{"id":56026,"date":"2020-04-21T13:59:53","date_gmt":"2020-04-21T05:59:53","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/terima-kasih-ezad-lazim-hantarkan-sampai-ke-gua-musang-fastlab\/"},"modified":"2020-04-22T09:35:57","modified_gmt":"2020-04-22T01:35:57","slug":"terima-kasih-ezad-lazim-hantarkan-sampai-ke-gua-musang-fastlab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/terima-kasih-ezad-lazim-hantarkan-sampai-ke-gua-musang-fastlab\/","title":{"rendered":"\u201cTerima Kasih Ezad Lazim Hantarkan Sampai Ke Gua Musang\u201d &#8211; FastLab"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 21 April 2020 \u2013\u00a0 Pelbagai pihak terus tampil menyokong dan menghulurkan sumbangan kepada inisiatif yang digerakkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membantu memenuhi keperluan barisan hadapan. Terkini penyanyi terkenal\u00a0 tanah air, Ezad Lazim atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 41 menghulurkan tangan untuk menghantar cecair pembasmi kuman (<em>hand sanitizer<\/em>) USIM ke Gua Musang, Kelantan pada hari ini.<\/p>\n<p>Pertolongan secara sukarela bekas vokalis kumpulan Exists ini ditawarkan oleh beliau selepas meluangkan masa kira-kira sejam bersama pasukan FaST LaB USIM pada Isnin menyediakan cecair pembasmi kuman di makmal mereka. Cecair pembasmi kuman yang dihasilkan USIM ini disumbangkan secara percuma kepada barisan hadapan khususnya di hospital, klinik kesihatan, pusat kuarantin dan pasukan beruniform sebagai usaha bersama memerangi COVID-19.<\/p>\n<p>Malah Ezad Lazim turut melahirkan rasa gembira dapat menjadi sebahagian daripada sukarelawan kepada usaha murni yang USIM. \u00a0\u201cBerpeluang menjadi sukarelawan bersama sama dengan\u00a0USIM\u00a0untuk menyumbang sanitizer dan face shield untuk barisan hadapan kita. Terbaik buat Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM\u201d tulis penyanyi\u00a0 yang popular dengan lagu solo Demi Cinta, Kuasa Cinta dan Kesetiaan Cinta di akaun Instagram beliau.<\/p>\n<p>Menurut Dr. Syaza Azhari yang merupakan ahli FaST LaB, mereka terharu dan memuji kesungguhan Ezad Lazim untuk membantu menghantar bekalan cecair pembasmi kuman ini. \u201cSejak berita USIM hasilkan hand sanitizer untuk disumbangkan kepada frontliners disiarkan di media, kita terima banyak permintaan saban hari dari seluruh negara\u201d<\/p>\n<p>\u201cKita cuba penuhi permintaan ini tetapi bagi lokasi yang agak jauh, memang kita hadapi kekangan untuk menghantar contohnya permintaan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang. Alhamdulillah, Ezad Lazim secara sukarela menawarkan diri untuk menghantar bekalan ini ke sana. Ezad telah bertolak ke Gua Musang pada pagi tadi bersama pensyarah FST iaitu Prof Madya Dr. Mohd Azman Hashim@Ismail\u201d. ujarnya yang juga merupakan kanan pensyarah Teknologi Kimia Industri di FST.<\/p>\n<p>Tambahnya lagi, mereka berdua akan turut mengagihkan 315 botol cecair pembasmi kuman USIM di setiap pos kawalan pasukan keselamatan disepanjang laluan Gombak, Bentong, Raub, Kuala Lipis sehingga Gua Musang.Terdapat kira-kira 13 hingga 15 pos kawalan yang diwujudkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sepanjang laluan ini selari dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pegerakan.<\/p>\n<p>Di destinasi terakhir iaitu IPD Gua Musang, sebanyak 70 botol akan diserahkan sebelum bertolak pulang semula ke Kuala Lumpur. Cecair pembasmi kuman yang dihasilkan oleh USIM ini mengikut <em>piawaian World Health Organization<\/em> (WHO) dan sehingga kini lebih 5000 botol telah dihasilkan oleh USIM.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nZaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/2-1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-56020\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/2-1.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a> <a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/3-2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-56022\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/3-2.jpg\" alt=\"\" width=\"535\" height=\"943\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/5.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-56034\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/5.jpg\" alt=\"\" width=\"560\" height=\"365\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 21 April 2020 \u2013\u00a0 Pelbagai pihak terus tampil menyokong dan menghulurkan sumbangan kepada inisiatif yang digerakkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membantu memenuhi keperluan barisan hadapan. Terkini penyanyi terkenal\u00a0 tanah air, Ezad Lazim atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 41 menghulurkan tangan untuk menghantar cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) USIM ke Gua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":56032,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56026"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=56026"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56026\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":56037,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56026\/revisions\/56037"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/56032"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=56026"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=56026"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=56026"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}