{"id":52812,"date":"2019-11-11T10:29:03","date_gmt":"2019-11-11T02:29:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/kerjasama-serantau-bijak-hadapi-revolusi-industri-4-0\/"},"modified":"2019-11-11T10:39:58","modified_gmt":"2019-11-11T02:39:58","slug":"kerjasama-serantau-bijak-hadapi-revolusi-industri-4-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/kerjasama-serantau-bijak-hadapi-revolusi-industri-4-0\/","title":{"rendered":"Kerjasama Serantau Bijak Hadapi Revolusi Industri 4.0"},"content":{"rendered":"
BRUNEI, 8 November 2019 \u2013 Era Revolusi Industri 4.0 yang memberi cabaran kepada dunia akademik secara tidak langsung telah memberi impak kepada lima Universiti Islam serantau iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universitas Darussalam Gontor (UNIDA), Mindanao State University (MSU) dan Fatony Universiti (FTU) untuk menandatangani satu Piagam Konsortium i-IQRA\u2019 khusus untuk mengatur strategi mendepani Revolusi Industri 4.0.<\/p>\n
Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM berkata, kerjasama serantau yang terjalin di antara lima universiti ini berperanan untuk mengekalkan Falsafah Pendidikan Islam akan terus terpelihara walaupun dicabar dengan arus teknologi yang semakin canggih.<\/p>\n
\u201cPeranan ahli akademik amat penting, justeru saya melihat sinergi yang terjalin antara lima Universiti Islam ini pastinya akan mewujudkan satu fenomena baharu dan sebagai persediaan sebuah Universiti Islam untuk kekal relevan dalam era \u201cdisruptive technology\u201d ini,\u201d katanya.<\/p>\n
Selain itu katanya, Piagam Konsortium i-IQRA\u2019 ini akan menjadi satu platform untuk lima Universiti Islam ini berkolaborasi dalam bidang penyelidikan, pertukaran pelajar dan staff, penganjuran seminar dan wacana ilmiah, program kemasyarakatan, latihan dan pembangunan staf dan pelajar, program kepimpinan untuk staf dan pelajar dan lain-lain lagi.<\/p>\n
\u201cKeunikan dan kekuatan setiap universiti dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama demi ummah dan masyarakat. Ini kerana Universiti perlu menjadi hab kepada pemangkin pemetaan bakat akademik dan pembangunan kesarjanaan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n
Kepantasan yang dibawa oleh Revolusi Industri 4.0 ini memberi tanda kepada para akademik untuk sentiada dalam keadaan bersedia dengan sebarang perubahan dan mengenal pasti cabaran-cabaran baharu untuk kekal relevan.<\/p>\n
Menurut Dr Khatijah Othman, Pengarah USIM Alamiyyah (UA), piagam Konsortium i-IQRA\u2019 ini akan dipengerusikan oleh USIM selama 3 tahun dan akan diurus setiakan oleh pejabat UA sehingga tahun 2021.<\/p>\n
\u201cDalam masa tiga tahun ini, USIM akan menjadi penggerak dan mengatur langkah dengan melantik Jawatan Kuasa yang akan memegang portfolio tertentu untuk merencana perjalanan dan aktiviti konsortium ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n
Konsortium i-IQRA\u2019 ini menjadi nadi kepadaa Institusi Pengajian Tinggi Islam agar tidak ketinggalan di belakang perkembangan ketamadunan dan teknologi semasa, bahkan perlu sentiasa mengikuti perkembangan terkini tanpa meninggalkan nilai-nilai Islami dan prinsip asas Islam sebagai rangka pandangan yang jelas dalam segala tindak-tanduk.<\/p>\n
Piagam ini telah persetujui dan ditandatangani oleh Naib Canselor USIM dan Rektor UNISSA, UNIDA, MSU dan FTU pada 7 November 2019 dalam mesyuarat meja bulat Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam (SeIPTI) kali ke-6 yang diadakan di UNISSA, Bandar Seri Begawan, Brunei.<\/p>\n
Disediakan oleh:
\nDr Fauziah Hasan
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n
<\/p>\n