{"id":56875,"date":"2020-06-25T15:35:11","date_gmt":"2020-06-25T07:35:11","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-berbesar-hati-menerima-kunjungan-hormat-ydh-jpjkk\/"},"modified":"2020-07-06T10:48:09","modified_gmt":"2020-07-06T02:48:09","slug":"usim-berbesar-hati-menerima-kunjungan-hormat-ydh-jpjkk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-berbesar-hati-menerima-kunjungan-hormat-ydh-jpjkk\/","title":{"rendered":"USIM berbesar hati menerima kunjungan hormat YDH JPJKK"},"content":{"rendered":"<p>NILAI, 24 Jun 2020- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima kunjungan hormat YDH Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Negeri Sembilan ACP Mohd Ariff Bin Md Hanuddin ke kampus USIM. Turut hadir Superintenden Nor Marzukee Bin Besar Ketua Polis Daerah Nilai.<\/p>\n<p>Dalam pertemuan itu, Naib Canselor Prof. Dr Mohamed Ridza Wahiddin mengucapkan terima kasih atas kesudian delegasi dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Negeri Sembilan mengadakan lawatan ke USIM.<\/p>\n<p>\u201cPelbagai program latihan luar yang telah dilaksanakan oleh Kor SUKSIS USIM memberikan impak yang sangat positif seperti program etika dan pengurusan integriti yang menjurus kepada pembentukan sahsiah diri serta program Latihan Lasak Pasukan Gerakan Am yang melatih para pelajar untuk menjadi individu yang lasak serta mempunyai daya tahan yang tinggi khususnya dalam mendepani alam pekerjaan pada masa hadapan\u201d, berkata Prof Ridza.<\/p>\n<p>\u201cUSIM turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan kerana memberikan kerjasama yang sangat baik dalam semua aspek termasuk program dan aktiviti melibatkan pelatih Kor SUKSIS. Perkara ini juga dapat dilihat semasa Operasi Penghantaran Pulang Pelajar Universiti ke kampung halaman masing-masing semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Komitmen yang ditunjukkan oleh pentadbiran Kor SUKSIS USIM,\u00a0 Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan IPD Nilai\u00a0 sangat cemerlang sehingga operasi berkenaan dapat berjalan dengan baik.\u00a0 Segala bantuan yang diberikan oleh pihak PDRM khususnya Kontinjen Negeri Sembilan akan kekal sebagai satu sejarah dan ingatan bagi pihak USIM dalam mendepani pandemik Covid-19 di Malaysia\u201d.<\/p>\n<p>Beliau menambah lagi, komitmen padu yang ditunjukkan oleh pentadbiran Kor SUKSIS USIM amat dipuji dan dipandang tinggi oleh pihak Pengurusan Universiti, apatah lagi kejayaan yang ditempa oleh barisan kepimpinan dan kejurulatihan yang diterajui oleh ASP Puan Sharifah Noorul \u2018Ain, yang telah merangkul kejayaan ketika menerima Anugerah Khas Ketua Polis Negara bagi kategori \u2018Pelatih Terbaik Keseluruhan Kor Suksis Universiti Awam dan Skuad Terbaik Kor SUKSIS Universiti Awam\u2019 bagi dua (2) tahun berturut-turut pada tahun 2017 dan 2018. Ini merupakan pencapaian yang amat dibanggakan oleh pihak universiti kerana berjaya membawa budaya kepimpinan berteraskan konsep beruniform bagi melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang.<\/p>\n<p>Turut sama pada majlis itu ACP (KS) Prof. Madya. Dr. Mohd Rushdan Bin Mohd Jailani, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Merangkap Komandan Kor Sukarelawan Polis Siswa\/Siswi (SUKSIS) USIM.<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nNoorumaina Mohamed Yunus<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\n71800 Nilai, Negeri Sembilan<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/kunjungan1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-56867\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/kunjungan1.jpg\" alt=\"\" width=\"728\" height=\"485\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/kunjungan2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-56869\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/06\/kunjungan2.jpg\" alt=\"\" width=\"725\" height=\"483\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI, 24 Jun 2020- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima kunjungan hormat YDH Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Negeri Sembilan ACP Mohd Ariff Bin Md Hanuddin ke kampus USIM. Turut hadir Superintenden Nor Marzukee Bin Besar Ketua Polis Daerah Nilai. Dalam pertemuan itu, Naib Canselor Prof. Dr Mohamed Ridza [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":56872,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56875"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=56875"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56875\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":56885,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56875\/revisions\/56885"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/56872"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=56875"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=56875"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=56875"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}