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/06\/tabung-barakah2-1-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2019\/06\/tabung-barakah2-1.jpg 900w\" sizes=\"(max-width: 689px) 100vw, 689px\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 14 Jun 2019 &#8211; Amalan sedekah sememangnya dituntut oleh Islam. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda \u201cJika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh\/solehah yang beramal baik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":50294,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50297"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=50297"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50297\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":50298,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50297\/revisions\/50298"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/50294"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=50297"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=50297"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=50297"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}