{"id":54235,"date":"2020-02-01T15:33:17","date_gmt":"2020-02-01T07:33:17","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/kompass-bukti-jalinan-kerjasama-usim-smap-labu\/"},"modified":"2020-02-04T16:25:08","modified_gmt":"2020-02-04T08:25:08","slug":"kompass-bukti-jalinan-kerjasama-usim-smap-labu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/berita-utama\/kompass-bukti-jalinan-kerjasama-usim-smap-labu\/","title":{"rendered":"KOMPASS bukti jalinan kerjasama USIM, SMAP Labu"},"content":{"rendered":"<p>LABU, 1 Februari 2020 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Pusat Alumni dan Kerjaya, Penerbit USIM dan Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) melancarkan Program Komuniti Pintar Alumni USIM, Sarana Ibu Bapa dan SMAP Labu (KOMPASS) sekaligus mengiktiraf Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu sebagai sekolah angkat USIM.<\/p>\n<p>Menurut Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, program KOMPASS ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang rapat antara USIM dan SMAP Labu lebih-lebih lagi sekolah ini memang berdekatan dengan USIM.<\/p>\n<p>\u201cHari ini kita datang ke SMAP Labu untuk majlis pelancaran ini dan saya harapkan pada pertemuan akan datang adik-adik dari SMAP Labu pula boleh datang dan melawat USIM untuk melihat segala kemudahan dan mengetahui lebih lanjut mengenai program akademik di USIM,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Pada majlis itu juga, En Mohd Asri Hj Husain, Pengarah Pusat Kerjaya dan Alumni berkata program ini adalah untuk menghimpunkan alumni-alumni USIM sama ada dalam kalangan pensyarah, staf dan mahasiswa USIM untuk kembali berkhidmat kepada sekolah pertama mereka.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, dengan adanya program sebegini, ia dapat membantu untuk mengeratkan lagi hubungan antara SMAP Labu dan USIM menerusi siri perbincangan dan bertukar-tukar fikiran untuk menganjurkan pelbagai program seperti program motivasi, projek penerbitan buku, meningkatkan penggunaan dan kemahiran berbahasa Inggeris dan Arab serta mata pelajaran yang lain,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Untuk menarik minat para pelajar SMAP Labu dan meneruskan bidang Sains, Dr Muhammad Zamir Othman, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi telah mengadakan beberapa eksperimen dan membawakan projek <em>Fast Lab<\/em> ke SMAP Labu untuk dipersembahkan kepada kira-kira 400 pelajar yang hadir.<\/p>\n<p>Pada masa yang sama, program pada hari itu juga telah diadakan pameran pendidikan dari PPKP dengan menyampaikan taklimat mengenai kemasukan ke program Tamhidi di USIM dan juga ke peringkat Sarjana Muda bagi lepasan pelajar STPM. Turut terlibat adalah pameran dan jualan buku karya tulisan warga USIM oleh Penerbit USIM.<\/p>\n<p>Disediakan oleh :<br \/>\nDr. Fauziah Hassan<br \/>\nTimbalan Pengarah<br \/>\nPusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP)<\/p>\n<p>Dikemaskini oleh:<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/IMG_4658-scaled-e1580803875769.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-54224 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/IMG_4658-scaled-e1580803875769.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><\/a><br \/>\n<a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/IMG_4639-scaled-e1580804021599.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-54227 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/IMG_4639-scaled-e1580804021599.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><\/a><br \/>\n<a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/IMG_4681-scaled-e1580804137348.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-54230 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/newusim\/wp-content\/uploads\/2020\/02\/IMG_4681-scaled-e1580804137348.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"400\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LABU, 1 Februari 2020 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Pusat Alumni dan Kerjaya, Penerbit USIM dan Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) melancarkan Program Komuniti Pintar Alumni USIM, Sarana Ibu Bapa dan SMAP Labu (KOMPASS) sekaligus mengiktiraf Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu sebagai sekolah angkat USIM. Menurut Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":53748,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54235"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=54235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":54236,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54235\/revisions\/54236"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/53748"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=54235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=54235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=54235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}