{"id":50321,"date":"2019-06-14T15:11:45","date_gmt":"2019-06-14T07:11:45","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-bersama-komuniti-tarik-minat-ceburi-bidang-usahawan-kek-dan-pastri\/"},"modified":"2019-06-18T15:44:32","modified_gmt":"2019-06-18T07:44:32","slug":"usim-bersama-komuniti-tarik-minat-ceburi-bidang-usahawan-kek-dan-pastri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-bersama-komuniti-tarik-minat-ceburi-bidang-usahawan-kek-dan-pastri\/","title":{"rendered":"USIM bersama komuniti, tarik minat ceburi bidang Usahawan Kek dan Pastri"},"content":{"rendered":"
NILAI, 14 Jun 2019- Seramai 30 peserta menyertai program Social Enterprise@ Urban Community 2.0 (SE@UC 2.0)<\/strong> yang berlangsung di Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) Universiti\u00a0 Sains Islam\u00a0 Malaysia (USIM) baru-baru ini.<\/p>\n Para peserta didedahkan kepada dua siri bengkel pembangunan\u00a0 kemahiran pembuatan kek\u00a0 dan pastri\u00a0 oleh\u00a0 Kolej\u00a0 Komuniti Hulu Langat.\u00a0 Antara kek dan pastri yang mereka pelajari adalah Scone, Chocolate Chips Muffin, Blueberry Muffin, Butter Cake, Marble Cake dan Chocolate Moist dalam masa satu hari sahaja.<\/p>\n Menurut Dr Mohd Shukor Harun Pengarah PKUU, Social Enterprise@ Urban Community 2.0<\/em> (SE@UC 2.0) merupakan program keusahawanan sosial bagi membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi isi rumah komuniti setempat. Peserta akan menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran dan ilmu keusahawanan bagi memberi nilai tambah kepada komuniti setempat bagi membentuk pendapatan dan perniagaan yang boleh dijalankan dirumah.<\/p>\n \u201cIni merupakan program tahunan\u00a0 Kementerian\u00a0 Pendidikan Malaysia (KPM) bagi\u00a0 memastikan capaian\u00a0 prestasi\u00a0 dan hala tuju program\u00a0 keusahawanan yang ditindikkan\u00a0 untuk\u00a0 melahirkan kumpulan\u00a0 usahawan siswazah sekali gus dapat\u00a0 melahirkan\u00a0 Job\u00a0 Creator<\/em>\u00a0 dalam bidang\u00a0 usahawan.\u00a0 Program ini juga melibatkan\u00a0 proses transisi maklumat serta ilmu pengetahuan\u00a0 dalam\u00a0 bidang\u00a0 pengurusan\u00a0 perniagaan\u00a0 bersama komuniti setempat\u201d.<\/p>\n \u201cSelain USIM sebanyak\u00a0 4 buah\u00a0 universiti telah dipilih oleh KPM untuk\u00a0 mengendalikan\u00a0 program\u00a0 ini iaitu Universiti Pendidikan\u00a0 Sultan\u00a0 Idris (UPSI), Universiti teknikal Melaka (UTeM), universiti\u00a0 Malaysia Sabah (UMS), dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), tambah Dr Shukor.<\/p>\n Hasil pembelajaran daripada program ini akan dibukukan dengan kerjasama enam buah universiti yang terlibat iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Melaka (UMK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).<\/p>\n Diharap penganjuran program ini akan melahirkan usahawan dan meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti setempat, mentransformasikan pemikiran mahasiswa dalam bidang keusahawanan melalui gerak kerja lapangan sebagai usahawan sosial, selain menerapkan nilai dan kemahiran keusahawanan dalam diri masyarakat melalui mahasiswa sebagai agen keusahawanan sosial.<\/p>\n