{"id":52327,"date":"2019-10-15T11:39:33","date_gmt":"2019-10-15T03:39:33","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/ilec-2019-hasrat-rangka-strategi-tersusun-dalam-mendepani-cabaran-revolusi-industri-4-0\/"},"modified":"2019-10-15T12:06:56","modified_gmt":"2019-10-15T04:06:56","slug":"ilec-2019-hasrat-rangka-strategi-tersusun-dalam-mendepani-cabaran-revolusi-industri-4-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/ilec-2019-hasrat-rangka-strategi-tersusun-dalam-mendepani-cabaran-revolusi-industri-4-0\/","title":{"rendered":"iLEC 2019\u00a0 Hasrat Rangka Strategi Tersusun dalam Mendepani Cabaran Revolusi Industri 4.0"},"content":{"rendered":"
SEPANG, 10 Oktober 2019 \u2013 Dalam usaha membina rangkaian global dalam kalangan para ilmuan dan ahli akademik, International Language and Education Conference 2019 (iLEC 2019) atau Persidangan Antarabangsa Bahasa dan Pendidikan 2019 mengambil tempat sebagai platform mengupas dan memberi pencerahan terhadap isu serta permasalahan untuk menghadapi situasi dan cabaran masa kini serta integrasi ilmu Naqli dan Aqli selain membuka ruang kepada penemuan baru dan pendekatan alternatif dari aspek teori dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dan pendidikan.<\/p>\n
Seramai 241 pembentang kertas kerja, poster dan virtual dari 12 buah negara antaranya dari Filipina, Jepun, Indonesia Pakistan China,India Brunei, Nigeria Dan Oman, termasuk dua peserta termuda berumur 16 tahun dari Kolej Genius Insan (KGI) USIM.<\/p>\n
Buat kali pertama dalam persidangan siri iLEC, turut dianjurkan pertandingan inovasi iaitu Innovate@iLEC yang menyokong inovasi baru dalam pendidikan bahasa. Sebanyak 60 kumpulan yang bertanding\u00a0 dan dari jumlah tersebut, 10 kumpulan membawa pulang gold medal. Mereka adalah iaitu UPSI, ELTC, KUIS, UITM (2 kumpulan), UPM (2 kumpulan) USIM (2 kumpulan) dan Kolej Vokasional.<\/p>\n
Menurut Pengarah iLEC 2019, Dr Habibah Ismail, iLEC 2019 menawarkan beberapa perubahan bagi menyahut keperluan idea-idea baru dan cabaran kemajuan industri serta teknologi, persidangan tahun ini menambah dua kategori baru. Melalui persidangan ini peserta boleh saling bertukar gagasan, ilmu, pengalaman dan pada masa yang sama mempererat kerjasama dalam kalangan para ilmuan, ahli akademik, penyelidik dan pelajar dari seluruh dunia bagi meninjau ilmu, teori, teknik dan strategi terkini dalam bidang bahasa dan pendidikan demi menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh pada era 4IR yang mencabar.<\/p>\n
\u201cKami juga memperkenalkan kategori pembentangan maya yang menyokong keperluan penyelidik antarabangsa. Jalinan kerjasama dengan rakan kongsi global dan tempatan kami iaitu Fakultas Pendidikan Bahasa, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia dan WorldConferences.net adalah satu pengalaman luar biasa dan yang pastinya membuahkan hasil istimewa,\u201d ujarnya.<\/p>\n
\u201cDengan ini saya berharap agar iLEC akan terus menjadi instrumen penting dan berguna bagi FPBU serta USIM dalam aspirasinya untuk menguatkan dan memperluaskan rangkaian global dan tempatan. Selain itu, berharap iLEC kekal relevan dengan membekalkan platform yang segar serta sesuai dengan arus peredaran zaman dan terus menjadi tempat di mana para cendekiawan dapat berkumpul bersama-sama dengan pemimpin akademik dunia di samping membina jaringan baru dengan pemain global khususnya di pentas Asia Tenggara,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n
Persidangan ini berlangsung selama dua hari bermula 9 hingga 10 Oktober 2019 bertempat di Hotel Sama-Sama dengan tema \u201dLanguage and Education in the Midst of Challenging 4IR\u201d | \u201dBahasa dan Pendidikan dalam mendepani cabaran 4IR\u201d.<\/p>\n
Diurusetia oleh Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM. Pada tahun ini, iLEC 2019 diadakan dengan kerjasama Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia dan WorldConferences.net sebagai penganjur bersama. Persidangan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato\u2019 Dr Roshada Hashim.<\/p>\n
Disediakan oleh:
\nNoorumaina Mohamed Yunus
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n
SEPANG, 10 Oktober 2019 \u2013 Dalam usaha membina rangkaian global dalam kalangan para ilmuan dan ahli akademik, International Language and Education Conference 2019 (iLEC 2019) atau Persidangan Antarabangsa Bahasa dan Pendidikan 2019 mengambil tempat sebagai platform mengupas dan memberi pencerahan terhadap isu serta permasalahan untuk menghadapi situasi dan cabaran masa kini serta integrasi ilmu Naqli […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":52315,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/52327"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=52327"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/52327\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":52328,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/52327\/revisions\/52328"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/52315"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=52327"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=52327"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=52327"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a>
<\/a>
<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"