{"id":53974,"date":"2020-01-28T11:49:46","date_gmt":"2020-01-28T03:49:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/drop-aide-permudah-pesakit-menggunakan-ubat-sakit-mata\/"},"modified":"2020-01-28T12:11:40","modified_gmt":"2020-01-28T04:11:40","slug":"drop-aide-permudah-pesakit-menggunakan-ubat-sakit-mata","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/berita-penyelidikan\/al-buhuth-wal-ibda-ms\/drop-aide-permudah-pesakit-menggunakan-ubat-sakit-mata\/","title":{"rendered":"Drop Aide Permudah Pesakit Menggunakan Ubat Sakit Mata"},"content":{"rendered":"
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berturut-turut mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2019 selepas kemenangan pada tahun 2017.<\/p>\n
Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Perancangan Strategik di Kementerian Pendidikan iaitu Dato\u2019 Kamel Mohamed di Hotel Tenera Bangi pada 6 November 2019.<\/p>\n
Produk yang diberi nama Dropaide (eye drop applicator), dicipta untuk membantu pesakit parkinson meletakkan ubat mata menggunakan alat tersebut. Program yang diadakan secara dwi tahunan ini membawa pulang wang tunai berjumlah 10,000 berserta sijil dan plak.<\/p>\n
Pasukan eyedeen dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dibarisi oleh Nur Farah Afiqah binti Mohmad Lehan , Nurin Izzati binti Abdul Wahid, Intan ku khalilah binti mohd saiful segar, dan Siti Aishah Binti Amir Yusdi di bawah bimbingan Dr Maimunah Abdul Muna\u2019aim, Dr Siti Sarah Seri Masran, Dr Nur Ainna Ramli dan Dr Mohd Shukor Harun.<\/p>\n
\u201dSelaku pelajar perubatan, kami telah didedahkan dengan kes-kes klinikal dan didapati bahawa pesakit parkinson khususnya yang menghidapi sakit mata menghadapi kesukaran dalam menggunakan ubat titis mata dan ini juga boleh menyebabkan kecederaan kepada mata mereka. Oleh itu, kami mendapat idea untuk menyelesaikan masalah ini dengan mencipta alat yang berfungsi untuk memudahkan penggunaan ubat titis mata\u201d, jelas Siti Aishah selaku ketua kumpulan.<\/p>\n
\u201cIdea demi idea dan hasil perbincangan maka terhasillah drop aide ini pada Januari 2019 ketika itu kami ingin menyertai pertandingan Medinova peringkat fakulti. Rezeki berpihak kepada kumpukan eyedeen di mana pasukan kami johan pada pertandingan Medinova tersebut. Seterusnya kami telah terpilih ke pertandingan seterusnya iaitu iReka 2019 pada 20 April 2019 dan memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Juga di peringkat kebangsaan pula terpilih 25 kumpulan ke peringkat akhir daripada 114 kumpulan ke MaGIC ( Malaysian Global Innovation and Creativity Centre)- Building Great Entrepenuer\u201d, jelas beliau lagi.<\/p>\n
Dr Maimunah selaku penyelaras projek ini berkata, botol ubat mata biasanya kecil dan sukar ditekan terutamanya di kalangan orang tua dan kanak-kanak. Kumpulan pesakit umur sebegini biasanya memerlukan pembantu dan tidak dapat menitiskan ubat mata dengan\u00a0 sendiri. Masalah ini akan menyebabkan mereka tidak menggunakan ubat yang diberi dengan betul. Pesakit yang menjalani rawatan ubat mata sepanjang hayat akan terkesan terutamanya glaukoma, penyakit mata yang berkaitan dengan alahan \/ atopik, dan mata kering. Kumpulan pesakit lain seperti\u00a0 penghuni rumah orang tua, pesakit arthritis, anak-anak sekolah dan juga pesakit parkinson. Selain daripada itu, satu lagi komplikasi yang serius adalah trauma kepada kornea jika mereka tidak menggunakannya dengan betul kerana hujung ubat titis mata boleh mencederakan mata pesakit.<\/p>\n
Tambahnya lagi, apa yang istimewanya produk ini ia diperbuat daripada plastik separa anjal, yang menjadikan lebih mudah untuk ditekan dan ubat mata mudah dititiskan. saiz badannya yang besar sesuai dengan pengguna, terdapat cermin supaya pengguna dapat melihat mata dgn jelas, lampu supaya senang digunakan ketika di dalam gelap. Saiznya sesuai dengan jarak jari tanpa perlu tekanan tambahan, selain hujung jarak ubat mata direka pada jarak yang selamat untuk mencegah kecederaan langsung kepada kornea.<\/p>\n
Drop Aide akan memberi tumpuan kepada pasaran tempatan dan akan diedarkan ke klinik mata, farmasi dan juga hospital- hospital kerajaan. Drop Aide adalah kos efektif, ia menghalang pembaziran semasa memakan ubat. Selain itu, ia boleh digunakan semula dan cukup kecil untuk dimuatkan dalam beg.<\/p>\n
<\/p>\n
Ahli Kumpulan:<\/p>\n
Dr Maimunah Abdul Muna\u2019aim ( Ketua Penyelidik)<\/p>\n
Nur Farah Afiqah binti Mohmad Lehan<\/p>\n
Nurin Izzati binti Abdul Wahid<\/p>\n
Intan ku khalilah binti mohd saiful segar<\/p>\n
Siti Aishah Binti Amir Yusdi<\/p>\n
Dr Siti Sarah Seri Masran<\/p>\n
Dr Nur Ainna Ramli<\/p>\n
Dr Mohd Shukor Harun<\/p>\n
<\/p>\n
Disediakan oleh:
\nNoorumaina Mohamed Yunus
\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)
\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n