{"id":56288,"date":"2020-05-11T12:24:53","date_gmt":"2020-05-11T04:24:53","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/myfundaction-sumbang-200-bekal-sahur-untuk-siswa-usim-pulang-ke-utara\/"},"modified":"2020-05-11T12:55:21","modified_gmt":"2020-05-11T04:55:21","slug":"myfundaction-sumbang-200-bekal-sahur-untuk-siswa-usim-pulang-ke-utara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/myfundaction-sumbang-200-bekal-sahur-untuk-siswa-usim-pulang-ke-utara\/","title":{"rendered":"MyFundAction sumbang 200 bekal sahur untuk siswa USIM pulang ke utara"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 11 Mei 2020\u2013 Para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bergerak dari kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)\u00a0 ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam Ops Hantar Pulang pada semalam menerima ole-ole istimewa dari NGO MyFundAction. Mereka semua dibekalkan dengan pek bekal sahur untuk dijadikan juadah bersahur dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.<\/p>\n<p>Menurut wakil myFundAction, Nur Haziqah Seth yang hadir menyerahkan sumbangan ini kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani di Dewan Tuanku Canselor pada Ahad, sebanyak 200 pek bekal sahur disediakan untuk diagihkan kepada pelajar dan urus setia Ops Hantar Pulang yang terlibat.<\/p>\n<p>\u201cBekal sahur yang kita berikan ini mengandungi chicken chop, nasi, air minuman, buah dan kurma yang diharapkan memberi pilihan juadah sahur yang lebih pelbagai kepada mereka\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan melahirkan penghargaan kepada myFundAction atas sumbangan ini dan menyifatkan NGO ini sentiasa prihatin dengan kebajikan pelajar universiti.<\/p>\n<p>\u201cIni bukanlah sumbangan pertama dari myFundAction untuk pelajar kita, sebelum ini semasa di peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 200 \u2018Smile Pack\u2019 dan 10 kotak \u2018Rezeki Ummat\u2019 mereka telah sumbangkan untuk diagihkan kepada siswa kita yang terkandas di kolej kediaman dan penginapan luar sekitar kampus\u201d.<\/p>\n<p>\u201cUSIM sebenarnya turut bekerjasama dengan MyFundAction dalam Program Gap Year apabila lima orang pelajar kita telah diletakkan di bawah NGO ini untuk menjalani latihan dan bimbingan kesukarelawan selama tujuh bulan bersama mereka\u201d tambah Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, seramai 865 pelajar USIM telah dihantar pulang melalui Ops Hantar Pulang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sehingga kini bermula 27 April lalu. Dari keseluruhan jumlah tersebut, seramai 141 dihantar ke Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulang Pinang); 73 pelajar ke Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan); 90 pelajar ke Zon Tengah 1 (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya); 104 ke Zon Tengah 2 (Perak); 61 pelajar ke Sarawak (Kuching,Bintulu); dan 399 pelajar di hantar ke Zon Timur (Pahang, Kelantan, Terengganu).<\/p>\n<p>Tidak hanya menguruskan penghantaran para pelajarnya, USIM turut sama menguruskan proses penghantaran pulang seramai 296 pelajar IPT lain dengan masing-masing bertolak dari kampus USIM di Nilai dan kampus cawangan di Pandan Indah. Penghantaran kumpulan terakhir Ops Hantar Pulang akan diadakan pada malam ini iaitu ke Johor dan Sabah.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nZaini Othman<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/05\/2-4.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-56280\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/05\/2-4.jpg\" alt=\"\" width=\"672\" height=\"504\" \/><\/a> <a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/05\/sahur1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-56284\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/05\/sahur1.jpg\" alt=\"\" width=\"673\" height=\"505\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 11 Mei 2020\u2013 Para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bergerak dari kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)\u00a0 ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam Ops Hantar Pulang pada semalam menerima ole-ole istimewa dari NGO MyFundAction. Mereka semua dibekalkan dengan pek bekal sahur untuk dijadikan juadah bersahur dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing. Menurut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":56283,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56288"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=56288"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56288\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":56289,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56288\/revisions\/56289"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/56283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=56288"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=56288"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=56288"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}