{"id":51709,"date":"2019-09-04T15:44:00","date_gmt":"2019-09-04T07:44:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/51695\/"},"modified":"2019-09-10T11:18:54","modified_gmt":"2019-09-10T03:18:54","slug":"51695","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/51695\/","title":{"rendered":"24 Jam bergantung pada mesin bantuan penafasan, Ashnawi gembira mendaftar di USIM"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 4 September 2019- &#8220;Tidak boleh digambarkan kegembiraan apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga ibu turut menitiskan air mata&#8221; itu adalah perasaan yang dikongsikan oleh siswa baharu USIM, Muhammad Ashnawi Azmi,23 yang mengidap penyakit Bronchiolitis Obliterance atau peparu tidak berfungsi yang memerlukannya bergantung kepada alat pernafasan 24 jam.<\/p>\n<p>Mula dikesan mengalami penyakit ini sejak berumur dua tahun, beliau yang merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik ditawarkan menyambung pengajian Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di Fakulti Syariah dan Undang-undang. Pernah memohon untuk melanjutkan pengajian diperingkat Tamhidi (Asasi) USIM selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak berjaya, ternyata rezeki dan doa ibu tercinta termakbul apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Serdang berjaya mendaftar diperingkat Sarjana Muda di USIM hari ini.<\/p>\n<p>&#8220;Saya perlu bergantung kepada penggunaan mesin ini sepanjang masa kerana paru-paru disebelah kanan sahaja berfungsi. Justeru, doktor menyarankan saya menggunakan mesin oksigen portable (mudah alih) ini sejak kecil lagi. Dahulu lebih besar saiznya tetapi mesin yang baru diterima pada 2016 ini lebih kecil dan ringan yang disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor berharga RM18,000 seunit. Dirumah ada sebuah mesin sebegini tetapi saiznya lebih besar tetapi bukan portable, justeru saya hanya gunakan semasa berada dirumah sahaja&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Saya masih menerima rawatan secara berkala tiga bulan sekali di Hospital Serdang. Saya anggap penyakit ini satu ujian daripada Allah SWT dan pastinya ada hikmah tersendiri. Saya pernah beberapa kali mengalami koma dan paling lama ialah selama 14 hari pada tahun lepas. Ia berlaku semasa saya tidur dirumah dan doktor memaklumkan puncanya oksigen tidak sampai ke otak&#8221; kongsi beliau yang memiliki Diploma Syariah daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).<\/p>\n<p>Mengakui pergerakan dan aktivitinya agak terbatas sejak dari kecil, tetapi ia juga menjadi satu motivasi kepada dirinya untuk sentiasa membuat yang terbaik dalam batas kemampuan beliau. Menyimpan azam yang tinggi untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang di USIM nanti, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa sebak apabila menzahirkan rasa terima kasih kepada ibunya, Haslinda Hussin yang\u00a0 telah banyak berkorban untuk beliau selama ini.<\/p>\n<p>USIM pada hari ini menerima pendaftaran pelajar baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2019\/2020 seramai 2,566 orang dengan 28 orang daripadanya merupakan pelajar antarabangsa. Para pelajar baharu akan mengikuti program taaruf (suai kenal) yang diaturkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar mulai Rabu sehingga Sabtu ini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan menyempurnakan Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu pada esok, Khamis bertempat di Dewan Tuanku Canselor.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Prepared by:<br \/>\nZaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 4 September 2019- &#8220;Tidak boleh digambarkan kegembiraan apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga ibu turut menitiskan air mata&#8221; itu adalah perasaan yang dikongsikan oleh siswa baharu USIM, Muhammad Ashnawi Azmi,23 yang mengidap penyakit Bronchiolitis Obliterance atau peparu tidak berfungsi yang memerlukannya bergantung kepada alat pernafasan 24 jam. Mula dikesan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":51798,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"class_list":["post-51709","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-berita-kampus","category-berita-kampus-utama","category-berita-utama"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51709","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=51709"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51709\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":51711,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/51709\/revisions\/51711"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/51798"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=51709"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=51709"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=51709"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}