{"id":58936,"date":"2020-09-25T09:04:21","date_gmt":"2020-09-25T01:04:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/kolej-genius-insan-iktiraf-kecemerlangan-pelajar-tekad-lahir-cendekiawan-islam-yang-ulung\/"},"modified":"2020-10-02T13:13:15","modified_gmt":"2020-10-02T05:13:15","slug":"kolej-genius-insan-iktiraf-kecemerlangan-pelajar-tekad-lahir-cendekiawan-islam-yang-ulung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/kolej-genius-insan-iktiraf-kecemerlangan-pelajar-tekad-lahir-cendekiawan-islam-yang-ulung\/","title":{"rendered":"Kolej Genius Insan Iktiraf Kecemerlangan Pelajar, Tekad lahir cendekiawan Islam yang Ulung"},"content":{"rendered":"<p>Nilai, 22 September \u2013 Seramai 160 pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Abqari dan 32 pelajar dianugerahkan Insan Junior School Certificate (iJSC) pada Majlis Penganugerahan Kolej Genius Insan Tahun 2020 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato\u2019 Kamel Mohamad.<\/p>\n<p>Anugerah Perdana Abqari 2019 dianugerahkan kepada Saudara Hasnul Fikri bin Ahmad Syukri dan Saudari Maryam Mokhtar. Anugerah ini merupakan anugerah pencapaian tertinggi yang diberikan kepada murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, Ulumuddin dan sahsiah terpuji.<\/p>\n<p>Hasnul Fikri, anak sulung daripada lapan beradik itu sentiasa meletakkan ALLAH SWT sebagai keutamaan dan keluarga sebagai pendorong utama dalam kejayaannya.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap dapat aplikasikan ilmu al-Quran dalam kehidupan seharian saya dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta mahu membuka mata dunia bahawa Islam adalah agama terbaik.<\/p>\n<p>Tambah hasnul yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang agama di Universiti Oxford, United Kingdom, untuk mendalami al-Quran ini kita perlu jadikan ia sebagai rutin dalam kehidupan. Kita kena paksa diri baca hari-hari yang lama-kelamaan akan jadi seronok untuk membacanya.<\/p>\n<p>Berkongsi kegembiraan atas anugerah sama, Maryam Mokhtar, 17, menjadikan amalan melakukan \u00a0\u00a0\u00a0solat sunat duha setiap hari kerana percaya ia membuka jalan rezeki.<\/p>\n<p>Dia yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, doa daripada ibu bapanya sangat membantu \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0dalam kejayaannya selain dorongan daripada pensyarah dan rakan-rakan.<\/p>\n<p>Maryam yang bercita-cita menjadi ahli farmasi dan pernah mengikuti program pertukaran pelajar ke \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Nazarbayev Intellectual School, Kazakhstan selama seminggu pada Februari lalu turut menyifatkan Anugerah Abqari Perdana sebagai pencapaian tertinggi diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek.<\/p>\n<p>Menurut Pengarah Kolej Genius Insan, Dr. Hayati Ismail, Kolej GENIUS Insan bertekad merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.<\/p>\n<p>\u201cKolej GENIUS Insan berpegang kepada usaha ini bagi melahirkan generasi berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara\u201d, tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Anugerah Kecemerlangan Abqari disampaikan pada setiap tahun kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik, hafazan, kokurikulum, kepimpinan dan penyelidikan. Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Abqari Perdana (Terbaik Keseluruhan), Anugerah Pengarah (CGPA 3.5 ke atas), Anugerah Khas Tamat 30 Juzuk, Anugerah Khas Olimpiad Peringkat Kebangsaan, Anugerah Khas Kokurikulum Peringkat Antarabangsa, Anugerah Emas Penyelidikan Peringkat Antarabangsa, Anugerah Emas Inovasi Penyelidikan, Anugerah Nilam dan Anugerah Khas Olimpiad Peringkat Kebangsaan.<\/p>\n<p>Manakala Anugerah\u00a0 iJSC diberikan kepada murid lepasan Asas 3 setiap tahun yang mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) melebihi 3.0. Penilaian ini merangkumi komponen Akademik, ko-kurikulum, Hafazan, Pembangunan Diri, dan Penyelidikan. Murid-murid KGI yang telah tamat iJSC, akan meneruskan pengajian seterusnya di peringkat Tahap 1 dan Tahap 2 di Kolej GENIUS Insan.<\/p>\n<p>Turut hadir di majlis ini ialah YBhg. Dato\u2019 Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM, YBrs. Dr. Noraisah Spahat, Setiausaha Bahagian GENIUS, KPM dan pengamal media.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disediakan oleh:<br \/>\nNoorumaina Mohamed Yunus<br \/>\nPusat Komunikasi Strategik (StraComm)<br \/>\nAras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)<br \/>\nBandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/dr-hayati-ismail.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-58926\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/dr-hayati-ismail.jpg\" alt=\"\" width=\"834\" height=\"557\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/kgi3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-58928\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/kgi3.jpg\" alt=\"\" width=\"833\" height=\"555\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/kgi4.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-58930\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/kgi4.jpg\" alt=\"\" width=\"830\" height=\"556\" \/><\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/kgi5.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-58932\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2020\/10\/kgi5.jpg\" alt=\"\" width=\"831\" height=\"554\" \/><\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nilai, 22 September \u2013 Seramai 160 pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Abqari dan 32 pelajar dianugerahkan Insan Junior School Certificate (iJSC) pada Majlis Penganugerahan Kolej Genius Insan Tahun 2020 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato\u2019 Kamel Mohamad. Anugerah Perdana Abqari 2019 dianugerahkan kepada Saudara Hasnul Fikri bin Ahmad Syukri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":58880,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58936"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=58936"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58936\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":58937,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/58936\/revisions\/58937"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/58880"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=58936"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=58936"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=58936"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}