{"id":50329,"date":"2019-06-18T16:32:46","date_gmt":"2019-06-18T08:32:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/solat-hajat-dan-doa-selamat-sempena-ulang-tahun-ke-19-usim\/"},"modified":"2019-06-18T16:50:37","modified_gmt":"2019-06-18T08:50:37","slug":"solat-hajat-dan-doa-selamat-sempena-ulang-tahun-ke-19-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/solat-hajat-dan-doa-selamat-sempena-ulang-tahun-ke-19-usim\/","title":{"rendered":"Solat Hajat dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun ke-19 USIM"},"content":{"rendered":"

NILAI, 18 Jun 2019 – Bersempena sambutan ulangtahun ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang disambut pada tarikh 18 Jun, satu majlis ringkas solat hajat dan bacaan doa selamat telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Aizuddin Abdul Aziz Pengarah Pusat Islam.<\/p>\n

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang telah bersidang pada 28 November 2017 menetapkan tarikh 18 Jun diputuskan sebagai tarikh\u00a0 ulang tahun USIM yang dahulu dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) adalah bersempena kemasukan pelajar sulung KUIM pada 18 Jun 2000 iaitu seramai 255 orang bertempat di Baitulmal, Kampung Pandan.<\/p>\n

\u201cUSIM merupakan Universiti Islam yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan Universiti Awam (UA) yang ke-12
\ndi negara ini dan berhasrat muncul sebagai saluran utama kumpulan pelajar di sekolah-sekolah menengah agama dan pelajar aliran agama untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat pendidikan tinggi\u201d.<\/p>\n

\u201cProgram pengajiannya diolah bagi memenuhi keperluan pasaran, industri dan mampu membentuk pembangunan modal insan yang memiliki kemahiran insaniah yang tinggi\u201d.<\/p>\n

Tambah Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM, hasrat penubuhannya adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu, ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun baru Islam. Selain itu juga, ia juga bertujuan untuk mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin pudar\u201d.<\/p>\n

Kini, USIM mempunyai seramai 12,057 orang pelajar, \u00a0dan seramai 260 orang pelajar di Kolej PERMATA Insan, USIM. Bilangan Alumni USIM kini berjumlah 20,056 orang.<\/p>\n

Majlis turut dihadiri oleh Prof Tan Sri Dato Dr Abdul Shukor Hj Husin, Mantan Naib Canselor Pertama USIM, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)<\/p>\n

Disediakan oleh:
\nNoorumaina Mohamed Yunus
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

 <\/p>\n

 <\/p>\n

 <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 18 Jun 2019 – Bersempena sambutan ulangtahun ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang disambut pada tarikh 18 Jun, satu majlis ringkas solat hajat dan bacaan doa selamat telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Aizuddin Abdul Aziz Pengarah Pusat Islam. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang telah bersidang pada […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":50330,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50329"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=50329"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50329\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":50335,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50329\/revisions\/50335"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/50330"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=50329"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=50329"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=50329"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}